Followers

Tuesday, November 23, 2010

Selamat Berjuang Buat Semua Anak Didik SPM

Salam Ukhuwwah.

Saya doakan SEMUA pelajar SPM tahun 2010 seramai 145 orang dapat menjawab peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula hari ini, 23 November hingga 20 Disember 2010 dengan baik dan tenang. Juga doa dan harapannya antum akan mendapat keputusan terbaik dan cemerlang. Insyaallah.

Jagalah kesihatan dan keselamatan diri. Berdoalah sentiasa. Ingat Allah sentiasa. Mulakan menjawab dengan Bismillah dan kesudahannya dengan Alhamdulillah.

Fasilitator Kem Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Negeri Terengganu 2010

Salam Ukhuwwah.

Alhamdulillah. Sempurna sudah satu amanah yang diberikan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Dua jam mengendalikan slot Ice Breaking. Program anjuran Unit Ko-Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Program diadakan pada 22 November 2010. Jam 8.30 hingga 10.30 malam. Tempatnya di Demong Beach Resort, Bukit Keluang, Besut. Peserta dari seluruh Negeri Terengganu seramai 45 orang. Terpilih dari kalangan pelajar terbaik PMR peringkat negeri. Mereka akan berkursus mulai 22 hingga 25 November 2010.

Senang dan mudahnya mendidik pelajar pandai. Mereka mudah faham dan senang ikut apa yang diajar. Kuat penumpuan mereka. Segalanya mudah. Terima kasih.



Raya Haji Di Kampung. Meriahnya

Salam Ukhuwwah.


Program Lawatan Bermaklumat Pelajar Tingkatan 3 Ke Taman Tamadun Islam

Salam Ukhuwwah.

Program Selepas PMR ini telah dirancang lama iaitu pada 3 November 2010. Tapi malangnya, ianya terpaksa ditangguhkan ke tarikh 15 November 2010, Isnin, hari terakhir persekolahan bagi tahun 2010 ini. Penangguhan ini kerana bas terpaksa diberikan kepada team SMKAWA yang menyertai Program Pasca PMR anjuran PPD Besut tempohari. Disertai oleh 38 pelajar dengan 16 lelaki dan 22 perempuan.



Dua Majlis Penting Program Kecemerlangan SPM Dalam Sehari

Salam Ukhuwwah.

14 November 2010. Ahad. Jam 11.00 pagi hingga 2.15 petang. Majlis Izin Ilmu Pelajar SPM Tahun 2010. Kami guru SMKAWA mengizinkan dan redha atas apa yang kami ajar dan didik sejak dan selama mana kamu berada di SMKAWA sehingga bila-bila lah. Senang cerita. Tahniah buat semua.





14 November 2010. Ahad. Jam 6.45 petang hingga 10.30 malam. Majlis Solat Hajat Perdana Pelajar SPM SMKA Wataniah Tahun 2010. Tahniah buat Cikgu Rashid kerana membawa datang seorang penceramah hebat, Al-Fadhil Ustaz Mohd Khairul Ikhwan bin Mohd Zaki. Awalnya, runsing juga takut kalau ibu bapa pulang awal selepas solat hajat. Tapi kehadiran penceramah mampu menceriakan keadaan dengan penyampaian terhebat. Lain kali boleh jemput lagi untuk program keagamaan. Rugi siapa yang tidak hadir ke program ini. Terima kasih buat YB Nawi bin Mohamad, ADUN Hulu Besut, semua AJK PIBG dan ibu bapa yang hadir.


Perjalanan Diri 13 November 2010. Hadiri Dua Majlis

Salam Ukhuwwah.


1.  Majlis Warga Pendidik Daerah Besut Bersama YAB Menteri Besar Terengganu. Jam 2.00 petang bertempat di Dewan MDB, Gong Kemuntong, Jerteh. Bersama guru-guru SMKA Wataniah berbaris untuk menerima cenderamata Pen Drive 8GB. 




2.  Majlis Jamuan Perpisahan Tingkatan 5 Ibnu Qayyim ( 5IBQ ). Majlis ni mula jam 8.30 malam. Terima kasih kerana jemput saya makan BBQ. Tahun ni adalah tahun terakhir antum berada di SMKAWA. Anda semua hebat dan akan berjaya dengan cemerlang dalam SPM nanti.


Thursday, November 11, 2010

Seminar Kenali Kelab PROSTAR SMKA Wataniah

Salam Ukhuwwah.

Terima Kasih Daun Keladi. Lain kali pilihlah SMKA Wataniah lagi. Kalungan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Unit Prostar Pejabat Kesihatan Daerah Besut kerana memilih sekolah kami sebagai Venue Ilmu anda. Seramai 40 pelajar terpilih. Hadiah, cabutan bertuah dan tajaan minum pagi dan makan tengah hari. Sijil penyertaan akan menyusul kemudian. Tarikh kejadian, 9 November 2010. Lokasi......... biasalah. dewan besar, Dewan Haji Abdul Latif.








Tahniah juga buat yang menang dan bertuah.

Saturday, November 6, 2010

Majlis Jamuan Akhir Tahun Badan Pengawas Sekolah SMKA Wataniah Tahun 2010

Salam Ukhuwwah.





Program Pendidikan Lanjutan dan Kerjaya Pilihan Selepas SPM SMKA Wataniah Tahun 2010

Salam Ukhuwwah.



 
Pada masa sekarang kerjaya adalah amat penting kepada kita semua, di samping merupakan sumber pendapatan, kerjaya juga seolah-olah menentukan pandangan masyarakat kepada seseorang individu.

Seseorang pelajar yang sangat cemerlang dan mendapat keputusan yang sangat membanggakan belum tentu dijamin kursus dan universiti terbaik pilihannya jika tidak dibimbing dan dibantu. Masalah tidak boleh membuat keputusan mengenai pemilihan kursus pengajian disebabkan seseorang itu tiada maklumat langsung dalam bidang pendidikan lanjutan selepas SPM atau mempunyai minat dalam pelbagai bidang, minat tidak jelas atau kekurangan pengetahuan dan maklumat tentang dunia pendidikan dan pekerjaan yang akhirnya menimbulkan masalah identiti kepada para pelajar.

Ketiadaan kesempurnaan semasa membuat pilihan iaitu pelajar tidak dapat mengagak dengan baik personaliti dirinya, minatnya, nilainya, kebolehannya dan pencapaiannya menyebabkan pilihan pendidikan dan kerjaya yang dibuat tidak setimpal dengan pencapaian dan sifat peribadinya.

Sepatutnya pelajar mesti menganalisis keperluan berkaitan pendidikan dan kerjaya kerana pelajar berkualiti adalah pelajar yang cemerlang akademik, terpuji sahsiah, sihat tubuh badan dan cerdas fikirannya. 

Kumpulan sasar melibatkan semua pelajar Tingkatan 5 SMKA Wataniah seramai 145 orang. 

Pelaksanaan dikendalikan oleh Interbankers Training Centre iaitu sebuah konsultan pendidikan yang berperanan membangunkan program-program akademik dan motivasi pelajar khususnya berkaitan kerjaya dan pendidikan lanjutan. Bimbingan dan ceramah akan disampaikan oleh Dato’ Mohamad Rosdi bin Che Wan ( Pengarah Perhubungan Antarabangsa ) dan Encik Mohd Shahril Anuar bin Sidek. 

Diuruskan pada peringkat sekolah oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling ( UBK ) dan Program Kecemerlangan SPM. Telah diadakan pada 4 November 2010, Khamis, jam 1.45 hingga 3.30 petang bertempat di Dewan Haji Abdul Latif.

 

Program Pasca PMR Peringkat Daerah Besut Tahun 2010

Salam Ukhuwwah.


Program peringkat Daerah Besut ini diadakan di SMK Nasiruddin Shah, Alor Lintang pada 3 November 2010. Mengumpulkan kesemua sekolah menengah dalam Daerah Besut.

SMKA Wataniah menyertai hampir kesemua acara sekalipun hanya menang tempat kedua dalam Pentanque ( Lelaki ) dan tempat ke-5 melukis. Dua acara berkumpulan dibatalkan, Futsal Padang dan Bola Jaring kerana padang ditakungi air. Sungguhpun begitu, penyertaan ini memberikan pengalaman agar kita terlebih bersedia untuk masa hadapan.

Terima kasih atas sokongan semua.