Followers

Friday, May 28, 2010

Mursyid Imam Muda Astro, Tahniah Buat Ustaz Syed Norhisyam

Salam Ukhuwwah.


Kali pertama menonton rancangan realiti Program Imam Muda Astro sebentar tadi, ianya mengkagumkan jiwa. Selama ini saya hanya melihat iklan promo sahaja. Malam ini, pertama kali bersiaran. Tahniah.

Tahniah buat Ustaz Syed Norhisyam bin Tuan Padang. Kami dalam kelas yang sama satu masa dahulu. KUSZA menemukan kami dalam kursus Diploma Pengajian Islam ( Syariah ). Tiga tahun bersama. Akhirnya, anta membuat keputusan melanjutkan pengajian ke Negara Yaman dan saya ke UPM Serdang, Bacelor Pendidikan ( Bimbingan dan Kaunseling ). Sudah lama tidak bertemu. Tahniah dari rakanmu ini. Anta Mujaddid Haraki.

Mungkin dengan adanya program realiti seperti ini akan membuka minat anak-anak muda zaman ini untuk menceburi bidang ini yang semakin sukar untuk dicari pelapis.

Monday, May 24, 2010

Majlis Temu Murni Ibu Bapa Pelajar Kumpulan Elit SPM SMKA Wataniah Tahun 2010


Salam Ukhuwwah.

Tarikh 23 Mei 2010, Ahad dipilih untuk mengumpulkan ibu bapa pelajar Kumpulan Elit SPM tahun 2010. Bertempat di Bilik Gerakan SMKA Wataniah, perbincangan dibuat bagi memajukan dan mempertingkatkan kejayaan anak-anak cemerlang. Keputusan Ujian TOV 2010 dijadikan landasan. Hanya pelajar yang memperolehi keputusan 5A dan ke atas dipilih. 20 pelajar telah berjaya. 16 orang dari Tingkatan 5 Ibnu Sina dan 4 orang dari Tingkatan 5 Ibnu Rusyd. Hebat kan!. Noor Faraha binti Ahmad Huda berjaya mendapat 10A. dari sebelas mata pelajaran yang diambil. Bila ditanya ibunya, Cikgu Noor Siha, " Kak wi makan gapo ko anak yang ko pandai sangat? ". Jawapannya, simple saja; " Pandai ko?. Anak orang lain ramai lagi pandai. Segala-gala rezeki dari Allah ". 

Sebenarnya, pertanyaan saya itu adalah pujian buat Kak Noor Siha. Gigih beliau mendidik anak-anak. Hebat ujian Allah ini. Saya dah lama tinggalkan pengajian Ilmu Balaghah. Kali terakhir belajar masa kat KUSZA dulu. Lama dah. Tapi ingat lagi sikit-sikit. Sesuai guna masa tertentu. Tengok keadaan, sesuaikan dengan persekitaran, kerana bukan semua orang sanggup menghadapinya.

Dua jam setengah berkongsi. Tahniah buat Cikgu Mohd Rashid Awang Mat, Penyelaras Program SPM sekolah. Cikgu memang hebat, berpengalaman walaupun bicara disusun penuh tawadduk diri. Tenaga cikgu masih dan sangat diperlukan di SMKA Wataniah. Jangan pergi dulu sebelum saya pergi. Dalam maksud ayat ini.

Ummi Pengetua dan GPK Pentadbiran juga berkongsi pengalaman. Gusar ibu bapa terjelma dalam riak pertanyaan. Tunjukkan wajah menampakkan keyakinan.Itupun setelah bertarung dalam peluang rebutan soalan. Terima kasih kerana menyokong perjalanan aturan Jawatankuasa Program SPM sekolah. Kejayaan anak tuan/puan adalah perencanaan tersusun setelah idea keringat membanting bersama dalam lapangan pendidikan. Sasaran straight A's akan mampu dicapai tahun ini. Dengan izin-Nya, segala-galanya. Ingatlah! Cikgu itu adalah kerjaya mulia.

