Followers

Monday, March 2, 2015

Info Pendidikan Lanjutan Selepas SPM Tahun 2014 Sesi Ambilan 2015/2016

Salam Ukhuwwah.


Lama tidak berkongsi. Saya muncul lagi. Sesibuk mana pun kita, masa itu milik Allah. Jika Allah jauhkan diri-Nya dari kita, Allah akan sibukkan kita dengan hal dunia. Biarlah kita hidup sibuk dengan urusan-Nya. Kita aturkan kehidupan untuk-Nya. Melakukan sesuatu atas semua perkara diniatkan kerana-Nya, bukan selain-Nya. Pasti hidup kita berpahala sentiasa.

Esok, 3 Mac 2015, Selasa... anak-anak SPM tahun akan menerima keputusan mereka. Debaran usah dikira. Saya juga berdebar. Merasai takutnya juga. Kita harapkan adanya sinar bersama. Esok juga, SMKA Wataniah akan mulai bergelar Sekolah Kluster Kecemerlangan ( SKK ) setelah Mudir kami, Ustaz Md. Yusof bin Rahim menerima watikah dari Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia di Putrajaya. Pastinya Mudir tiada bersama di Dewan haji Abdul Latif untuk merasai debaran kecemerlangan SPM. Tidak mengapa. Kejayaan akan bersama.

Saya mulakan dengan sedikit perkongsian ini...


Kali ini saya aturkan perjumpaan untuk perkongsian bersama. Datang ya.....



Siang hari tadi kami juga berprogram. Program Motivasi Kerjaya " Bimbingan Menghadapi Temuduga dan Panduan Penyediaan Resume ". Itulah program seawal pertemuan untuk anak-anak SPM tahun 2014. Tahniah. Ramai yang datang.



Sumber rujukan peluang pendidikan lanjutan selepas SPM

Saya cuba untuk menilai, mencari dan mengenalpasti sumber-sumber baru berkaitan Halatuju Pendidikan Selepas SPM. Saya dapati terdapat beberapa blog dan laman web yang boleh dijadikan rujukan utama. Di sini saya paparkan untuk penelitian sebelum keputusan SPM keluar pada 3 Mac 2015, Selasa.


1. Permohonan ke IPTA Lepasan SPM dan Setaraf