Followers

Saturday, April 30, 2011

Perkhemahan Tahunan Unit-Unit Beruniform SMKA Wataniah Tahun 2011

Salam Ukhuwwah


















SMKA Wataniah Terbilang Tahun 2015

Saturday, April 23, 2011

Majlis Jamuan Tambatan Budi SMKA Wataniah

Salam Ukhuwwah.

Majlis ini diadakan sebagai meraikan guru dan staf yang sentiasa bekerja dan bersama menaikkan kecemerlangan sekolah hingga mampu menobatkan SMKA Wataniah antara yang terbaik dalam saingannya. Pasukan PMR dan Pasukan SPM berjaya dengan jayanya melalui keputusan PMR dan SPM yang telah diumumkan seketika masa sebelumnya.

Bertempat di Restoran Anjung Bahtera, 21 April 2011, Khamis, jam 2.00 petang. Santapan hidangan yang sangat menyelerakan. Terima kasih.



SMKA Wataniah Terbilang Tahun 2015

Friday, April 22, 2011

Bicara Gemilang Pelajar Terbilang

Salam Ukhuwwah.

Lama kami merancang dan cuba mengatur program ini. Akhirnya, dapat juga diadakan pada 21 April 2011, Khamis, jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Fokus kami sangat jelas. Matlamatnya untuk perkongsian pengalaman pelajar SPM tahun 2010 yang cemerlang.

Terima kasih buat Nur Faraha, Nur Atiyah, Nor Hafizah, Aina Mardhiah, Maryam Saidah, Hadi, Zuhaidi, Farah, Faezah, Wan Nurul Husna dan Ain Ilyana atas perkongsian anda.

Terima kasih juga buat pensyarah Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan. Ramai mereka datang. Hebat bicara orang yang sudah berjaya. Budi baik tuan kami hargai.









SMKA Wataniah Terbilang Tahun 2015.

Wednesday, April 13, 2011

Pesta Buku Peringkat Negeri Terengganu

Salam Ukhuwwah

Isnin, 11 April 2011, SMKA Wataniah menghantar pelajar menyertai pesta buku atas arahan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Program diadakan di Dewan Besar Sekolah Menengah Teknik Terengganu, Jalan Lapangan Terbang, Kuala Terengganu.

Dua kelas terlibat iaitu Tingkatan 4 Ibnu Sina dan Tingkatan 4 Ibnu Zuhri. Tahniah. All the best.


Thursday, April 7, 2011

Cara Susun Sijil Untuk Hadiri Temuduga

Salam Ukhuwwah.

Ingatan kepada semua pelajar SMKA Wataniah SPM tahun 2010 yang akan menghadiri sesi temuduga sama ada ke Jordan atau IPTA untuk waktu terdekat ini. Pastikan anda merujuk kepada panduan menghadapi temuduga yang terkini lagi dari pelbagai sumber yang sahih.

Di sini, saya paparkan rujukan dan panduan cara menyusun sijil dan surat untuk menghadapi sesi temuduga.

Pastikan sijil atau surat diletakkan dalam Folder Fail Khas (boleh dibelek-belek, folder yang menarik, kukuh, lasak, tidak berwarna-warni dan jangan sekali-kali dicampuradukkan dengan yang tidak berkenaan / tidak berkaitan dengan sesi temuduga yang anda hadiri ).

1. Surat tawaran atau surat panggilan.
2. Dokumen diri seperti Surat Beranak atau pasport. Ingatan!. Kad Pengenalan anda hendaklah diletakkan/disimpan dalam poket baju anda untuk keselamatan dan memudahkan bila diminta untuk dilihat).
3. Sijil-sijil persekolahan. (Hendaklah dimulakan dengan Sijil Persekolahan yang tertinggi diikuti dengan yang lain).
4. Sijil Berhenti Sekolah.
5. Anugerah Pencapaian / Anugerah Kecemerlangan.
6. Watikah Pelantikan atau Surat-surat lantikan ke jawatan tertentu.
7. Sijil-sijil Penghargaan.
8. Sijil-sijil Penyertaan.
9. Surat-surat panggilan ke program / aktiviti tertentu yang tiada sijil dikeluarkan oleh penganjur.

Anda juga boleh merujuk kepada sumber-sumber di bawah :-


Selamat Berjaya. Tunaikan Solat Sunat Hajat sebanyaknya. Baca Doa Nabi Musa. Bacakan Doa memudahkan urusan. Terima Kasih.

Tuesday, April 5, 2011

Masa Sibuk Itu Kian Berlalu

Salam Ukhuwwah.

AlhamduliLlah, setelah sepuluh hari berlalu dengan tajuk terakhir " Peluang dan Pemilihan Pendidikan Lanjutan Selepas SPM ", akhirnya saya memunculkan diri.

Ada pelajar yang datang berjumpa, bertanyakan " Cikgu, kenapa lama tak diupdatekan blog?. Lama saya tertunggu berita tentang perkembangan SMKA Wataniah ". Terima kasih atas ingatan itu.

Sejak keputusan SPM tahun 2010 diumumkan pada 23 Mac 2011 yang lalu, jumlah pelawat makin meningkat. Setiap hari blog ini dikunjungi lebih dari 100 orang. Syukurlah anda memanfaatkan blog ini sebaiknya.

Saya sengaja membiarkan blog ini lama tidak diupdate kerana semata-mata ingin memberi peluang kepada anak-anak murid yang " kurang celik IT " mudah mendapatkan maklumat tentang peluang pendidikan lanjutan selepas SPM. Kan mudah jika bila buka sahaja blog ini, sudah terpapar di muka depan tentang apa yang ingin dicari.

4 April 2011,hari terakhir Permohonan Fasa 2 Kemasukan Ke IPTA, TEVT & ILKA Lepasan SPM/Setaraf Ambilan Julai 2011. Maka, hari ini sesuailah kiranya saya masukkan entri terbaru sepertimana diharapkan.

Saya cuba membilang hari ke belakang mengambil kira selang masa dua minggu yang telah berlalu :

1.  20 Mac 2011 ( Ahad )
Karnival Pendidikan MARA. Membawa 41 orang pelajar mengunjunginya di Kota Bharu.


2.  21 - 22 Mac 2011 ( Isnin - Selasa )
Kursus Motivasi Jati Diri Pelajar Tingkatan 5 ( Fasa 1 ). Khusus untuk Tingkatan 5 Ibnu Sina, 5 Ibnu Rusyd & 5 Ibnu Baytar. Pusat Pendidikan Biodiversiti, Jabatan Perhilitan Negeri Terengganu, Bukit Marak, Pasir Akar, Jerteh, Terengganu.


3.  23 Mac 2011 ( Rabu )
Majlis Sekalung Penghargaan SPM Tahun 2010. Majlis ini diadakan khusus untuk meraikan kecemerlangan pelajar SMKA Wataniah yang hebat. " SMKA Wataniah Tersohor Tahun 2010 " telah dicapai. Tahniah.....


4.  24 Mac 2011 ( Khamis ) 
Taklimat Peluang dan Pemilihan Pendidikan Lanjutan Selepas SPM SMKA Wataniah. Fast Track tanpa rehat. Makan minum pun dalam Bilik Gerakan. Mulai jam 8.30 pagi hingga 1.30 petang. Terima kasih buat semua anak-anak pelajar yang hadir. Dibimbing sekadar termampu. Ditolong selagi diperlu.  Anda Sentiasa Kekal Hebat...


5.  27 Mac 2011 ( Ahad ) 
Majlis Penyampaian Watikah Pengawas ( Badan Pengawas Sekolah & Pengawas Pusat Sumber Sekolah ) SMKA Wataniah Tahun 2011. Program Motivasi " Saya Juga Boleh Berjaya ". Program diadakan serentak. Mulai jam 8.30 - 10.00 pagi. Cuma di tempat berlainan. Kaunselor perlu ada dalam program laksanaan mereka. Dewan Besar tidak mampu memuatkan jumlah pelajar yang ramai. So, Tingkatan 1 dan Tingkatan 3 bersama kami di Dewan Makan ASPURI. Tidak mengapa....... Jam 10.30 - 11.30 pagi, kunjungan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) ke sekolah. Layan lima orang tetamu dulu. Sambung lagi bersama pelajar SPM Tahun 2010. Ramai yang datang. Hampir 60  orang. Peluang dan Pemilihan Pendidikan Lanjutan Selepas SPM SMKA Wataniah. Itu yang mereka harapkan dari saya. Saya mesti tolong mereka..... Dalam sedar, jam di tangan sudah melewati masa 2.30 petang. Dan kita pun berhenti.



6.  28 Mac 2011 ( Isnin ) 
Majlis Mahabbah Bersama Pengetua ( Sempena Pertukaran Ke SMK Chalok, Setiu ).
Puan Hajjah Che Dayang binti Che Sulaiman dengan rasminya meninggalkan kami. Sanjungan Penghargaan dan Kalungan Terima Kasih buat Tuan Pengetua. Beliau banyak memberikan sokongan kepada kami di Unit Bimbingan & Kaunseling. Mungkin kerana beliau memiliki Master dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling. Ada yang menanggis sedih atas perpisahan ini. Salam Perpisahan...


7.  29 Mac 2011 ( Selasa ) 
Taklimat Peluang dan Pemilihan Pendidikan Lanjutan Selepas SPM SMKA Wataniah. Pelajar SPM tahun 2010, datang lagi. Seawal jam 8.00 pagi mereka sudah muncul di Bilik Gerakan. Ayuh, bantu mereka. Makan minum hari ni dalam bilik ini je. Tidak mengapa. Ramai dan ramai lagi yang datang. Kami sudahkan sesi perbincangan kerana bukan taklimat lagi pada jam 1.30 petang. Satu persatu diterang. Sabar. Sabar..... Kita Solat Zohor berjemaah dulu.


8.  30 Mac 2011 ( Rabu ) 
Mesyuarat Agung PIBG SMKA Wataniah Kali Ke-12 dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar SMKA Wataniah Tahun 2011. Jam 2.00 petang hingga 6.00 petang. Diamanahkan jawatan sebagai Setiausaha ni, agak memenatkan juga. Tapi berjaya juga buat majlis ni kerana team kerja yang hebat. Terima Kasih semua yang terlibat. Persediaan telah lama dibuat. Maka tak lah jadi kelam kabut. Ok je.


9.  30 - 31 Mac 2011 ( Rabu - Khamis ) 
Kursus Motivasi Jati Diri Pelajar Tingkatan 5 ( Fasa 2 ). Kali ni tiba pula peluang dan giliran untuk pelajar Tingkatan 5 Ibnu Zuhri, 5 Ibnu Qayyim & 5 Ibnu Khaldun. Masih di tempat yang sama iaitu Pusat Pendidikan Biodiversiti, Jabatan Perhilitan Negeri Terengganu, Bukit Marak, Pasir Akar, Jerteh, Terengganu. 35 pelajar lelaki dan 40 orang pelajar perempuan. Inilah kenangan terindah kami. Pengalaman berharga kalian.


dan.......... SMKA Wataniah Terbilang Tahun 2015