Tuesday, May 18, 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah Tahun 2010

Saturday, May 15, 2010

Sabarlah Cikgu

Sumber  :  http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2532
 
Sabarlah, Cikgu
www.iLuvislam.com
Mohd Zul Roslan a.k.a. Anak_Pejuang*
Editor: b_b


Di Waktu Pagi
Pergi ke sekolah setiap pagi, menaiki bas 2 kali sebelum sampai ke sekolah. Hendak masuk menuju ke sekolah perlu berjalan kaki lagi 1 kilometer. Kadang-kadang kerjanya adalah membuka pagar sekolah (kerana ada tugasan yang diberi sebegitu - maklumlah sekolah pun di kawasan pedalaman). Sabarlah cikgu...

Semasa Sesi Pengajaran
Sebelum memulakan pengajaran, cikgu membaca doa bersama anak murid. Diminta agar diterangkan hati, dimudahkan faham apa yang diajar dan dipelajari. Cikgu meminta anak murid agar mengutip sampah, mengemaskan kerusi dan meja agar dapat belajar dengan selesa. Begitulah setiap hari mulutnya tidak pernah diam menasihati agar sampah yang dijumpai bersepah di luar bilik darjah dan sekolah agar dibuang di dalam tong sampah. Sabarlah cikgu...

Cikgu menanda kedatangan pelajar di Buku Daftar Kehadiran Murid, ada beberapa nama yang sudah acapkali tidak hadir. Cikgu bukan tidak peduli tentang itu semua, lalu ditanya rakannya sekelas. Dijawab mereka "Si polan tu pergi CC (Cyber Cafe), swimming pool, kadang-kadang tak naik kelas dia duduk kat pondok perhentian bas". Cikgu pun menyusul ke perhentian bas sambil memujuk anak murid agar naik ke kelas. Sabarlah cikgu...

Cikgu mengajar di hadapan, anak murid bermain-main di belakang. Ada yang tidur, ada yang berbual-bual. Bila ditanya "Mana kerja rumah?". Dijawab pula "Lupa cikgu" (padahal di rumah begnya tidak pernah diperiksa dijadikan pekasam sahaja). Ibu dan ayah pula terlalu sibuk bekerja. Samada anak ke sekolah atau tidak, itu belakang kira. Yang penting sudah nampak pergi ke sekolah. Cikgu pun meneruskan pengajarannya, diberikan penjelasan dan diulang-ulang lagi apa yang telah diajar agar dapat melekat terus di hati anak muridnya. Cikgu pun bertanya, "Faham tak? Kalau tak faham silalah bertanya, nanti cikgu ulang lagi". Anak murid pun menjawab "Faham cikgu". Tidak lama kemudian cikgu pun menyoal dari apa yang telah dipelajari, kerana beranggapan anak muridnya sudah faham apa yang diajar. Kemudian ramailah anak murid yang berdiri dan menjadi 'patung' kerana tidak dapat menjawab soalan cikgu. Hanya beberapa kerat yang membuka mulut untuk menjawab soalan. Sabarlah cikgu...


Lalu cikgu pun ingin membuat ulangkaji dengan anak muridnya lagi. Semalam cikgu dah beritahu supaya menelaah apa yang telah diajar. Hari ini cikgu ingin menyoal pula. Tetapi tidak ramai yang ingin menjawab. Bila ditanya mengapa tidak dapat menjawab soalan. Mereka menjawab "Tak tahu", "Lupa", "Jaga adik". Sabarlah cikgu..

Bukan cikgu tidak tahu, ada anak murid nakal dan pernah didenda kerana kenakalannya yang diulang berkali-kali. Cikgu bukan denda kerana suka mendenda. Tetapi kerana kasih dan sayangnya kepada anak murid. Itupun dimulakan dengan nasihat untuk dia memikirkan kembali baik dan buruknya perbuatan yang telah dilakukan dan masa hadapannya. Diberikan teguran agar membekas dalam hati. Dan dihukum sesuai dengan kesalahannya. Dan ada juga cikgu menegur kesalahan anak murid agar tidak membuat bising di dalam kelas. Semasa hendak membuka pintu kereta, kereta cikgu telah dicalar balarkan, tayar dipancitkan. Kengkadang cikgu pun ditunggu diluar untuk dipukul. Sabarlah cikgu...





Sesudah Habis Mengajar
Sebelah petangnya, apabila anak murid sudah pulang ke rumah. Cikgu masih lagi di sekolah, terkadang ada kelas tambahan untuk anak muridnya. Terkadang ada kerja untuk menyiapkan alat bantu mengajar supaya anak murid mudah faham. Terkadang tertidur sebentar kerana kelelahan.
Di rumah, kerja cikgu belum selesai lagi. Perlu menyiapkan buku persediaan mengajar, perlu memikirkan pula aktiviti tahunan yang telah diagihkan untuk disempurnakan. Kertas kerjanya, soalan bulanannya, persatuan yang dinaunginya. Cikgu pun ada suami, ada isteri, ada anak-anak untuk dibesarkan, dididik, diberi makan, dikenalkan dengan kehidupan. Setiap kali melihat buku anak murid, akan terbayang wajah mereka satu persatu. Ya, cikgu pun mendoakan juga agar anak muridnya berjaya dan menjadi orang yang berguna. Sabarlah cikgu...

Cikgu pun tidak kisah.. semasa di luar sekolah, ketika bersiar-siar. Bukan tidak pernah terserempak dengan anak muridnya. Ada yang menyapa memberi salam dan senyuman - AlhamduliLlah baguslah, ada juga yang sembunyi-sembunyi (mungkin segan kerana berpakaian menjolok mata atau telah melakukan sesuatu yang ia rasa tidak kena), ada juga yang berlalu seolah-olah cikgu tidak wujud di depan matanya (mungkin tidak nampak gamaknya). Cikgu pun tidaklah terasa sangat sebenarnya... Sabarlah cikgu...

Cikgu pun pernah mengajar anak muridnya agar tahu mengucapkan terima kasih. Apabila cikgu hendak memberikan buku kepada anak murid, ia tidak melepaskan buku tersebut kecuali setelah anak murid mengucapkan "terima kasih cikgu".
Sekadar berkongsi antara kehidupan cikgu yang tidak didedahkan, cubalah berkongsi pengalaman dengan mereka. Agar tahu perasaan dan susah payahnya di dalam mendidik anak bangsa. Kepada ustaz, ustazah, cikgu, guru dan pensyarah yang pernah mendidik diri ini... Terima kasihku ucapkan...



Thursday, May 13, 2010

SMKA Wataniah Johan Pesta Pantun Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Terengganu Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2010

Salam Ukhuwwah.

Sememangnya SMKA Wataniah sentiasa hebat. Tahniah buat pemantun sekolah yang akan menjadi wakil Negeri Terengganu ke peringkat kebangsaan nanti. Lawan kita juga hebat dari Daerah Marang, pelajar SMK Bukit Sawa. SMKA Wataniah mewakili Daerah Besut. Allah telah mentaqdirkan kita menang. Perancangan yang rapi tersusun membuatkan kita sentiasa bersedia. Tahniah buat Cikgu Noor Aini binti Mohd, cikgu memang hebat sebagai jurulatih. Guru-guru yang memberikan sokongan dan pelajar yang memenuhi ruang dewan. SMKA Wataniah sebagai tuan rumah juga bertempur di padang yang sama. Tiada kelebihan sebegitu tapi kita menang dengan rasa kebanggaan dan basahan lafaz kesyukuran meniti di bibir ucapan. Terima Kasih semua. 13 Mei 2010 tarikh keramat buat kami.

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Ko-Kurikulum SMKA Wataniah Tahun 2010

Salam Ukhuwwah.

Majlis ini diadakan pada 11 Mei 2010, Selasa, bertempat di Dewan Haji Abdul Latif.
Tahniah kepada yang menang dan cuba lagi buat mereka yang belum menang.

Wednesday, May 12, 2010

Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform SMKA Wataniah Tahun 2010

Salam Ukhuwwah.

Pertandingan ini telah dijalankan pada 4 Mei 2010, Selasa bertempat di Dataran Sekolah dan Dataran Permainan Asrama. Pada masa yang sama, saya menghadiri mesyuarat pelaksanaan untuk Program Tamrin Nuqaba' SMKA Wataniah Tahun 2010 anjuran Jawatankuasa BADANI. Tidak dapat ikuti program ini. Gambar program ini hanya diperolehi pada hari ini, 12 Mei 2010. Masih belum terlambat untuk paparan. Walau apapun saksikan kehebatan tunjukkan kemampuan pelajar. SMKA Wataniah Boleh!.