Followers

Saturday, July 30, 2011

Selamat Menjalani Ibadah Puasa Ramadhan


Get More Islamic Testi Here!

Mencari Kata Sepakat Bertemu Mencari Muafakat

Salam Ukhuwwah.

Terima kasih buat Ustaz Suffian dan Suhaila (Su). Kesungguhan kalian berdua merencanakan kepimpinan terbilang saya kagumi. Tribulasi itu biasa. Mehnahnya akan ada di mana-mana. Usah digusari dengan getiran sangka, Pedulikan nista domba kerana hidup mesti kita teruskan. Masih ada lagi enam semester di hadapan kita.

Kami sentiasa bersama kalian berdua. Suka duka pastikan bersama. Bersemangat dan bersungguh-sungguh mencari makna. InsyaAllah akan ada jawapan penyudah di hujungnya. Akan digenggami kesungguhan ini bersama rakan-rakan sepengajian, Master of Science (Counselling), UUM. Boleh buat punya.....


Cameron Highlands Bersama Tingkatan Dua

Salam Ukhuwwah.

Paparan perjalanan mencari pengalaman ini mengambil masa satu minggu untuk di'posting'kan. Mungkin kerana kesibukan kerja dan kesuntukan masa mengenal ruang-ruang kerehatan dan kepentingan antara mengutamakan keperluan mana yang lebih penting dari yang penting kerana yang terpenting itu lebih penting dari yang penting.

19, 20 & 21 Julai 2011. Bersama Tingkatan 2. Satu kalimah terbitan saya tonjolkan "penat tapi seronok". Bersama anak-anak yang tidak pernah sampai ke Cameron Highlands. Mereka "excited". Mereka nak datang lagi. Penat kerana mereka lincah dan berlamaan meninjau ruang hidup yang banyak sekalipun masa hanyalah tiga hari dua malam. Hanya kali ini diberi kesempatan untuk ke Cameron Highlands. Kelmarin dah pergi ke Big Red Strawberry Farm, tapi hari ini nak pergi lagi. Kami jalan kaki lagi. Dekat sahaja cuma kena mendaki memanjat bukit. Tak kan dibiarkan mereka pergi sendiri. Kuatkan diri, pergi juga. Fikirkan keselamatan anak-anak orang tanggungjawab sementara kita. Malamnya, lena dibuai mimpi dan lenguh-lenguh labu betis... kepenatan. Penat tapi seronok. Terima kasih cikgu. Lain kali nak datang lagi.

Mungkin..... sesetengah orang tidak bersetuju dan tidak akan bersetuju sampai bila-bila dengan saya membawa mereka dalam waktu sebegini. Tidak dapat belajar katanya. Adakah ilmu itu hanya ada dalam bilik darjah sahaja?. Tentu tidak kan?. Bukan senang untuk mengurus satu-satu program dari A hingga Z. Susah tanpa ilmu dan pengalaman. Program sebegini, perancangannya bermula sejak dua bulan setengah yang lalu. Melalui proses itu dan ini. Kalau nak tahu, cubalah uruskan sendiri. Akan jumpalah jawapannya.

Saya tidak mampu untuk cuba menutup mulut-mulut sesetengah orang kerana siapalah saya berbanding mereka?. Cuma jawapan saya, saya berkesempatan berjumpa dengan pelajar SPM SMK Renek, pelajar Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa ( Sekolah Kluster ), Pengawas Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 SMS Dungun, Pelajar SMK Geliga Kemaman berprogram untuk Kem Kepimpinan pelajar selama tiga hari dua malam di situ pada waktu itu. Juga dari Tingkatan pelbagai. Agaknya, pelajar Tingkatan 5 (SPM) mereka, tak jadi periksa SPM tahun ni?. Kita bawakan Tingkatan 2, geger seantero benua.

Walau apapun, kita puashati. Kita sabar. Kita redha. Kita kena faham bahawa sifat dengki dan tidak puashati sudah wujud sejak keturunan Nabi Adam yang pertama. Ingat lagi cerita Habil dan Qabil?. Tentu ingatkan......... dan sifat buruk itu bertaburan melata di sekitar kita kini.

