Followers

Friday, July 16, 2010

Program Motivasi Pelajar PMR Bersama Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Salam Ukhuwwah.

Seramai 60 orang pelajar Elit PMR SMKA Wataniah dikumpulkan di Bilik Gerakan Sekolah bagi mengikuti Program Motivasi Pelajar PMR Bersama Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Tuan Haji Safihi bin Ahmad. 13 Julai 2010, Selasa, Jam 3.30 petang.

Buat 60 pelajar PMR ini, mereka diingatkan bahawa mereka adalah pelajar Elit PMR sekolah pada tahun ini. Mereka adalah harapan sekolah, semua ingin melihat mereka menjulang tinggi nama SMKA Wataniah.

Tuan Haji Safihi bin Ahmad akan mula bersara pada 19 Julai 2010. Kesempatan ini diambil dan digunakan sebaiknya oleh Jawatankuasa Program Kecemerlangan PMR sekolah untuk manfaatkan pengalaman beliau selama mana berjuang dalam bidang pendidikan tercinta ini. Terima kasih buat Tuan Haji Safihi bin Ahmad. Teruskan perjuangan anak-anak pelajar PMR.

No comments: