Followers

Tuesday, August 31, 2010

Slide Nuqaba': Memenangi mad’u yang tahu dan mahukan islam

Check out this SlideShare Presentation:

Program Ihya' Ramadhan ; Tahajjud Perdana

Salam Ukhuwwah.

Alhamdulillah. Program ini berjaya diadakan dengan lancar.
31 Ogos 2010, Selasa, Jam 3.30 - 6.30 pagi.
Masjid As-Syakirin, SMKA Wataniah.
Anjuran bersama BADANI dan Unit Bimbingan dan Kaunseling.

 
Qiamullail dipimpin oleh Ustaz Mohd Kaspi bin Ismail. Dah dua kali ustaz dijemput ke SMKA Wataniah


Sahur bersama dua orang ustaz

Suka tengok anak-anak bersahur. Berselera nampaknya

Tazkirah Subuh : Tajuknya " Mencari Syurga ALlah "



Pelajar perempuan ramai yang hadir. Tahniah


Ustaz Tuan Muhammad datang dari jauh. Terima Kasih Ustaz

Ucapan seorang GPK HEM, Ustaz Kasim Awang

Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini. Harapnya dengan satu program terancang, tapi ianya akan menjadi amalan berpanjangan seharian dalam kehidupan. Bersama kita mencari Lailatul Qadar dan bersama kita menemuinya. Amin

Program Ihya' Ramadhan ; Majlis Iftar Jamai'e

Salam Ukhuwwah.

Program tahunan ini diadakan pada Isnin, 30 Ogos 2010. Tak ramai hadir kerana program anjuran Badan Dakwah & Rohani ( BADANI ) ni bukan dibuat di Renaissance Hotel. Hanya dI serambi Masjid As-Syakirin sahaja. Lauk pun bukannya mewah, tapi inilah adat berkeluarga. Makan mana yang terhidang seadanya. 

Pengurusan dibuat oleh Kelab Keluarga sekolah. Jemputan yang hadir pun ramailah juga, antaranya Cikgu Mat, Timbalan YDP PIBG SMKA Wataniah. Beliau juga Pengerusi Cakna Waris Asrama.

Walau apa pun, jika kita mencari redha-Nya, pasti kegembiraan yang akan kita temui nanti.

Sunday, August 29, 2010

Berbuka Puasa Bersama Gu

Salam Ukhuwwah.

Perjumpaan ni atas ehsan Abe Jue. Katanya 10 orang nak datang. Tapi tak jadi. Lokasinya di Restoran Chengmai, Kota Bharu pada 27 Ogos 2010 yang lalu. Tapi tak apa lah. Mana yang hadir tu, kira bagus dah tu. Ingatan kembali pada gu-gu lama masa mengaji di Maahad Muhammadi Lelaki, pah tu sambung ke KUSZA dan ke UPM. Kami tetap bersahabat. Syukur kerana duduk pun dekat-dekat juga. Senang berhubung dan senang berjumpa.

Menu yang sangat menyelerakan

 Nak perkenal sorang2 ni. From left, Mat Yie ( Yusri bin Mohd Yusof ). Pegawai di Pejabat Agama Tumpat. rakan sekelas masa di MML, Tingkatan 5F, Abe Dir ( Mohd Fadzil bin Che Salleh ), Guru Cemerlang Bimbingan dan Kaunseling di SMK Melor, Kelantan, Mat Jue ( Zununi Azhar bin Said ), Guru jQaf di SK Kg Baharu, Kuala Besut, Pijer ( Mohd Hafizan bin Alias ), Guru jQaf di SK Kampung Raja, Besut dan ............... ambo lah.

Sambung lagi ....... Kanan sekali, Abe Jue, rakan sekelas masa di MML dulu.Tingkatan 5F. Dhobit dia dulu. Mohd Zuairi bin Hamzah, Pegawai Agama JAKIM. Lo ni duk di IPD Hulu Terengganu, Kuala Berang.

Tahun depan buat lagi lah. Ajak ramai2 lagi gu2 kita.

Thursday, August 26, 2010

Majlis Taklimat Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Pelajar Tingkatan 3 SMKA Wataniah Tahun 2010

Salam Ukhuwwah.

Kaunselor sekolah, Puan Noor Zuraida binti Mohd Din menyampaikan taklimat kemasukan kepada pelajar semua pelajar Tingkatan 3 calon PMR sekolah tahun ini. Usaha Unit Bimbingan dan Kaunseling mengumpulkan mereka khusus untuk memahamkan mereka tentang peluang mereka selepas PMR. Masanya jam 10.15 pagi hingga jam 11.00 pagi, bertempat di Kantin Sekolah pada 26 Ogos 2010, Khamis.

Arahan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu kami kena ikut. Jadi, majlis taklimat ini terlaksana. Tapi hati kecil kami, guru-guru sebenarnya tidak mahu melihat mereka meninggalkan SMKA Wataniah sehinggalah mereka menamatkan pelajaran mereka di sekolah ini. Tapi kami bukan ibu bapa mereka.

Sepatutnya kita sudah disemai dan tersemat dalam minda dan jiwa bahawa SMKA Wataniah adalah salah sebuah sekolah Elit dalam Daerah Besut ini. Kesungguhan dalam kalangan mereka terbukti sudah. Hanya seorang pelajar gagal mendapat Gred E dalam  mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi melalui peperiksaan Percubaan PMR yang dilalui mereka pada minggu lepas.

Terima kasih juga buat Puan Hajjah Norma binti Mohamad, Pengurus Program PMR sekolah merangkap Guru Kanan Mata Pelajaran Kemanusiaan yang telah hadir sepanjang taklimat dijalankan.


Wednesday, August 25, 2010

Program Sentuhan Kasih Ramadhan

Salam Ukhuwwah.

Kunjungan pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Besut pada 22 Ogos 2010, Ahad ke Asrama SMKA Wataniah untuk melawat dan beramah mesra dengan pelajar asrama.

Kunjungan Tuan Haji Mohd Yasmin bin Yusof, Penolong PPD Besut, Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan dan Encik Zulkifli bin Awang, Pegawai Khas Ko-Akademik, PPD Besut mampu membangkitkan rasa kesungguhan pelajar bahawa asrama adalah ' Pusat Kecemerlangan Ilmu '

Program dimulakan dengan Berbuka Puasa. Kami dihidangkan dengan menu ayam pusing ' golek '. Selepas Solat Maghrib berjamaah, tazkirah disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Yasmin bin Yusof, Solat Isya' berjamaah dan Solat Terawih bersama.

Program ini dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Besut. Program ini dibuat terhadap semua asrama dalam daerah Besut.


Tuesday, August 24, 2010

Awas Jualan Murah



Oleh : NURUL AIN MOHD HUSSIN

JUALAN murah, harga runtuh, tawaran potongan harga 50 hingga 80 peratus, di pusat membeli-belah sering mendapat perhatian yang menggalakkan daripada pengguna terutamanya golongan wanita yang gemar berbelanja sakan.

Persoalannya adakah jualan murah ini benar-benar wujud atau ia sengaja digunakan oleh peniaga untuk mengaut keuntungan lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut oleh umat Islam di seluruh negara kurang tiga minggu lagi.

Ikuti laporan khas wartawan Mingguan mStar mengenai penipuan jualan murah yang diibaratkan sebagai ‘duri dalam daging' terhadap masyarakat di negara ini.

PETALING JAYA: Sehelai selimut tertera dua label harga iaitu RM455 dan selepas diberi diskaun kononnya sebanyak 80 peratus, maka harganya turun mendadak kepada RM109.20.

Ironinya, tarikh yang tertera pada label harga diskaun ialah 10 Ogos 2009 bermakna ia dicetak pada hari berkenaan sementara label dengan harga RM455 - yang kononnya harga asal - tertera tarikh 22 Julai 2010.
Kesimpulan mudahnya ialah, pengguna ditipu oleh pihak penjual yang tidak bertangggungjawab kononnya mereka menerima harga diskaun yang sangat menarik sedangkan pembeli membayar harga asal produk yang dijual itu.

Itu baru satu contoh barangan, sedangkan terdapat ribuan produk yang dijual di situ dengan tawaran potongan harga bagi menarik perhatian pembeli yang tanpa disedari mereka sebenarnya terpedaya.

Bayangkan keuntungan yang diperoleh peniaga sekiranya taktik serupa dilakukan setiap kali promosi jualan.

Tiada siapa yang menyangka, penipuan licik seperti itu didalangi oleh pusat membeli-belah terkenal, bukannnya gerai di pasar malam atau di tepi-tepi jalan.

Merasakan dirinya tertipu dengan potongan harga yang disifatkan tidak masuk akal, seorang pengguna prihatin, Khairul Nizam Abd Maulud, 34, tampil mendedahkan perkara tersebut kepada Mingguan Mstar baru-baru ini.