Terima kasih buat Abang Man dan Iman Saleha. Saya hargai jasa anda berdua dalam usaha menjayakan program ini.








Sunday, July 17, 2011

Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar SPM SMKA Wataniah

Salam Ukhuwwah

Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar SPM ini adalah merupakan program perkongsian pengalaman, bimbingan nasihat dan tunjuk ajar dalam usaha mengenalpasti ruang dan peluang untuk mengecapi kejayaan dan kecemerlangan diri pelajar Tingkatan Lima tahun 2011. Bimbingan Motivasi ini akan dikendalikan oleh Motivator Encik Muizzuddin bin Mukhtar dari Itqan Partners Training & Consultancy.


Tajuk :  SPM Gaya Mengubah Sikap Dinamik

Tarikh : 17 Julai 2011 ( Ahad )
Masa : 08.30 malam - 10.30 malam
Tempat : Dewan Haji Abdul Latif, SMKA Wataniah
Anjuran Bersama : Unit Bimbingan dan Kaunseling & Program Kecemerlangan SPM





Friday, July 15, 2011

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012 Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf

Program Bimbingan Kerjaya Pelajar Tingkatan 4 Ibnu Rusyd SMKA Wataniah

Salam Ukhuwwah.
14 Julai 2011, Khamis. kami telah mengunjungi tiga tempat rasmi dalam siri program kami. Semuanya telah dijadualkan mengikut masa dan kami mengejar waktu bimbang terlewat jadual yang diberi untuk dipatuhi.
1.  Kunjungi Kolej Pusat Teknologi Pengurusan Lanjutan (PTPL) Terengganu.
Terima kasih buat Pengetua PTPL, Puan Mashitoh Hussin, atas layanan baik dan sudi menerima rombongan kami. Juga buat Puan Junaidah, Puan Sharifah dan sesi penerangan dan bimbingan kerjaya bidang perakaunan oleh Puan Rosnani Abdullah..... memang hebat. Detail dan menarik minat. InsyaAllah pelajar kami tidak akan menyesal memilih aliran Perakaunan di sekolah. Kami dibawa melawat sekitar kolej dan bilik-bilik khas. Juga disediakan makanan tengah hari yang sedap dan cukup untuk mengenyangkan kami. Terima kasih dan budi tuan kami hargai.
2.  Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu
Jam 1.45 petang tiba di Planetarium ( PSKT ), solat dulu dan jam 2.15 petang dah kena masuk untuk tonton tayangan. Tiket masuk masih seperti dulu juga. Pelajar RM2.00 dan Cikgu dikenakan RM4.00. Kami puashati
3.  Pameran Pendidikan dan Pekerjaan Pantai Timur 2011 
Memandangkan Planetarium bersebelahan sahaja dengan Terengganu Trade Centre (TTC) tempat pameran diadakan, maka tiadalah masa dibazirkan. Saya telahpun lama buat 'deal' tarikh dengan penganjur program ini, tapi sayangnya saya terlupa untuk memaklumkan bersama saya adalah pelajar Aliran Perakaunan. Mereka aturkan taklimat dan bimbingan kerjaya tentang bidang perubatan dan farmasi. Rugi memang rugi. Kami terlepas peluang. Ini dinamakan tiada rezeki. Tak mengapalah.








Kem Mukhayyam Permata Terbilang Pelajar PMR SMKA Wataniah

Salam Ukhuwwah

Kini tiba pula giliran Tingkatan Tiga seramai 98 orang berprogram. Chalet dan Kem Belatan, Taman Perkelahan Lata Belatan menjadi lokasi pilihan. Suasana mendamaikan jiwa, mententeramkan perasaan berkecamuk dan lokasi selamat. 

