Followers

Monday, February 15, 2010

Bengkel Teknik Mudah Belajar Bahasa Arab SMKA Wataniah Tahun 2010


Salam Ukhuwwah.

PENGENALAN
Bahasa Arab sangat penting. Ia adalah bahasa Al-Quran, bahasa Nabi, bahasa solat dan bahasa syurga. Ia juga adalah bahasa rasmi 23 negara Arab dan antara enam bahasa rasmi di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dengan erti kata lain, ia sangat penting untuk kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Dalam usaha memartabatkan kembali Bahasa Arab di SMKA Wataniah, usaha perlu dibuat, ikhtiar mesti dilaksanakan agar prestasi dan pencapaian terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Arab kembali dikagumi semua melalui keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) atau peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

OBJEKTIF
Meningkatkan kembali prestasi dan kecemerlangan pencapaian mata pelajaran Bahasa Arab terutamanya pada peringkat peperiksaan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ).
 
Pencapaian Bahasa Arab yang cemerlang menjadi lambang atau “ trade mark ” bagi sekolah.

Menggilap potensi aset cemerlang yang ada di sekolah agar meminati dan berkebolehan berkomunikasi dalam Bahasa Arab yang asas dengan mudah dan betul.

Menanam sikap positif di kalangan pelajar supaya sentiasa beranggapan bahawa Bahasa Arab adalah satu bahasa yang mudah.

Mengadaptasikan sekurang-kurangnya 5 teknik ( bahasa badan, intonasi, zikrullah, panggilan mesra, kata pinjaman ) ketika belajar bahasa Arab.


PELAKSANA 
Bengkel ini akan dikendalikan oleh Dr. Abdul Razak bin Chik ( Dr. Arabic ), Pensyarah Bahasa Arab, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan, Pakar Perunding Kementerian Pelajaran Malaysia, Guru Inovatif 2006 & 2007, Pembimbing berpengalaman selama lebih 17 tahun, Penerima Anugerah Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan Tahun 2007 dan Kolumnis Bahasa Arab Utusan Malaysia sejak tahun 2006 hingga sekarang bagi keluaran setiap hari Jumaat.

TARIKH     :  21 FEBRUARI 2010 ( AHAD )
MASA        :  09.00 PAGI – 1.30 PETANG
TEMPAT    :  DEWAN HAJI ABDUL LATIF, SMKA WATANIAH
ANJURAN  :  PANITIA BAHASA ARAB & UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

KUMPULAN SASAR 
Semua pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah seramai 323 orang iaitu Pelajar Tingkatan 4 : 178 orang dan Pelajar Tingkatan 5 : 145 orang. 

PELAKSANA
Dikendalikan oleh Dr. Abd Razak bin Chik ( Dr Arabic ).
Diuruskan pada peringkat sekolah oleh 
Panitia Bahasa Arab dan Unit Bimbingan dan Kaunseling ( UBK )

No comments: