Followers

Tuesday, January 26, 2010

Program Wacana Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Pelajar Tingkatan Satu SMKA Wataniah Tahun 2010

Salam Ukhuwwah.

Program Wacana Pendidikan Pencegahan Dadah ( PPDa ) Pelajar Tingkatan Satu SMKA Wataniah Tahun 2010.
Penceramah : Encik Zakaria bin Zulkifli, Kaunselor SMK Seri Nering / Penerima Anugerah Pengurusan Cemerlang PPDa Peringkat Kebangsaan Tahun 2009 .

Program ini diadakan pada 26 Januari 2010. Selasa. Bertempat di Dewan Haji Abdul Latif, SMKA Wataniah. Program ini telah diarah untuk dilaksanakan di setiap sekolah menengah yang mana sasarannya adalah pelajar Tingkatan 1. Program ini telah mengumpulkan seramai 207 orang pelajar. Pelaksana program dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling & Jawatankuasa Pendaftaran Pelajar SMKA Wataniah.


Program Minggu Taaruf Pelajar Baru Tingkatan 1 (Ambilan 4)

Salam Ukhuwwah.

Program ini melibatkan pelajar baru Tingkatan 1 seramai 72 orang iaitu 22 lelaki dan 50 perempuan. Mereka semua adalah pelajar yang mendapat keputusan 4A1B dalam UPSR 2009. Mendaftar masuk pada 24 Januari 2010. Selamat datang dan belajar di SMKA Wataniah. Warga terhebat.

Tarikh   : 25 Hingga 28 Januari 2010
Tempat : Dewan Haji Abdul Latif, SMKA Wataniah.
Pelaksana : Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKA Wataniah


Majlis Tingkah Melangkah Seluhur Budi Setulus Kasih

Salam Ukhuwwah.

Majlis Tingkah Melangkah Seluhur Budi Setulus Kasih telah diadakan pada 24 Januari 2010, Ahad bertempat di Dewan Haji Abdul Latif bagi meraikan Tuan Haji Wan Mohd Ridhwan bin Wan Sulaiman, Guru Kanan Mata Pelajaran Sains dan Matematik yang telah dinaikkan pangkat ke SMKA Nurul Ittifaq, Kuala Besut sebagai Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum. Tahniah Sir Ridhwan.


Bicara Perjuangan


Setiap yang berhati berani akan tiba

di daerah cabaran,

Setiap yang bermula akan berpenghujung jua akhirnya,

Setiap pertemuan pula akan diringi perpisahan,

Begitulah lumrah kehidupan,

Walaupun pahit untuk ditelan,

Namun perpisahan ini

Terpaksa kami relakan.

Semoga memori terindah di

SMKA Wataniah terus terpahat

Di sanubari selamanya.


Malam hari berlagu unggas

Memecah kesunyian di dalam hutan

Walaupun terpisah tempat bertugas

Budimu Tuan dalam ingatan



Friday, January 22, 2010

Program Maju Diri Tingkatan 1 SMKA Wataniah

Salam Ukhuwwah.

PENGENALAN

Pendidikan di peringkat sekolah menengah merupakan zaman peralihan bagi seseorang pelajar. Perubahan yang berlaku perlu dihadapi dan ianya sudah semestinya akan menyebabkan berlaku perubahan dari aspek emosi, pemikiran dan cara membuat keputusan. Perubahan mata pelajaran turut berlaku dan pendedahan serta pengalaman baru sedikit sebanyak mempengaruhi cara mereka menguasai sesuatu perkara. Justeru itu, PROGRAM MAJU DIRI TINGKATAN 1 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA WATANIAH TAHUN 2010 adalah merupakan satu bentuk aktiviti yang perlu diadakan bagi membekalkan mereka dengan ilmu-ilmu dan kemahiran-kemahiran bagi memudahkan mereka menjalankan peranan mereka sebagai pelajar sekolah yang berkesan.

OBJEKTIF PROGRAM

Meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk menghadapi peralihan budaya menengah dengan lebih baik.

