Followers

Tuesday, July 12, 2011

Bimbingan Kerjaya Pelajar Tingkatan 5 Ibnu Khaldun SMKA Wataniah di UniSZA

Salam Ukhuwwah

Kesungguhan pelajar Tingkatan 5 Ibnu Khaldun SMKA Wataniah mencari kesepakatan menjalinkan kerjasama bersama dalam usaha memajukan diri dan memantapkan kecemerlangan yang telah dikecapi harus dipuji. Mereka merancang lalu memilih untuk cuba menghayati pengalaman dan mencari angin belajar di institusi Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ), lalu memilih UniSZa sebagai pemula langkah pada 12 Julai 2011, Selasa.

Sekalipun saya percaya.... mereka akan ke merata IPTA kerana peluang dan kejayaan yang bakal diterima nanti melalui SPM pasti akan berbeza. Saya juga turut menggagumi bekas pelajar SMKA Wataniah yang kini berada di UniSZA. Mereka sedia menunggu rombongan kami. Terima kasih buat Encik Johari dan Encik Kamal dari Unit Komunikasi Korporat UniSZA atas sambutan, layanan dan penerangan. Kami puashati.

Apa yang membanggakan saya, pelajar SMKA Wataniah di UniSZA mendapat puji Tuan Haji Muhammad bin Ismail, Pegawai Tadbir di Fakulti Pengajian dan Kontemporari Islam atas kehebatan kemampuan pelajar menguasai ilmu dan kecemerlangan sahsiah. Tahniah dan terima kasih sekali lagi. 

Semoga usaha sedikit ini manfaatnya besar dan sentiasa membesar kerana ilmu itu bukan hanya boleh diperolehi dalam bilik kelas sahaja.

SMKA Wataniah Terbilang Tahun 2015.







No comments: