Followers

Saturday, October 30, 2010

Program Lawatan Bermaklumat Pelajar Tingkatan Tiga ( Program Selepas PMR ) SMKA Wataniah Ke Cameron Highlands

Salam Ukhuwwah.

Alhamdulillah. Perjalanan kami selamat pergi, berada dan balik. Tiada kejadian tidak diingini berlaku. Tahun ini, sudah dua kali kami ke Cameron Highlands.

Tarikh 27 hingga 29 Oktober 2010 dipilih. Selama tiga hari dua malam. Program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling sempena Program Selepas PMR Tahun 2010. Penyertaan melibatkan 33 pelajar dan 3 guru pengiring.

Ada kedapatan pelajar yang belum pernah sampai di Cameron Highlands berasa sangat kagum dengan kecantikan alam, suasana mendinginkan kulit dan kehebatan ciptaan Allah. Inilah yang dikatakan, " Jauh Perjalanan Luas Pemandangan ".


 
 
 
 
 
 

Tuesday, October 26, 2010

Program “ Taqarrub Ukhuwwah Pelajar PMR Tahun 2010 ” - 26 Oktober 2010

Salam Ukhuwwah.

Friday, October 22, 2010

Program Lawatan Bermaklumat Pelajar Tingkatan Satu ( Program Maju Diri Tingkatan Satu ) Tahun 2010, SMKA Wataniah - ( Siri 3 )

Salam Ukhuwwah.

Siri program terakhir untuk tahun ini. Siri 3 pada 20 Oktober 2010. Penyertaan melibatkan 37 pelajar. 5 lelaki dan 32 perempuan. Ditemani 3 Guru Pengiring.

Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakannya. Sesungguhnya tahun 2010 ini berlalu dengan keadaan yang mendesak dan mencekik serba kehidupan, kelakuan dan keperluan.

Program sama terlaksana pada tahun sudah, tiket masuk ke lokasi berkenaan mulai naik mendadak. Taman Tamadun Islam, dari RM 8.00 kepada RM 9.00. Guru RM 15.00.  Muzium Negeri Terengganu dari RM 0.50 kepada RM 1.00. Guru pula tahun 2009 hanya RM 2.00 tetapi sekarang sudah naik 150% kepada RM 5.00. Teruklah kalau macam ni.

Ada ibu bapa penjaga yang mempertikai, kenapa yuran penyertaan tinggi sangat?. Susah nak jawab jika tidak merancang dan menyertai siri-siri program ini. Mudah sahaja jawapan pada saya. Tiket masuk RM 9.00 + RM 1.00 = RM 10.00. Walaupun SMKA Wataniah ada bas sendiri, tapi bas SMKA Wataniah tidak boleh bergerak jika diisi dengan air ke dalam tangki minyaknya. Biasanya, satu perjalanan ke Kuala Terengganu, kos minyaknya RM 200.00. Kiralah sendiri... baru puashati.

Kalau tahun 2009 dan sebelumnya, Guru Pengiring boleh membuat tuntutan perjalanan RM 22.50 untuk Elaun Harian, separuh dari Elaun Makan jika mengiringi pelajar mengikuti sebarang program melebihi 8 jam. Tapi tahun ini, entahlah beb. Lupus ditelan bumi.

Tuesday, October 12, 2010

Dari ALlah Kita Datang dan Kepada ALlah Jua Kita Pasti Akan Kembali

Salam Ukhuwwah.


Tanggal 10 Oktober 2010, ketika masih lagi di sekolah meneruskan kerja, jam 12.30 p.m. saya menerima satu sms,  " Pak Man telah kembali ke RahmatuLlah sekejap tadi di Hospital Kuala Terengganu ". Ringkas mesejnya.

Saya terduduk seketika. Ya ALlah benarkah berita ini. Saya sahkan dengan adik. " Tak apa aku balik kejap lagi ". Terus saya pulang ke rumah. Solat Zohor dan terus memandu pulang membawa Wafi sebagai teman. 130 KM jarak perjalanannya.

Jam 4.00 petang, tiba di kampung dan jenazah telahpun sedia sampai di Balai Sah ( Surau ). Selesai Solat Asar, jenazah disembahyangkan dan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Tok Gebok. 