Mahir menggunakan masa dengan berkesan dan seimbang dalam pengurusan aktiviti seharian.

Mempunyai kemahiran untuk melaksanakan peranan mereka sebagai pelajar cemerlang.

Mengamalkan ciri-ciri pelajar yang baik supaya pelajar lain dapat menerima dan menghormati mereka sebagai pelajar elit contoh.

Pengukuhan sikap positif, akhlak terpuji, penerapan dan pengukuhan nilai-nilai murni.

Melahirkan modal insan yang berkualiti dan berketrampilan kepada diri sendiri, keluarga dan sekolah.

Pelajar berkualiti adalah pelajar yang cemerlang akademik, terpuji sahsiah, sihat tubuh badan dan cerdas fikirannya.

PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh   :  21 Januari 2010
Hari      :  Khamis
Masa     : 8.05 pagi hingga 2.20 petang
Tempat :  Dewan Haji Abdul Latif
Anjuran :  Jawatankuasa Program Maju Diri Tingkatan 1



Alkisah Seorang Guru

Sumber :
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=1960

Oleh : Li Fook Gao

Cikgu Nik Kamal merupakan seorang guru yang cukup terkenal dengan sikap dedikasi dan adil dalam tugas pengajarannya. Bagi beliau, tanggungjawab yang dipikul oleh seorang guru amatlah besar dalam proses pembinaan masyarakat dan negara.

Setiap murid yang diterimanya harus dididik dan dipimpin dengan baik. Bukan itu sahaja, beliau turut menganggap setiap murid yang gagal dididiknya dan keterlanjuran menjadi sampah masyarakat sehingga merugikan negara sebagai satu dosa yang besar. Oleh yang demikian, selain memastikan murid-muridnya memahami apa yang diperlukan untuk lulus ujian dengan cemerlang, beliau juga memberi tumpuan khusus kepada pembinaan akhlak dan rohani agar kesemua muridnya akan menjadi manusia yang berguna dan berbakti kepada masyarakat dan negara dewasa kelak.

Reputasi baik cikgu Nik Kamal sebagai seorang guru cemerlang tidak datang dalam masa sehari dua. Cikgu Nik Kamal tidak pernah dituduh pilih kasih dalam memberikan ganjaran, penandaan kertas ujian mahupun memberikan hukuman. Murid-murid, rakan guru-guru dan ibu bapa sangat menghormatinya kerana kagum dengan kebolehan mengajarnya di samping sikapnya yang adil, saksama dan tegas terhadap murid-muridnya.

Namun segalanya berubah apabila anak sulung beliau, Nik Kamil ditawarkan belajar di sekolah yang sama. Tanpa disedarinya, guru besar sekolahnya telah membuat keputusan untuk meletakkan Nik Kamil di dalam kelas bimbingannya kerana mempercayai beliau dapat bertindak adil terhadap anaknya sebagaimana murid-murid yang lain.

Pada peringkat permulaannya, cikgu Nik Kamal berasa amat gembira dengan berita tersebut. Beliau yakin bahawa di bawah bimbingannya, anaknya akan berpeluang menjadi pelajar paling cemerlang di sekolah penghujung tahun nanti. Sekiranya itu menjadi kenyataan, beliau percaya beliau akan turut dianugerahkan sebagai “guru cemerlang”, dan ini sudah tentu akan menjadi kenangan yang amat manis bagi keluarga beliau.

Harapan Cikgu Nik Kamal ternyata meleset seminggu selepas sesi persekolahan bermula. Desas-desus sudah mula kedengaran daripada murid-murid di dalam kelas bimbingannya bahawa beliau sentiasa memberikan tumpuan yang lebih terhadap anaknya semasa mengajar di dalam kelas. Murid-murid mula mengadu kepada guru-guru subjek yang lain bahawa mereka merasa seperti dianak-tirikan oleh cikgu Nik Kamal. Setahu Nik Kamal, beliau melayan semua muridnya dengan sama, namun ada ketikanya beliau mengakui beliau menjawab soalan-soalan yang diajukan anaknya dengan lebih mesra berbanding murid yang lain secara tidak sedar. Maklumlah, Nik Kamil itu anaknya, sudah tentulah cara percakapan antara mereka lebih mesra, takkan itu pun nak didengkikan, bisiknya di hati. Beliau memilih untuk bersabar dan menganggap semua ini hanya permainan fitnah budak-budak semata-mata.

