Followers

Friday, October 22, 2010

Program Lawatan Bermaklumat Pelajar Tingkatan Satu ( Program Maju Diri Tingkatan Satu ) Tahun 2010, SMKA Wataniah - ( Siri 3 )

Salam Ukhuwwah.

Siri program terakhir untuk tahun ini. Siri 3 pada 20 Oktober 2010. Penyertaan melibatkan 37 pelajar. 5 lelaki dan 32 perempuan. Ditemani 3 Guru Pengiring.

Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakannya. Sesungguhnya tahun 2010 ini berlalu dengan keadaan yang mendesak dan mencekik serba kehidupan, kelakuan dan keperluan.

Program sama terlaksana pada tahun sudah, tiket masuk ke lokasi berkenaan mulai naik mendadak. Taman Tamadun Islam, dari RM 8.00 kepada RM 9.00. Guru RM 15.00.  Muzium Negeri Terengganu dari RM 0.50 kepada RM 1.00. Guru pula tahun 2009 hanya RM 2.00 tetapi sekarang sudah naik 150% kepada RM 5.00. Teruklah kalau macam ni.

Ada ibu bapa penjaga yang mempertikai, kenapa yuran penyertaan tinggi sangat?. Susah nak jawab jika tidak merancang dan menyertai siri-siri program ini. Mudah sahaja jawapan pada saya. Tiket masuk RM 9.00 + RM 1.00 = RM 10.00. Walaupun SMKA Wataniah ada bas sendiri, tapi bas SMKA Wataniah tidak boleh bergerak jika diisi dengan air ke dalam tangki minyaknya. Biasanya, satu perjalanan ke Kuala Terengganu, kos minyaknya RM 200.00. Kiralah sendiri... baru puashati.

Kalau tahun 2009 dan sebelumnya, Guru Pengiring boleh membuat tuntutan perjalanan RM 22.50 untuk Elaun Harian, separuh dari Elaun Makan jika mengiringi pelajar mengikuti sebarang program melebihi 8 jam. Tapi tahun ini, entahlah beb. Lupus ditelan bumi.

No comments: