Followers

Thursday, June 30, 2011

Bengkel Rahsia Cemerlang Bahasa Arab Tingkatan Satu SMKA Wataniah

Salam Ukhuwwah

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah melalui Panitia Bahasa Arab, Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Program Maju Diri Tingkatan Satu SMKA Wataniah telah mengadakan BENGKEL RAHSIA CEMERLANG BAHASA ARAB TINGKATAN SATU SMKA WATANIAH TAHUN 2011 untuk memberikan pendedahan teknik-teknik untuk mempelajari Bahasa Arab dengan mudah. Pembelajaran Bahasa Arab memerlukan kepada pemahaman asas aspek bahasa, pengayaan kosa kata, penguasaan tatabahasa dan penggunaan praktikal Bahasa Arab dalam kehidupan seharian. Oleh itu, setiap komponen bahasa perlu digarap agar menjadi saling berkait antara satu sama lain bagi memudahkan penguasaan Bahasa Arab dalam tempoh masa yang singkat.

Peserta akan didedahkan dengan sembilan teknik belajar Bahasa Arab secara lebih efisien, diberikan motivasi kenapa mereka sepatutnya tidak melepaskan peluang menguasai Bahasa Arab di peringkat sekolah lagi, didedahkan dengan teknik merujuk kamus dan diberi peluang membentangkan tugasan sepanjang bengkel satu hari suntuk berlangsung.

Jika kita sering mengadu tentang kesukaran mempelajari Bahasa Arab, inilah peluang keemasan untuk kita mempelajari dan memperkemas semula asas Bahasa Arab sekaligus membaiki peluang anda untuk cemerlang dalam matapelajaran tersebut di dalam Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) atau peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) yang akan kita duduki nanti.

Bahasa Arab sangat penting. Ia adalah bahasa Al-Quran, bahasa Nabi, bahasa solat dan bahasa syurga. Ia juga adalah bahasa rasmi 23 negara Arab dan antara enam bahasa rasmi di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dengan erti kata lain, ia sangat penting untuk kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Dalam usaha memartabatkan kembali Bahasa Arab di SMKA Wataniah, usaha perlu dibuat, ikhtiar mesti dilaksanakan agar prestasi dan pencapaian terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Arab kembali dikagumi semua melalui keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) atau peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ). 

Tenaga pengajar adalah terdiri daripada konsultan terpilih Insan Sejahtera Centre ( ISC ) iaitu sebuah konsultan pendidikan yang berperanan membangunkan program-program akademik dan motivasi pelajar khususnya berkaitan mata pelajaran Bahasa Arab di peringkat sekolah menengah. Mereka juga akan dibantu oleh tenaga pengajar / pendidik di SMKA Wataniah.

Tarikh 27 Jun 2011, Isnin telah dipilih bagi melaksanakan program ini.
SMKA Wataniah Terbilang tahun 2015.




Friday, June 24, 2011

Program Lawatan Sambil Belajar Pelajar Kelab Kaunseling & Kerjaya ( 3K ) dan Kelab Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ) SMKA Wataniah Ke Cameron Highlands

Salam Ukhuwwah.

Cameron Highlands dipilih lagi tahun ini untuk lokasi lawatan/kunjungan pelajar SMKA Wataniah. Seramai 33 pelajar terlibat, 3 guru pengiring dan selebihnya disertai oleh anak-anak cikgu.

Hari pertama, sebaik sampai pada 21 Jun 2011, kami terus ke Big Red Strawberry Farm. Hari Kedua, Sarapan pagi di Tanah Rata, seterusnya ke Taman Teknologi MARDI, Ladang Teh ' Bharat Tea ', Cactus Point, Time Tunnel Museum. Malamnya, jalan-jalan sekitar hotel penginapan di Brinchang.

Hari ketiga, kami ke Pasar Cameron Highlands ( pasar sayuran ) dan ke Taman Rama-rama. Kemudian meneruskan perjalanan pulang.

Mungkin atas kertas, nampak biasa-biasa saja, tapi ada juga ahli rombongan yang nak ikut lagi kita punya trip rombongan Tingkatan 2 pada 19 - 21 Julai 2011 nanti. Katanya, tak puashati lagi dan sangat menyeronokkan. Makan angin dengan kawan-kawan sangat berbeza kalau nak dibandingkan datang dengan keluarga.

Apa-apapun, kami pulang dan tiba dengan selamat. Pemandu bas kita, Abang Wan dan Abang Man memang cekap dan berpengalaman dalam pemanduan mereka.

Kami abadikan kenangan kunjungan kali ini dalam beberapa keping gambar ini....
















Sunday, June 19, 2011

Program Tautan Kasih Ibnu Rusyd SMKA Wataniah

Salam Ukhuwwah

Kami telah memilih Asrama Anak-Anak Yatim Darul Falah, Bukit Payong, Marang, Terengganu untuk jayakan program ini pada 17 & 18 Jun 2011 ( Jumaat & Sabtu ).

Untuk waktu terdekat ini saksikan program kami melalui blog Husna binti Muhammad, Timbalan Pengarah program ini.

Terima Kasih.
http://bilasayamembebel.blogspot.com/2011/06/program-tautan-kasih-ibnu-rusyd-di.html

Program Motivasi Rentas Kejayaan Cakna Cemerlang Pelajar Tingkatan 4 SMKA Wataniah

Salam Ukhuwwah.

Kami ingin rakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan selayaknya buat 11 mahasiswa/wi Kolej Universiti TATI (TATiUC) kerana memilih SMKA Wataniah untuk jayakan program sebegini. Kunjungan 6 mahasiswa dan 5 mahasiswi TATiUC diketuai Mohd Izzudin telah memberikan semangat motivasi dengan kelainan cara berguna. 

Pengalaman anda membuatkan pelajar kami di Tingkatan 4 seramai 132 orang sangat teruja dan menoktahkan keseronokkan menimba ilmu. Juga terima kasih dan penghargaan buat rakan lama saya di TATiUC, Puan Noorhayati binti Muhammad, Penolong Pendaftar TATiUC ( bingkisan saya ; dah jadi orang besar le ning. saya masih lagi di sekolah. Tahniah ) kerana cetusan idea murni memilih kami melaksana program di SMKA Wataniah. Datanglah lagi, kami sedia menanti.

Syukran Jaziilan buat Ustaz Ahmad Zaki bin Mohammad, GPK HEM kami yang sudi menutuprasmi program ini. Buat Tok Penghulu program, Fadhil dan Hatikah, cikgu menuntut kudrat anda diganjari pahala oleh-Nya sebanyaknya. Kalian berdua mampu menconggak wibawa menongkah bijaksana mengatur kepimpinan bersahaja. Terima kasih.

Saksikanlah kami berprogram melalui aturan gambar ini..........