Nik Kamil ialah seorang murid yang bijak dan pandai, bak kata pepatah bapa borek anak rintik. Semua kerja sekolahnya dihabiskan dengan baik dan cermat. Rakan-rakan guru Nik Kamal turut sama memuji ketekunan dan kebijaksanaan anak sulungnya itu. Oleh sebab itu, kekadang anaknya melakukan kesalahan-kesalahan kecil, rakan-rakan gurunya tidak menghukum seperti mana hukuman setimpal yang dialami murid-murid yang lain. Ini secara tidak langsung menimbulkan lagi tahap cemburu murid-murid lain terhadap anaknya yang disangka mereka kebal daripada tindakan disiplin kerana dia merupakan anak kepada seorang guru yang terhormat.

Fitnah terhadap anak sulung Nik Kamal bukan setahap itu sahaja. Setiap kali anaknya mendapat markah tertinggi di dalam peperiksaan, rakan-rakan murid anaknya akan menuduh bahawa cikgu Nik Kamal telah memberikan soalan bocor kepada anaknya terlebih awal. Ada juga sebilangan ibu bapa murid-murid yang tewas tipis dalam keputusan ujian kepada anaknya turut mengadu perkara yang sama kepada guru besar akibat termakan fitnah anak-anak mereka tak berasas.

Sesekali cikgu Nik Kamal cuba menjelaskan perkara ini bahawa keputusan cemerlang anaknya adalah hasil usahanya sendiri dan bukannya kerana mendapat soalan bocor seperti yang difitnah, namun beliau gagal mengikis tanggapan bahawa beliau pilih kasih dalam mempertahankan keputusan cemerlang anaknya. Fitnah yang semakin menjadi-jadi ini juga menyebabkan kewibawaan dan akhlak Nik Kamal turut mula dipertikaikan oleh rakan-rakan guru sekolahnya. Walaupun guru besar masih mempercayainya, akan tetapi imejnya sebagai guru yang cemerlang semakin terhakis di kalangan ibu bapa murid-murid dan rakan-rakan guru sekolahnya itu.

Cikgu Nik Kamal berasa teramat sedih dengan peristiwa yang berlaku. Keputusan cemerlang anaknya tidak lagi menjadi peristiwa yang menggembirakan untuk keluarga cikgu Nik Kamal sebaliknya menjadi perkara yang mendatangkan fitnah semata-mata.
Nik Kamil semakin diboikot oleh rakan-rakan sekolahnya. Sejak itu, segala tindak-tanduk Nik Kamil mula diperhatikan secara ketat oleh rakan-rakannya. Segala kesilapan dan keterlanjuran kata-kata oleh anaknya akan dijadikan bukti untuk diadukan kepada rakan-rakan guru yang tidak sehaluan dengan bapanya bagi tujuan memalukan bapanya di hadapan guru besar. Nik Kamil tidak menyedari bahawa tindak-tanduknya menambahkan lagi tekanan kerja dan politik sekolah terhadap bapanya sendiri.

Akibat desas-desus yang semakin liar, akhirnya, cikgu Nik Kamal dipanggil guru besar untuk berjumpa dengannya untuk menyelesaikan kemelut politik yang sering mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Cikgu Nik Kamal terkejut apabila guru besar berkata beliau sendiri memikul tanggungjawab yang besar dalam kemelut ini kerana kegagalannya dalam memahami hati manusia.

Menurut guru besarnya lagi, lazimnya beliau tidak akan mengizinkan anak-anak guru di sekolahnya untuk belajar di sekolah yang sama kerana ia senang menimbulkan fitnah yang boleh mengganggu ketenteraman sekolah. Akan tetapi, kali ini beliau mengizinkannya kerana beliau beranggapan bahawa dengan reputasi cikgu Nik Kamal yang baik sepatutnya masalah fitnah ini tidak akan timbul.