13 Julai 2011, Rabu, jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang. Dua mata pelajaran dipilih. Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Saya berterima kasih kepada YM Ustaz Tuan Muhammad, Ustazah Aizam Suhaila, Ustazah Noraini, Ustazah Hasnah, Miss Tg. Murhaini dan Cikgu Noor Siha. Atas jasa, kudrat dan sumbangan antum/theirs, program ini lancar tersusun diadakan.

Buat Hajjah Zainab, Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Hajjah Norma, Pengurus Program Kecemerlangan PMR, terima kasih kerana sudi menjenguk kami berprogram.

Buat kekanda saya, Cikgu Noor Zuraida, terima kasih..... Saya tahu payahnya mengatur program ini kerana setiap tapak diatur, ' nilai ' mesti berjatuhan. Hakikat itu, kita ketepikan. Tapi... kadang-kadang menyeringau juga telinga ini dengan bingitan nyamuk-nyamuk halus yang sedang menunggu hari untuk di' teboh '.

Sabarkan diri kerana untuk anak-anak didik kami. Sesungguhnya.....
SMKA Wataniah Terbilang Tahun 2015











Tuesday, July 12, 2011

PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SESI 2012/2013

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2012/2013 telah dibuka mulai 1 Julai 2011 sehingga 10 Oktober 2011. Sila baca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di 03-88844083 atau layari laman sesawang http://www.moe.gov.my atau http://www.moe.gov.my/?id=278&aid=2014

Bimbingan Kerjaya Pelajar Tingkatan 5 Ibnu Khaldun SMKA Wataniah di UniSZA

Salam Ukhuwwah

Kesungguhan pelajar Tingkatan 5 Ibnu Khaldun SMKA Wataniah mencari kesepakatan menjalinkan kerjasama bersama dalam usaha memajukan diri dan memantapkan kecemerlangan yang telah dikecapi harus dipuji. Mereka merancang lalu memilih untuk cuba menghayati pengalaman dan mencari angin belajar di institusi Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ), lalu memilih UniSZa sebagai pemula langkah pada 12 Julai 2011, Selasa.

Sekalipun saya percaya.... mereka akan ke merata IPTA kerana peluang dan kejayaan yang bakal diterima nanti melalui SPM pasti akan berbeza. Saya juga turut menggagumi bekas pelajar SMKA Wataniah yang kini berada di UniSZA. Mereka sedia menunggu rombongan kami. Terima kasih buat Encik Johari dan Encik Kamal dari Unit Komunikasi Korporat UniSZA atas sambutan, layanan dan penerangan. Kami puashati.

Apa yang membanggakan saya, pelajar SMKA Wataniah di UniSZA mendapat puji Tuan Haji Muhammad bin Ismail, Pegawai Tadbir di Fakulti Pengajian dan Kontemporari Islam atas kehebatan kemampuan pelajar menguasai ilmu dan kecemerlangan sahsiah. Tahniah dan terima kasih sekali lagi. 

Semoga usaha sedikit ini manfaatnya besar dan sentiasa membesar kerana ilmu itu bukan hanya boleh diperolehi dalam bilik kelas sahaja.

SMKA Wataniah Terbilang Tahun 2015.







Sunday, July 10, 2011

Santai Minda Segarkan Pengalaman Bersama Pelajar Lelaki

Salam Ukhuwwah

Kami berprogram lagi. 6 dan 7 Julai 2011. Kami memilih Zoo Kemaman dan Bukit Gambang Water Park. Pilihannya semua lelaki dari Tingkatan Empat dan Tingkatan Satu. Seronok dan mengujakan semua. Belajar bukan setakat dalam bilik kelas sahaja.










Tuesday, July 5, 2011

SMKA Wataniah Sertai Program Seminar Peluang Pengajian Pelajar Aliran Agama Zon Terengganu

Salam Ukhuwwah

Pelajar Tingkatan 5 SMKA Wataniah seramai 28 orang telah menyertai Program Seminar Peluang Pengajian Pelajar Aliran Agama Zon Terengganu pada 3 Julai 2011 bertempat di SMKA Durian Guling anjuran Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM ).