Followers

Sunday, February 28, 2010

Bersangka Baik Sesama Insan

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdul Kadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
~  Mencari cinta Ilahi ~

Sumber : http://selembutbayupemikirbumi.blogspot.com/2010/02/bersangka-baik-sesama-insan.html

Thursday, February 25, 2010

Temuduga - Tips Untuk Anda

www.weluvislam.com
edited by: Itminaan


ASPEK - ASPEK TEMUDUGA
Terdapat dua aspek mustahak mengenai temuduga. Aspek-aspek itu ialah :

a. Persediaan
b. Tingkah laku semasa temuduga

(A) PERSEDIAAN
1. Selidik seberapa banyak yang dapat tentang pekerjaan yang anda pohon itu. Sumber-sumber yang boleh membantu anda ialah :
- Mereka yang bekerja di dalam pekerjaan yang dipohon
- Bahan-bahan penerangan kerjaya yang boleh didapati dari pelbagai jabatan, firma dan perpustakaan
- Ibu-bapa, saudara-mara dan rakan-rakan
2. Selidik samada anda mempunyai kelulusan akademik dan kelulusan-kelulusan lain sebagaimana yang dikehendaki bagi pekerjaan yang anda pohon itu. Jangan semata-mata bergantung kepada nasib. Banyakkan doa.
3. Jika anda ditemuduga bagi sesuatu pekerjaan yang berkehendakkan pengetahuan atau latihan khas, anda mungkin disoal tentang perkara tertentu yang berkaitan ataupun diberi satu ujian untuk menilai pengalaman, kemahiran atau kepantasan anda. Dalam hal seperti ini adalah berfaedah jika anda mengkaji semula perkara-perkara berkenaan sebelum menghadiri temuduga.
4. Anda hendaklah mengambil tahu tempat, tarikh dan masa temuduga akan diadakan dan hendaklah berada di tempat temuduga itu 10 minit sebelum temuduga itu dimulakan. JANGAN SEKALI-KALI DATANG LAMBAT.
5. Pakailah pakaian yang sesuai, kemas dan bersih. Jangan memakai pakaian yang terlampau berwarna-warni dan menjolok mata,berselipar,menggunakan minyak wangi dan alat solek yang berlebihan.
Kuku jari anda hendaklah bersih. Rambut hendaklah pendek bagi laki-laki dan kemas disikat bagi perempuan (bukan Islam). Kasut anda juga hendaklah bersih.
7. Apabila anda menjawab sesuatu iklan pastikanlah permohonan anda itu mengandungi segala butir-butir tertentu seperti yang dikehendaki di dalam iklan itu. Bersedialah menjawab soalan-soalan berkenaan dengan iklan dan kandungan surat permohonan anda itu.
8. Bawalah bersama-sama anda sijil-sijil asal sekolah, dokumen-dokumen asal dan surat-surat akuan asal untuk disemak oleh majikan/penemuduga. Susunlah dokumen-dokumen ini mengikut susunan yang dikehendaki dan janganlah digulung.
9. Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum memasuki bilik temuduga itu. Jangan berasa gentar, masuklah dengan hati yang tenang serta penuh yakin serta tawakal kepada Allah Ta'ala.
10. Sediakan nama dan lain butir mengenai dua orang benar-benar mengenali anda, tetapi bukan saudara-mara anda, yang akan memberi perakuan terhadap diri anda. Eloklah jika anda mendapatkan keizinan dahulu daripada mereka.

(B) TINGKAHLAKU SEMASA TEMUDUGA
1. Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan salam, "Selamat Pagi" atau "Selamat Petang" (bukan Islam)mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.
2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian. Bagi yang beragama Islam, jika penemuduga berlainan jantina dengan anda, JANGAN hulurkan tangan.
3. Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.
4. Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu.
5. Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu.
6. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu.
7. Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.
8. Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar.
9. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel.
10. Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya.
11. Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.
12. Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.
13. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
14. Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
15. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
16. Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
17. Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
18. Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
19. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
20. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.
21. Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.
22. Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.
23. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
24. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.