Namun, beliau akhirnya akur bahawa sesiapa sahaja, tidak kiralah sebelum ini beliau dilihat sebersih manapun, tidak mungkin akan dapat lari daripada fitnah kerana sifat dengki dan cemburu manusia senantiasa wujud pada satu-satu masa.

“Adalah susah untuk orang lain melihat kita bertindak adil sekiranya sesuatu perkara atau keputusan itu melibatkan ahli keluarga sendiri walaupun sememangnya kita boleh bertepuk dada tanya selera bahawa kita telah bertindak adil. Di sinilah kelemahan insan yang bernama manusia ini dan inilah yang harus kita elakkan untuk menghindari fitnah yang mungkin datang,” kata guru besar kepada cikgu Nik Kamal.
Tambah beliau lagi, “Kemelut yang timbul di sekolah kali ini adalah akibat kecemburuan dan kedengkian murid-murid lain terhadap anak cikgu, Nik Kamil. Perkara ini tidak akan timbul sekiranya Nik Kamil tidak berada di sekolah yang sama dengan cikgu.”

Kata-kata guru besar bagaikan satu wake-up call buat cikgu Nik Kamal. Demi kebaikan anak, kegembiraan keluarga, kerjaya dan sekolah, cikgu Nik Kamal mengambil keputusan untuk menukarkan anaknya ke sekolah lain secepat yang mungkin…
Dan seperti yang dijangkakan oleh guru besar, keadaan di sekolah pulih seperti sediakala dalam masa sebulan dua… tiada lagi fitnah yang melulu, tiada lagi perbalahan yang remeh-temeh, tiada lagi pertikaian terhadap kredibiliti beliau sebagai guru yang adil dan saksama; dan yang paling menggembirakan, akhirnya keluarga cikgu Nik Kamal boleh berbangga dengan pencapaian cemerlang Nik Kamil yang akan datang kerana tiada lagi orang yang memperlekehkan keputusan cemerlang anaknya lagi…

Thursday, January 21, 2010

Kursus Kepimpinan Perdana SK Darau, Besut

Salam Ukhuwwah.

Pada 20 Januari 2010, Rabu, jam 11.00 pagi hingga 1.00 petang, saya telah diundang sebagai penceramah dalam program tersebut. Saya diketemukan dengan 89 murid terdiri dari kalangan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah.

Seronok ketika bersama mereka. Kata orang senang mengajar di sekolah rendah. Tapi, bagi saya ianya agak sukar mendidik mereka. Ianya mengingatkan saya ketika berkhidmat di SK Seri Nilam, Kuala Terengganu beberapa tahun yang lalu. Lambat bergerak sukar memahami. Segalanya perlu di'suap'. Tidak mengapalah. Itu dulu. Kini saya di sekolah menengah. Sekolah Elit dan akan menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi sebagaimana dicita-citakan oleh warganya. InsyaALlah.


Wednesday, January 20, 2010

Majlis Meraikan Kejayaan Pasukan PMR SMKA Wataniah Tahun 2009

Salam Ukhuwwah.

Majlis kesyukuran meraikan kejayaan pasukan Projek Kecemerlangan PMR SMKA Wataniah Tahun 2009 telah diadakan pada 18 Januari 2010, Isnin, bertempat di Bukit Keluang Beach Resort, Besut. Seramai 49 pelajar telah mendapat kejayaan cemerlang dengan  keputusan 9A dan 8A. ( 9A  : 19 orang & 8A : 30 orang ). Hanya 43 orang pelajar telah hadir kerana 6 orang yang lain telahpun berpindah ke sekolah lain. Guru-guru dan kakitangan sekolah yang terlibat secara langsung atas kejayaan tersebut telah hadir memeriahkan majlis.

Suasana majlis dapat dilihat di sini. 







Tuesday, January 19, 2010

Majlis Pelancaran Program Minimum B SMKA Wataniah Tahun 2010

Salam Ukhuwwah.

