Followers

Monday, February 28, 2011

Kursus Kepimpinan Pengawas SMKA Wataniah Tahun 2011

Salam Ukhuwwah.

PENGENALAN

Pengawas sekolah merupakan sekumpulan pelajar yang dilantik khas bagi menolong dan membantu pihak sekolah untuk mengurus disiplin dan pengurusan Pusat Sumber Sekolah di peringkat sekolah. Sebagai seorang pengawas sekolah, ciri-ciri kepimpinan tertentu haruslah dimiliki bagi membolehkan mereka berfungsi dengan sepenuhnya. Justeru itu, KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS merupakan satu bentuk aktiviti yang perlu diadakan bagi membekalkan mereka dengan ilmu-ilmu dan kemahiran-kemahiran memimpin bagi memudahkan mereka menjalankan peranan mereka sebagai pemimpin pelajar yang berkualiti.

KUMPULAN SASAR

Pengawas Sekolah - 66 orang
Pengawas Pusat Sumber Sekolah - 40 orang

TARIKH & TEMPAT

27 Februari 2011 ( Ahad ).
Institut Latihan Islam Malaysia ( ILIM ), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ), Bukit Keluang, Besut, Terengganu.

Saksikan gambaran sekitaran kami berprogram.........













Thursday, February 17, 2011

Kursus Motivasi Jati Diri Pelajar Tingkatan Satu SMKA Wataniah Tahun 2011 - ( Siri 2 )

Salam Ukhuwwah.












Tuesday, February 15, 2011

Karnival Pengajian Tinggi Negara ' Jom Masuk U ' - Zon 4

Salam Ukhuwwah.









Rombongan kami seramai 42 orang mengunjungi Kelantan Trade Centre ( KTC ), Kota Bharu, Kelantan seawal pagi 12 Februari 2011. Sayangnya, tempatnya agak sempit. Mengecewakan..... Ada yang pengsan kerana terpaksa berhimpit-himpit.

Pihak penganjur menobatkan dengan mengatakan ramai pengunjung yang hadir. Ramai yang hadir?. Nampak ramai sebab dibuat pada tempat yang sempit.

Ini kali kedua kami terkena sebegini. Akan datang buatlah sesuatu perubahan kerana kami datang dari jauh untuk dapatkan sesuatu ilmu dan maklumat baru.

Thursday, February 10, 2011

Kursus Motivasi Jati Diri Pelajar Tingkatan Satu SMKA Wataniah Tahun 2011 - ( Siri 1 )

Salam Ukhuwwah.


Unit Bimbingan dan Kaunseling, Program Tingkatan Satu dan Pusat Pendidikan Biodiversiti Jabatan Perhilitan Terengganu, Bukit Marak, Besut bersama menganjurkan program ini.

Penyertaan Siri 1 ini melibatkan pelajar Tingkatan Satu lelaki seramai 18 orang dan 45 pelajar perempuan.

Program dua hari satu malam telah dijalankan di Pusat Pendidikan Biodiversiti, Jabatan Perhilitan Terengganu, Bukit Marak, Jerteh, Besut, Terengganu.

Pelaksanaan program kali ini dibantu oleh 10 orang pelajar SPM SMKA Wataniah tahun 2010. Mereka sedang menunggu keputusan SPM yang akan diumumkan tidak lama lagi. 

Sumbangan jurulatih Pusat Pendidikan Biodiversiti dan tenaga pembantu sangat kami hargai.

Terima kasih kerana SMKA Wataniah Terbilang.