PENILAIAN TEMUDUGA
Dalam temuduga lazimnya penemuduga akan menilai diri anda dalam perkara-perkara seperti yang dijadualkan di bawah :
- Amat Baik
- Baik
- Sederhana
- Lemah
- Catitan

PENILAIAN TEMUDUGA SELURUHNYA…..
Jika boleh anda akan diambil terus untuk bekerja selepas temuduga itu ataupun anda akan diberitahu oleh penemuduga tentang keputusannya di dalam beberapa hari kelak. Jikalau anda tidak berjaya mendapat pekerjaan itu, janganlah berputus asa. Setiap kali anda ditemuduga, ianya akan menambahkan lagi pengalaman anda dan anda juga akan berpeluang untuk membaiki cara-cara dan kedudukan yang lepas. Semua yang dipanggil mempunyai peluang yang sama. Berusaha dan bertawakal.
* Tips yang diberi adalah bersifat umum, sesetengah syarikat/organisasi mungkin menggunakan ukuran berbeza dalam menilai calon pekerja.

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah SMKA Wataniah Tahun 2010

Salam Ukhuwwah. 

Saya nak rakamkan ucapan tahniah, penghargaan dan terima kasih buat Unit Sukan Sekolah melalui " orang kuat " nya, Cikgu Mat Rofi atas kejayaan melaksanakan kejohanan hebat ini. Juga tahniah buat Cikgu Haji Wan Sulaiman, Ketua Guru Penasihat Rumah Kuning kerana muncul sebagai Johan Keseluruhan Rumah Sukan bagi kejohanan kali ini. Tahniah dan terima kasih semua yang terlibat menjayakannya.

Hadiah Kecemerlangan Pelajar Yayasan Terengganu Tahun 2010 Bagi Pelajar Yang Memperolehi Keputusan Cemerlang Peperiksaan SPM Tahun 2009

Salam Ukhuwwah.
Perhatian. Semua pelajar SPM tahun 2009 adalah LAYAK jika anda menepati syarat-syaratnya iaitu MESTI rakyat Terengganu dan mendapat keputusan SPM 8A dan ke atas dengan matapelajaran teras WAJIB mendapat 4A+ mengikut aliran yang diambil. Borang boleh didapati dengan saya di Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKA Wataniah. Tarikh tutup, dua minggu selepas keputusan peperiksaaan diumumkan. Borang yang diambil dan dipenuhlengkap mesti dikembalikan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKA Wataniah.

Monday, February 22, 2010

BENGKEL TEKNIK MUDAH BELAJAR BAHASA ARAB SMKA WATANIAH TAHUN 2010

Salam Ukhuwwah.

AlhamduliLlah, Bengkel Teknik Mudah Belajar Bahasa Arab SMKA Wataniah Tahun 2010 ( Formula Dr. Arabic ) telahpun selesai diadakan pada 21 Februari 2010. Terima Kasih kepada semua yang telah menjayakannya.

Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah SMKA Wataniah Tahun 2010

Pengawas sekolah merupakan sekumpulan pelajar yang dilantik khas bagi menolong dan membantu pihak sekolah untuk mengurus disiplin di peringkat sekolah. Sebagai seorang pengawas sekolah, ciri-ciri kepimpinan tertentu haruslah dimiliki bagi membolehkan mereka berfungsi dengan sepenuhnya. Justeru itu, KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH merupakan satu bentuk aktiviti yang perlu diadakan bagi membekalkan mereka dengan ilmu-ilmu dan kemahiran-kemahiran memimpin bagi memudahkan mereka menjalankan peranan mereka sebagai pemimpin pelajar.

TAJUK PROGRAM
Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah ( BPS ) SMKA Wataniah Tahun 2010

PELAKSANA
Badan Pengawas Sekolah ( BPS ) & Unit Bimbingan dan Kaunseling

KUMPULAN SASAR
Pengawas Sekolah seramai 65 orang

TARIKH
18, 19 & 20 Februari 2010

TEMPAT
Asrama SMKA Wataniah

Majlis Tilawah Al-Quran ( MTQ ) Peringkat Sekolah

Tarikh   :  9 Februari 2010
Masa    :  2.00 hingga 4.00 petang
Tempat :  Bilik Gerakan, Dewan Haji Abdul Latif & Masjid As-Syakirin SMKA Wataniah
Anjuran :  Panitia Pendidikan Islam