PENGENALAN

Pembelajaran merupakan tunggak masa depan generasi muda. Melalui pembelajaran, mereka dapat menimba ilmu pengetahuan yang akan menjadi bekalan dalam menghadapi hari-hari mendatang. Bagi mengukur tahap pemahaman, pengetahuan dan pencapaian para pelajar mereka mesti menduduki peperiksaan. Bagi mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan, para pelajar wajib belajar bersungguh-sungguh untuk menggarap dan mencerna ilmu yang mereka pelajari di sekolah. Oleh itu, berdasarkan pencapaian peperiksaan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) pada tahun-tahun sebelum ini adalah dipercayai bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah mampu mencapai tahap minimum B sebagaimana diharapkan semua.


MATLAMAT PROGRAM

Merealisasikan pencapaian Sekolah Berprestasi Tinggi.

Tarikh           : 17 Januari 2010

Hari             : Ahad

Tempat          : Dewan Haji Abdul Latif

Pelancaran Oleh : Puan Hajjah Che Dayang binti Che Sulaiman
                  ( Pengetua SMKA Wataniah )

Anjuran         : Jawatankuasa Program Minimum B





Bengkel Kemahiran Belajar Tingkatan 5 SMKA Wataniah Tahun 2010



Salam Ukhuwwah.

Bengkel Kemahiran Belajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah Tahun 2010

Tarikh   : 14 Januari 2010 ( Khamis )
Tempat : Dewan Haji Abdul Latif
Anjuran : Unit Bimbingan dan Kaunseling & Projek Kecemerlangan SPM

Aluan Penyelaras Projek Kecemerlangan SPM SMKA Wataniah,
Encik Mohd Rashid bin Awang Mat 
 

Penghayatan yang diberikan peserta sangat bermakna untuk kecemerlangan mereka



Bimbingan dari Kaunselor Sekolah


Sunday, January 17, 2010

Program Selangkah Ke UiTM


Salam Ukhuwwah.

Pada 13 Januari 2010, Rabu, semua Kaunselor ( Guru Bimbingan dan Kaunseling ) diarahkan menyertai Program Selangkah UiTM anjuran UiTM Dungun dan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu bertempat di UiTM Dungun. Sekalipun program sebegini hanya dianjurkan separuh hari, tetapi ianya banyak memberikan ilmu baru dan pengalaman berguna untuk kami.


Friday, January 15, 2010

Bengkel Kemahiran Belajar Tingkatan Tiga SMKA Wataniah Tahun 2010


Salam Ukhuwwah.

Pembelajaran merupakan tunggak masa depan generasi muda. Melalui pembelajaran, mereka dapat menimba ilmu pengetahuan yang akan menjadi bekalan dalam menghadapi hari-hari mendatang. Bagi mengukur tahap pemahaman, pengetahuan dan pencapaian para pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 dalam pelajaran, mereka mesti menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagi mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan, para pelajar wajib belajar bersungguh-sungguh untuk menggarap dan mencerna ilmu yang mereka pelajari di sekolah. Oleh itu, para pelajar mesti dibekalkan dengan petua-petua kecemerlangan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan selain daripada diajar teknik-teknik belajar dan cara mengulangkaji pelajaran dengan cara yang efektif dan lebih sistematik.

Bengkel Kemahiran Belajar Tingkatan Tiga SMKA Wataniah Tahun 2010 telah diadakan :-

Tarikh    :       11 Januari 2010

Hari        :        Isnin

Tempat  :       Dewan Haji Abdul Latif

Anjuran  :        Unit Bimbingan dan Kaunseling & Projek Kecemerlangan PMR

 


Wednesday, January 13, 2010

Sebab-Sebab Memilih Pekerjaan

Lazim remaja mempunyai kerjaya idaman. Malah sejak kanak-kanak lagi, mereka sudah pandai menyebut hendak menjadi doktor, penyanyi atau pelakon. Namun tidak kurang yang sering bertukar cita-cita kerana dipengaruhi oleh persekitaran.