Ramai yang berebut untuk berada dalam liang. Tidak mengapalah. Saya hanya berada di atas membantu untuk perkhidmatan terakhir buat Pak Man. Mengaut tanah buat memenuhi ruang liang. Saling bekerjasama dengan rakan-rakan sekampung.

Malamnya sempat bertahlil. Esoknya, pagi-pagi lagi sudah pulang ke Besut. Masuk kerja semula sekalipun lewat tiba di sekolah.

Masih ingat lagi, pertemuan pada malam raya Aidilfitri baru-baru ini. Beria-ia benar Pak Man mengajak ke rumahnya setelah sama-sama berjemaah di Balai Sah. Lewat pulang ke rumah malam tu. Ingatnya jam hampir 11.00 malam.

Banyak perkara yang dibualkan. Juga sehelai kain pelikat hadiah buat Pak Man tanda kenangan abadi. Itulah pertemuan dan perbualan terakhir. Banyak perkara yang dikongsikan. Beliau banyak memahami kami. Setelah kehilangan ibu, sembilan tahun yang lalu... kepada Pak Man lah tempat kami mengadu. Kata-kata perangsang buat bekalan kami adik beradik.

Ingat lagi kata-kata ini, " Noor, maafkanlah ko Pak Man banyak-banyak. Pak Man pun sakit lo ning. Takut-takut lepas ni tak jumpa dah. Pak Man pun tua dah. Bila lagi nak tukar balik kerja di kampung. Tak dok orang yang boleh dibuat Tok Imam di Bukit Ara ni ".

Dan..... sememangnya kita sudah tidak akan berjumpa lagi selepas ini.

Bukannya kami punyai ikatan kekeluargaan, tapi sudah mengenali beliau sejak saya mulai mengenal huruf tika menjengah alam persekolahan. Tinggal berjiran. Dan kami bersaudara kerana seagama. Beliau juga sebagai bapa. Suka duka kehidupan banyak dikongsikan bersama.

Siapa mampu menyekat air mata ini dari mengalir?. Siapa mampu menyeka mata merah berair yang bergenang memenuhi kelopak ini?. Siapa yang akan mengalunkan azan di Balai Sah Bukit Ara selepas ini?... dan siapa-siapa. Banyak perkara yang difikirkan.

Sesungguhnya setelah lima hari sakit dan berada dalam wad, Pak Man kembali kepada-Nya dengan mudah. Orang baik mudah perginya.

Pada hari ini saya berdoa menadah tangan, " Ya ALlah!, Ampunkanlah segala dosa Pak Man, kurniakanlah rahmat-Mu kepadanya, kasihanilah beliau dan berikanlah kemaafan-Mu ya ALlah kepada Pak Man. Tempatkanlah beliau ke dalam Syurga-Mu ... Amin ".

Wednesday, October 6, 2010

Program Lawatan Bermaklumat Pelajar Tingkatan Satu ( Program Maju Diri Tingkatan Satu ) Tahun 2010 SMKA Wataniah - ( Siri 2 )

Salam Ukhuwwah.

Kami ke Kuala Terengganu lagi untuk Program Lawatan Bermaklumat Pelajar Tingkatan Satu ( Program Maju Diri Tingkatan Satu ) Tahun 2010, SMKA Wataniah  - ( Siri 2 ). Kali ini Tingkatan 1 Omar dan 1 Othman menerima gilirannya. Seramai 37 pelajar dan 3 guru menyertainya.

Lokasi pun tempat yang sama seperti Siri 1, cuma selepas itu kami ke Muzium Negeri Terengganu, Bukit Losong.

Jam 5.00 petang, kita dah tiba di SMKA Wataniah.

Jumpa lagi dalam Siri 3, tapi mungkin terpaksa diubah tarikhnya dari 13 Oktober 2010 ke 20 Oktober 2010. Tetap hari Rabu. Tarikh awalnya, tak dapat dilaksanakan kerana nak diadakan raptai penuh Majlis Graduasi Pelajar SPM SMKA Wataniah Kali ke-2 Tahun 2010. Dan... saya diamanahkan untuk slot jemputan VIP dan Pengacara Majlis bersama Cik Noor Aini Mohd. Kita akan buat yang terbaik. InsyaALlah.