Sunday, February 21, 2010

Semua pelajar sekolah diwajibkan menyertai satu jenis sukan mulai tahun depan

21/02/2010 7:57pm

BANDAR JENGKA, 21 Feb. — Semua pelajar sekolah rendah dan menengah akan diwajibkan menyertai satu jenis sukan mulai tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, sebuah jawatankuasa sementara juga akan ditubuhkan bagi mengkaji untuk memberikan kredit kepada pelajar yang menyertai sukan.
Kajian untuk memberikan kredit atau markah kepada pelajar yang terbabit sukan adalah bagi mengubah persepsi ibu bapa yang sebelum ini melihat aktiviti sukan tidak memberi makna, sebaliknya lebih menekankan pencapaian akademik anak-anak mereka, katanya.
"Efektif tahun depan, tahun ini kita akan buat apa yang patut dahulu, sebab pihak sekolah perlu menyusun kembali jadual sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Konvensyen Umno Pahang di sini, hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menjelaskan, sebenarnya penyertaan pelajar dalam sukan telah diwajibkan dalam kokurikulum sebelum ini cuma tidak diberikan penekanan. - Bernama

Monday, February 15, 2010

Bengkel Teknik Mudah Belajar Bahasa Arab SMKA Wataniah Tahun 2010


Salam Ukhuwwah.

PENGENALAN
Bahasa Arab sangat penting. Ia adalah bahasa Al-Quran, bahasa Nabi, bahasa solat dan bahasa syurga. Ia juga adalah bahasa rasmi 23 negara Arab dan antara enam bahasa rasmi di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dengan erti kata lain, ia sangat penting untuk kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Dalam usaha memartabatkan kembali Bahasa Arab di SMKA Wataniah, usaha perlu dibuat, ikhtiar mesti dilaksanakan agar prestasi dan pencapaian terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Arab kembali dikagumi semua melalui keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) atau peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

OBJEKTIF
Meningkatkan kembali prestasi dan kecemerlangan pencapaian mata pelajaran Bahasa Arab terutamanya pada peringkat peperiksaan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ).
 
Pencapaian Bahasa Arab yang cemerlang menjadi lambang atau “ trade mark ” bagi sekolah.

Menggilap potensi aset cemerlang yang ada di sekolah agar meminati dan berkebolehan berkomunikasi dalam Bahasa Arab yang asas dengan mudah dan betul.

Menanam sikap positif di kalangan pelajar supaya sentiasa beranggapan bahawa Bahasa Arab adalah satu bahasa yang mudah.

Mengadaptasikan sekurang-kurangnya 5 teknik ( bahasa badan, intonasi, zikrullah, panggilan mesra, kata pinjaman ) ketika belajar bahasa Arab.


PELAKSANA 
Bengkel ini akan dikendalikan oleh Dr. Abdul Razak bin Chik ( Dr. Arabic ), Pensyarah Bahasa Arab, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Pakar Perunding Kementerian Pelajaran Malaysia, Guru Inovatif 2006 & 2007, Pembimbing berpengalaman selama lebih 17 tahun, Penerima Anugerah Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan Tahun 2007 dan Kolumnis Bahasa Arab Utusan Malaysia sejak tahun 2006 hingga sekarang bagi keluaran setiap hari Jumaat.

TARIKH     :  21 FEBRUARI 2010 ( AHAD )
MASA        :  09.00 PAGI – 1.30 PETANG
TEMPAT    :  DEWAN HAJI ABDUL LATIF, SMKA WATANIAH
ANJURAN  :  PANITIA BAHASA ARAB & UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

KUMPULAN SASAR 
Semua pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah seramai 323 orang iaitu Pelajar Tingkatan 4 : 178 orang dan Pelajar Tingkatan 5 : 145 orang. 

PELAKSANA
Dikendalikan oleh Dr. Abd Razak bin Chik ( Dr Arabic ).
Diuruskan pada peringkat sekolah oleh 
Panitia Bahasa Arab dan Unit Bimbingan dan Kaunseling ( UBK )

Sunday, February 14, 2010

PROGRAM SMART EXCELLENT ISLAMIC STUDENT 2010 ( SMARTIES’10 )

Salam Ukhuwwah

Pada 4, 5 & 6 Februari 2010, SMKA Wataniah dikunjungi oleh 25 orang Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri, Kelantan. Tahniah kerana telah memilih SMKA Wataniah sebagai lokasi pelaksanaan projek kursus anda. Seramai 143 pelajar Tingkatan 3 terlibat ( 95 % ). Datanglah lagi ke sini. Kami sedia menanti.