Kaunselor dan pensyarah dari Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Hushim Salleh berkata, kombinasi minat, kebolehan dan pengaruh suasana semasa adalah faktor utama dalam pemilihan sesuatu kerjaya. "Umpamanya, orang yang bercita-cita menjadi guru haruslah mempunyai minat yang mendalam kanak-kanak. Jika tidak, dia tentu akan menganiaya muridnya sendiri,' katanya kepada Utusan.
Beliau menjelaskan, berdasarkan teori Holland, manusia dikategorikan kepada enam kelompok berlainan yang berasaskan jenis personaliti iaitu:
realistik (realistic)
penyelidikan (investigative)
artistik (artistic)
sosial (social)
keusahawanan (enterprising)
konvensional (conventional)


Wartawan katanya termasuk dalam kategori sosial, iaitu golongan yang berminat kepada manusia dan suka bertemu orang tanpa mengira kelas.
Sementara kerjaya guru, yang lazimnya diminati kaum wanita sangat bersesuaian dengan fitrah mereka yang lemah-lembut, keibuan dan bersikap memujuk.
Beliau juga menjelaskan, ramai orang yang mempunyai lebih daripada satu minat.

Umpamanya ada orang yang berminat dalam bidang sosial, apabila sampai satu peringkat menunjukkan perubahan kecenderungan kepada keusahawanan.
"Asalnya dia suka kepada manusia, kemudian minatnya beralih kepada wang dan kuasa. Dengan kemahiran sosial yang sedia dimilikinya, dia pandai berinteraksi dengan manusia tetapi pada masa yang sama, bijak memanipulasi,'' jelasnya.
Perubahan kecenderungan tersebut, ujarnya lagi, menyebabkan berlakunya 'penghijrahan' dalam kerjaya.

Justeru katanya, bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila guru yang sudah 20 tahun mengajar, tiba-tiba berhenti kerja untuk menjadi seorang usahawan.
"Memang mulanya minat itu kekal. Tetapi ia boleh berubah, mungkin kerana faktor pulangan ekonomi, suasana tempat kerja dan motivasi kerja,'' ujarnya.
Kaum wanita katanya, lebih mudah berubah kerjaya selepas berumahtangga.
Seorang akauntan wanita umpamanya, merasakan kerjaya tersebut tidak sesuai lagi selepas mendirikan rumahtangga dan mempunyai anak.
Oleh itu, dia akan mencari kerjaya lain yang lebih sesuai dengan status dirinya seperti menjadi guru.

Hushim berkata, kaum lelaki biasanya lebih senang mengekalkan kerjaya kerana tidak banyak mengalami 'gangguan'.
Beliau turut menyarankan supaya remaja menyemai cita-cita selepas tingkatan tiga iaitu selepas tamat peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Sambungnya, ini kerana selepas PMR, pelajar akan menjurusi bidang tertentu seperti sains tulen, sastera atau perdagangan berdasarkan pencapaian akademik dan minat mereka.
Justeru inilah masa yang sesuai untuk memupuk minat, katanya.
Beliau turut menggalakkan ibu bapa supaya mengambil berat akan pemilihan kerjaya anak-anak.

Antara yang harus ditekankan kepada anak-anak mengenai pemilihan cita-cita ialah faktor minat, bakti dan gaji yang diterima.
Ini kerana remaja berkelaziman mengalami alam fantasi sebelum menyedari hakikat sebenar.
Usia sekitar tujuh hingga 15 tahun, terangnya, remaja cenderung berfantasi dan memasang angan-angan yang kadangkala tidak rasional.
Tetapi selepas melewati usia tersebut, mereka akan menyedari hakikat sebenar dan mula berusaha mengejar cita-cita idaman.
Beliau berpendapat remaja kini yang cenderung menggemari kerjaya glamor seperti penyanyi dan pelakon, kerana dipengaruhi media massa.
Apatah lagi dengan banyaknya anugerah yang diberikan kepada golongan artis ditambah liputan meluas media, ia lebih merangsang remaja supaya terpengaruh.