"Saya sangat kecewa dengan penipuan yang berlaku. Selalunya saya akan semak tanda harga sebelum diskaun. Tapi pada hari kejadian isteri saya terlepas pandang kerana dia pergi seorang diri. Lebih malang, tanda harga sebelum diskaun tertera tarikh Julai 2010 sedangkan harga ketika promosi pula memaparkan tarikh Ogos 2009.

"Di sini jelas menunjukkan penipuan tanda harga oleh peniaga, harga promosi yang diletakkan pada barangan itu adalah harga asal produk berkenaan. Nampak sangat peniaga sengaja mencari keuntungan dengan cara yang mudah kerana mereka tahu pengguna pasti membeli produk pada harga yang murah," katanya.

Beliau yang juga pensyarah di sebuah Institusi Pengajian Tinggi berkata, di sinilah pentingnya ilmu kepenggunaan, kerana ia dapat membantu pengguna membuat penilaian terhadap kesahihan harga sesuatu produk sebelum dan ketika promosi jualan murah diadakan.

"Membaca label dan tag harga adalah penting, tapi pengguna sering mengabaikannya. Inilah yang selalu menjadi punca kepada penipuan tanda harga. Sikap tidak suka membaca tag harga pada produk perlu dikikis, kita perlu jadi pengguna yang berhemah, biar kita jadi pengguna yang ‘alah membeli menang memakai'.

"Ini tidak pantang ternampak iklan jualan murah kita pasti akan ke pusat beli-belah berkenaan untuk membeli-belah. Kita harus membuang sikap sedemikian, sebaliknya kita perlu membeli barangan yang dirasakan perlu dan jangan membazir dalam berbelanja, barulah kita boleh menjadi pengguna yang berhemah," katanya.

Khairul Nizam berkata, penipuan tanda harga ketika jualan murah banyak berlaku di pusat beli-belah terkemuka di negara ini saban setahun.

Bengkel Teknik Menjawab Mata Pelajaran Sejarah Mata Pelajaran Sejarah Pelajar PMR SMKA Wataniah

Salam Ukhuwwah.

Sebaik sahaja Program Lawatan Cakna Cemerlang, Hijrah Ilmu, Belaian Kasih, Mendakap Kecemerlangan Sekolah-sekolah Menengah Daerah Besut Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah Tahun 2010 yang disampaikan oleh Tuan Haji Muhammad bin Mat Ali, Kaunselor Organisasi, PPD Besut selesai, maka program ini diteruskan.

22 Ogos 2010, Ahad mulai jam 9.15 pagi hingga jam 12.00 tengah hari. Lokasinya juga di Dewan Makan Aspuri. Pesertanya adalah semua pelajar Tingkatan 3 seramai 149 orang.

Dikendalikan oleh Cikgu Ab. Malik bin Jusoh, Guru Pakar Mata Pelajaran Sejarah dari SMK Renek, Besut.

Monday, August 23, 2010

Lawatan Cakna Cemerlang, Program Hijrah Ilmu, Belaian Kasih Mendakap Kecemerlangan Sekolah-sekolah Menengah Daerah Besut Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah Tahun 2010

Salam Ukhuwwah.

Panjang sangat tajuk program. Intipatinya, satu pertemuan bersama Pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Besut untuk bertemu dan bersua muka dengan calon PMR SMKA Wataniah. Tuan Haji Muhammad bin Mat Ali, Kaunselor Organisasi, PPD Besut berkongsi rasa harap menyampaikan bingkisan motivasi untuk pelajar.

Dewan Makan Aspuri adalah lokasinya pada 22 Ogos 2010, Ahad. Pertemuan pada jam 8.30 hingga 9.15 pagi sahaja. Singkat masa tapi penuh dengan kecaknaan makna. Ramai guru PMR yang datang menyokong. Hendaknya calon kali ini kesemuanya 149 orang akan mendapat 9A's.

Wednesday, August 18, 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan SPM

Salam Ukhuwwah.


Semua Pelajar SPM akan menduduki Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) bagi tahun 2010 mulai 18 Ogos 2010 hingga 2 Ogos 2010. Mereka diberi peluang menduduki peperiksaan dalam Dewan Haji Abdul Latif ( Dewan Besar ).

Mereka diberi pendedahan duduk di tempat sebenar ketika menduduki peperiksaan sebenar SPM dalam bulan November nanti. Suasana dalam dewan ketika hari pertama peperiksaan dijalankan menampakkan kesungguhan mereka untuk berjaya dengan cemerlang berbekalkan potensi dan kemampuan yang ada.

InsyaALlah, berdoa dan bertawakkallah sentiasa kerana kejayaan dan kegagalan adalah hak MUTLAK ALlah. Kepandaian kita adalah pemberian ALLah.

Selamat Menjawab Peperiksaan dari Kami di Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMKA Wataniah.

Saturday, August 14, 2010

Program Rentas Kesungguhan Menapak Langkah, Menggapai Kejayaan SPM Tahun 2010

Salam Ukhuwwah.


BUTIRAN PROGRAM

10 Ogos 2010
Selasa
01.45 – 3.30 Petang
Dewan Haji Abdul Latif, SMKA Wataniah


PELAKSANA

Unit Bimbingan dan Kaunseling


PENGENALAN

Kejayaan seseorang pelajar yang lulus cemerlang dalam peperiksaan awam belum tentu akan menjamin tempatnya pada masa hadapan di institusi pendidikan tinggi. Setiap pelajar wajib mendapat pengetahuan selengkapnya tentang aliran pendidikan lanjutan selepas mendapat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ). Melalui program ini, para pelajar akan dididik dan diberi kefahaman tentang hala tuju dan peluang pendidikan masing-masing kerana semua orang boleh berjaya jika mereka mahu berjaya.


MATLAMAT PROGRAM

Merealisasikan impian semua pelajar SMKA Wataniah berjaya memasuki institusi pendidikan tinggi selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia.


SASARAN PESERTA 

Semua pelajar 
Tingkatan 5 Ibn Sina,  
Tingkatan 5 Ibn Zuhri,  
Tingkatan 5 Ibn Qayyim,  
Tingkatan 5 Ibn Khaldun & 
Tingkatan 5 Ibn Rusyd.



Friday, August 13, 2010

Program Ambang Ramadhan : Ibadah Dibuat, Pahala Disukat


Salam Ukhuwwah.

10 OGOS 2010
SELASA
07.30 – 9.00 Pagi
DEWAN HAJI ABDUL LATIF


ANJURAN BERSAMA

BADAN DAKWAH & ROHANI ( BADANI )
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


PENGENALAN


Kecemerlangan dan kemuliaan seseorang sentiasa dipengaruhi oleh kemantapan iman dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan aktiviti-aktiviti kerohanian dan keagamaan.


Perancangan dan pelaksanaan yang berstrategi mengikut kesesuaian masa dan keadaan, maka
“ Program Ambang Ramadhan : Ibadah Dibuat, Pahala Disukat ” ini dilaksanakan untuk pengisian jiwa yang memerlukan.


MATLAMAT PROGRAM


Merealisasikan pencapaian kemantapan dan keluhuran sahsiah.



OBJEKTIF PROGRAM


1. Membekalkan maklumat selengkapnya sebagai persediaan

menjalani ibadah puasa Ramadhan.

2. Kemantapan aqidah penjana insan soleh.


3. Membantu dan membimbing pelajar menjadi insan bertaqwa dan

mempunyai jati diri yang unggul dari cenderung melakukan amalan
negatif.

4. Pendekatan proaktif SMKA Wataniah untuk menarik lebih ramai

pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam akademik dengan
bekalan kerohanian yang unggul.

5. Mengangkat tinggi perjuangan mendidik anak bangsa dalam satu

semangat permuafakatan bersama yang melibatkan semua pihak
saling bantu-membantu dalam semua bentuk keperluan dan
kecemerlangan.


PENCERAMAH


Ustaz Razalli bin Bachik

( Pegawai Pengurusan Hal Ehwal Pelajar ,
Institut Pendidikan Guru Malaysia ( IPGM ), Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu )



Thursday, August 12, 2010

Program Menyulam Kasih Mendakap Kecemerlangan

Salam Ukhuwwah.

SMKA Wataniah bersyukur kehadrat ALlah dan sangat berterima kasih kepada Tuan Haji Wahid bin Setia, Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu atas kunjungan ke SMKA Wataniah pada 9 Ogos 2010. 

Dua jam slot motivasi diisi untuk menyemarakkan dan membangkitkan semangat dan kesungguhan usaha ikhtiar anak-anak pelajar PMR. 15 Ogos 2010, mereka akan mula menduduki Peperiksaan Percubaan PMR. 

Guru-guru sehabis daya merencanakan segala peluang mengundang pelbagai demi untuk kecemerlangan mereka. Akhirnya, merekalah yang akan meneruskan persilatan di gelanggang peperiksaan. Tiada pihak yang ingin melihat anda berada di pihak yang kecewa.

Berusahalah.....

Terima kasih semua.....