"Sayangnya, tak ada pula anugerah untuk kerjaya imam umpamanya. Mengapa ia tidak diketengahkan, sedangkan jika berlaku kematian, imam orang pertama yang dicari,'' tegasnya.
Katanya ada 25 000 kerjaya di dunia, tetapi hanya sedikit yang diketengahkan oleh media.
Beliau berkata, perancangan sangat penting untuk mencapai kerjaya idaman.
Perancangan jangka pendek iaitu sekitar usia 18 sehingga 25 sangat penting kerana pada peringkat ini, remaja masih belajar dan menimba pengalaman.
Sementara perancangan jangka panjang akan menentukan status dan masa depan seseorang, ujarnya.

Memahami Jenis-Jenis Kerjaya

Secara umum, kerjaya boleh dibahagikan sekurang-kurangnya kepada lapan bidang utama:
1. Bidang kewangan/perniagaan/hartanah
2. Bidang penulisan dan komunikasi
3. Bidang saintifik/perubatan
4. Bidang perkeranian dan pentadbiran
5. Bidang seni reka dan kreatif
6. Bidang teknikal
7. Bidang keusahawanan
8. Bidang perkhidmatan
Bidang kerja dan contoh-contoh jawatan:

1. Kewangan/Perniagaan
(Berminat dengan kerja-kerja jualan, cenderung ke arah kewangan dan perniagaan, suka bergaul dan mempengaruhi orang ramai)
Pentadbiran dan pengurus bank
Perancang dan pengurus kewangan
Pengurus dan agen insurans
Eksekutif jualan dan pemasaran
Pengurus pengiklanan
Eksekutif akaun
Akauntan/juruaudit
Aktuari
Pegawai bank
Pemerosesan data
Penganalisis data
dan lain-lain

2. Penulisan dan Komunikasi
(Bagi yang berminat dalam bidang penulisan, sastera dan seni)
Wartawan
Editor
Jurubahasa
Penterjemah
Penerbit rancangan radio/televisyen
Pengacara radio/televisyen
Penulis skrip
Perunding komunikasi
dan lain-lain

3. Perubatan/Sains
(Bagi yang meminati kerja-kerja penyelidikan dan mempunyai kaitan dengan sains dan masyarakat)
Doktor (am/bedah/gigi/mata/pakar)
Doktor haiwan
Jururawat
Pembantu makmal/pembantu perubatan
Juru radiologi
Ahli farmasi
Juru terapi
Saintis
Ahli biologi/kimia
Pakar nuklear
Ahli geologi/geofizik
dan lain-lain

4. Perkeranian dan Pentadbiran
(Bagi yang berminat melakukan tugas berkaitan dengan pentadbiran, kesetiausahaan dan merekod maklumat)
Pengurus perjawatan
Pegawai sumber manusia
Pegawai tadbir
Pembantu undang-undang
Kerani
Setiausaha
dan lain-lain

5. Seni Reka dan Kreativiti
(Bagi yang minat melukis, mereka dan mencipta bahan-bahan seni dan kreatif)
Pelukis
Pelukis grafik/batik
Pereka fesyen/barang kemas/seramik dan sebagainya
Pereka bentuk dalaman
Jurugambar
Juru solek
dan lain-lain

6. Teknikal
(Berminat mengendali, mereka bentuk, mereka cipta, membina atau membaiki peralatan mesin dan perkara teknikal lain)
Arkitek
Perancang Bandar dan Wilayah
Juruteknik
Juruukur
Mekanik
Jurutera (Elektronik/Elektrik/Awam dan lain-lain)
Pakar runding (
Dan lain-lain

7. Keusahawanan
(Bagi yang yang suka bekerja sendiri dengan menjalankan perniagaan dan perusahaan)
Perniagaan runcit
Perusahaan Kilang
Pemborong
Kontraktor
Pengusaha hotel
Perusahaan bengkel
Perusahaan butik
dan lain-lain

8. Perkhidmatan
(Bagi yang suka melakukan kerja-kerja sosial atau melibatkan orang ramai)
pensyarah/guru
Pustakawan
Pegawai Perhubungan Awam
Peguam/pendakwaraya/hakim
Polis/askar
Pemandu pelancong
Kaunselor
Pramugari/pramugara
Tukang masak profesional
dan lain-lain


Monday, January 11, 2010

Ceramah Maal Hijrah Asrama SMKA Wataniah


Salam Ukhuwwah.

Pada malam 10 Januari 2010, satu ceramah sempena Maal Hijrah Tahun Baru Hijrah telah diadakan bertempat di Masjid As-Syakirin, SMKA Wataniah. Program ini dianjurkan oleh Unit Asrama sekolah. Pengisian disampaikan dengan begitu tersusun dan menarik dengan mengupas sejarah berlakunya Hijrah. Terima Kasih Ustaz Mohd Nor bin Salleh, Penyelia Pendidikan Islam dan Moral, Pejabat Pelajaran Daerah Besut.


Majlis Pengiktirafan Akademik SMKA Wataniah Kali Pertama 2010

Salam ukhuwwah.

Jawatankuasa Bidang Pengiktirafan SMKA Wataniah telah mengadakan Majlis Pengiktirafan Akademik Kali Pertama 2010 pada 10 Januari 2010, hari Ahad, jam 7.30 pagi bertempat di Dewan Haji Abdul Latif.

Seramai 29 orang pelajar telah menerima Sijil Penghargaan atas kejayaan cemerlang dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2009. Mereka dipilih berdasarkan kejayaan mendapat 5A dan ke atas. Hadiah dan Sijil Penghargaan disampaikan oleh Ummi Pengetua, Puan Hajjah Che Dayang binti Che Sulaiman.

Seramai tiga pelajar telah mendapat 10A dari 11 mata pelajaran yang diambil. Tahniah kepada Muhammad Hadi bin Wahid ( 5 Ibnu Sina ), Aina Mardhiah binti Abdullah ( 5 Ibnu Sina ) dan Maryam Saidah binti Mohd Hamdan ( 5 Ibnu Rusyd ).


Friday, January 8, 2010

Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 4 SMKA Wataniah Tahun 2010

Salam ukhuwwah.

Program Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 4 SMKA Wataniah Tahun 2010 ini telah diadakan pada 3 hingga 7 Januari 2010. Ianya merupakan program wajib tahunan bertujuan untuk mengumpulkan semula pelajar Tingkatan 4 agar terbimbing dan diberi asuhan ingatan agar mereka sayangkan diri, sekolah dan negara mereka. Setelah hampir 2 bulan bercuti kerana ada di antara mereka sudah tidak hadir ke sekolah seusai berlangsungnya peperiksaan PMR pada awal oktober 2009.


Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Jawatankuasa Penyelaras Tingkatan 4 bergabung tenaga melaksanakan program ini. Memandangkan program ini berlangsung serentak dengan Minggu Haluan Pelajar Baru Tingkatan 1 SMKA Wataniah Tahun 2010, maka program tersebut tidak diadakan di Dewan Haji Abdul Latif ( Dewan Besar ) sebaliknya kebanyakan slot diadakan di Dewan Makan Asrama Puteri ( Aspuri ). Hanya beberapa slot diadakan secara bersama bagi menjimatkan masa penceramah bagi acara / slot penceramah yang sama dengan tajuk yang sama.


Seawal hari pertama, program ini diisi dengan slot pemilihan Mata Pelajaran Aliran Sains dan pemilihan Mata Pelajaran Aliran Teknikal. Tuan Pengetua dan barisan pengurusan, kesemuanya mengambil peluang bertemu dengan pelajar. Pada hari terakhir, program ini ditutuprasmi oleh Tuan Haji Safihi bin Ahmad, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid mewakili Tuan Pengetua.

Ringkasnya, Pelajar Tingkatan 4 tahun 2010 baik budi pekerti, bijak sikap, terancang hala tujuan, sahsiah murni memungkinkan rancangan terlaksana dengan jayanya. Terima Kasih semua.