Followers

Wednesday, June 30, 2010

Majlis Sambutan Hari Koperasi Sekolah SMKA Wataniah Tahun 2010

Salam Ukhuwwah.

SMKA Wataniah mengadakan Majlis Sambutan Hari Koperasi Sekolah Tahun 2010 pada 30 Jun 2010, Rabu bertempat di Dewan Haji Abdul Latif dan Dataran Sekolah. Pelbagai acara diadakan antaranya acara dewan, bacaan perutusan, penyampaian tokoh koperasi sekolah, penanaman pokok, gerai jualan, kuiz koperasi, permainan pentanque dan banyak lagilah. 

Pelancaran kutipan Tabung Derma Gaza juga dibuat. Paparan gambar menceritakan segalanya mengikut persepsi, telahan dan tanggapan perhatian dan penilaian. Terpulang...... dan saksikanlah.


Sunday, June 27, 2010

Pesta Minda Besut 2010

Salam Ukhuwwah.

Saya telah diamanahkan untuk menghebahkan kepada pelajar SMKA Wataniah tentang penganjuran program ini. Tujuannya satu, untuk meramaikannya. Program tiga hari bertempat di Dewan Majlis Daerah Besut, Gong Kemuntong ini adalah anjuran Pusat Minda Besut untuk kali keduanya pada tahun ini. Rugi jika tidak ambil peluang sertai program ini. Sebagai Kaunselor di sekolah, ilmu yang diberi secara percuma rugi jika tidak dihadiri. Banyak acara disediakan. Guru dan pelajar sekolah ramai yang hadir.

Hadir bersama guru dan pelajar SMKA Wataniah

 
 Gerai Silap Mata dikunjungi ramai

 
Gerai pameran HUSM Kubang Kerian

 
Bergambar bersama Osman Affan. Siapa tak kenal dia?

 
Slot Juara Minda Asia, Lim Teck Hoe

 
Dr. Jamaluddin bin A. Jalal, Slot Fantasi Metafizik. Macamana beliau buat?.

Saturday, June 26, 2010

SMKA Wataniah Jadi Tuan Rumah Kem Tutorial Pelajar Tingkatan 3 Daerah Besut Tahun 2010


Salam Ukhuwwah.

24 Jun 2010, Khamis bertempat di Dewan Haji Abdul Latif seramai 200 orang pelajar terpilih telah menyertai Kem Tutorial Pelajar Tingkatan 3 Daerah Besut Tahun 2010. Peserta terdiri daripada 100 pelajar SMKA Wataniah dan bakinya dari SMKA Nurul Ittifaq.

Dua mata pelajaran teras PMR di ajar sepanjang hari tersebut mulai jam 8.00 pagi hingga jam 2.00 petang. Komitmen fasilitator Daerah Besut sangat dihargai. InsyaALlah PMR tahun ini, kita akan terus cemerlang lagi.

Thursday, June 24, 2010

Kem Mukhayyam Intan Terpilih Pelajar PMR SMKA Wataniah Tahun 2010

Salam Ukhuwwah.

RASIONAL
Senario kegagalan pelajar dalam empat matapelajaran asas iaitu Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab Komunikasi berdasarkan keputusan Ujian Operational Target Intelligent 1 ( OTI1 ) Pelajar Tingkatan Tiga iaitu calon peperiksaan PMR tahun 2010 amat membimbangkan, maka mereka perlu diberikan sesuatu yang dapat membangkitkan kembali semangat pembelajaran mereka. Program “ KEM MUKHAYYAM INTAN TERPILIH PELAJAR PMR TAHUN 2010 ” ini dicadangkan bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan merangsang kembali kesungguhan diri agar ianya mampu memotivasikan pelajar seramai 47 orang  sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. Ia adalah langkah dan usaha dalam mempersiapkan diri pelajar sebagai calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) Tahun 2010.

PELAKSANA
Unit Bimbingan dan Kaunseling ( UBK ) & Program Kecemerlangan PMR

TARIKH
23 Jun 2010 ( Rabu )

TEMPAT
Chalet dan Kem Belatan, Taman Perkelahan Lata Belatan, Jabi, Besut, Terengganu


Majlis Pelancaran Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) SMKA Wataniah Tahun 2010

Pengenalan

Harta paling berharga bagi sebuah negara adalah warganya sendiri. Kualiti dimiliki itulah disifatkan sebagai modal insan yang perlu ditagih untuk memajukan kegemilangan. Cabaran pembinaan modal insan juga terletak sebahagian besarnya di kalangan pendidik yang relatifnya terbabit dengan dunia pendidikan dan latihan untuk mengembangkan potensi, bakat dan kualiti seorang murid atau pelajar.

Kecemerlangan seseorang pelajar tidak hanya bergantung kepada kecemerlangan akademik semata-mata malah merangkumi aspek sahsiah diri, keperibadian, personaliti serta mempunyai jati diri yang mantap dalam mengharungi cabaran semasa yang serba unik dan kompleks. Justeru itu dengan adanya modul ini diharapkan agar sahsiah pelajar akan bertambah baik, menjadi insan yang cemerlang rohaniah dan akliah.

Maka cabaran warga pendidik pastinya menyemai benih nilai murni ke arah pembentukan personaliti unggul. Perancangan rapi harus direncana bagi merealisasikan impian berkenaan.

Objektif Program

1. Membentuk sahsiah pelajar secara berterusan.
2. Pembangunan sahsiah yang mantap melahirkan pelajar yang
cemerlang dunia dan akhirat
3. Membudayakan nilai dan sifat terpuji dalam kehidupan
seharian.
4. Pelaksanaan terancang dan berkesan empat modul program iaitu Program Berbudi Bahasa, Program Mutadaiyin, Program Penampilan Diri dan Program Jati Diri.

Modul Program

1. Program Berbudi Bahasa.
2. Program Mutadaiyin.
3. Program Penampilan Diri.
4. Program Jati Diri.

Majlis Pelancaran
Program Sahsiah Unggul Murid ( SUMUR )
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah
Tahun 2010

Pelancaran Oleh
Puan Hajjah Che Dayang binti Che Sulaiman
( Pengetua SMKA Wataniah )

Tarikh & Hari
22 Jun 2010 ( Selasa )

Masa
7.30 Pagi

Tempat
Dewan Haji Abdul Latif, SMKA Wataniah

Anjuran
Jawatankuasa SUMUR

Tuesday, June 22, 2010

Program Lawatan Bermaklumat Kelab Pelancongan Sekolah ke Kuala Terengganu

Salam Ukhuwwah.

Program Lawatan Bermaklumat Kelab Pelancongan Sekolah telah memilih lokasi menarik sekitar Bandar Kuala Terengganu pada 21 Jun 2010. Kilang Akhbar The New Strait Times di Ajil sebagai destinasi pertama. Seterusnya ke Noor Arfa Batik, Chendering. Singgah Solat Zohor di Masjid Terapung Kuala Ibai dan perabih pitis di Mydin Mall, Hiliran Kuala Terengganu. Jam 6.15 petang tiba dengan selamatnya di SMKA Wataniah.

Monday, June 14, 2010

Motivasi Pisang dan Hati

Sumber Asal : http://isuhagat1.blogspot.com/2009/04/pisang-dan-hati.html

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.



Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

Wednesday, June 9, 2010

Gerakan Basmi MLM

Sumber Asal : http://basmi-mlm.blogspot.com

Objektif:

* Mendidik dan menghalang masyarakat dari menyertai skim MLM dalam apa jua bentuk.


Pengertian MLM

* Secara umum ‘Multi Level Marketing' adalah suatu cara perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak level (tingkatan).
* Biasa dikenali dengan istilah ‘Upline' (tingkat atas) dan ‘Downline' (tingkat bawah).
* Orang akan disebut ‘Upline' jika mempunyai ‘Downline'.
* Pokok utama dari perniagaan MLM ini digerakkan dengan jaringan ini, sama ada yang bersifat ‘vertikal' atas bawah mahupun ‘horizontal kiri kanan' ataupun gabungan antara keduanya.


Kenapa MLM adalah skim piramid?

* Lebih menitikberatkan aspek mencari downline dari menjual produk.
* Lebih ramai downline, lebih tinggi komisen, bukan komisen berdasarkan jualan produk.
* Anda mendapat komisen dari downline yang mencari downline, dimana anda mendapat komisen tanpa membuat kerja atau istilah 'atas angin'.
* Modal untuk menjadi ahli amat tinggi, dimana yuran keahlian lebih tinggi daripada harga produk yang wajib dibeli.
* Harga produk yang dijual secara pakej biasanya terlalu tinggi dari nilai produk tersebut.


Kenapa MLM adalah perniagaan yang kotor:

* Anda boleh menjadi kaya raya tanpa menjual produk, padahal syarikat-syarikat MLM tersebut selalu menyatakan bahawa mereka bukanlah skim piramid kerana mereka menjual produk.
* Anda dijanjikan pulangan berlipat ganda dengan kerja yang sedikit, tetapi hakikatnya lebih 90% dari yang menyertai MLM tidak mendapat balik modal.
* Anda diajar menipu untuk menarik bakal-bakal downline dengan janji-janji yang tidak masuk akal.
* Apabila anda menyertai MLM, anda memasuki satu 'sistem', bukanlah sebuah syarikat yang menjual produk sebagai 'nature of business'. Anda sebahagian daripada 'sistem' yang memanipulasi orang lain untuk keuntungan sendiri.
* Menjual produk dengan harga yang terlalu tinggi dari nilai sebenar.
* Segala kerja keras anda tidak berbaloi dengan pendapatan. Upline-upline mendapat pulangan berlipat ganda hasil usaha anda terutamanya pemilik syarikat MLM.
* Sistem 'pelan pemasaran' yang amat meragukan dari sudut Syariah.


Kenapa MLM perlu ditolak terutamanya oleh umat Islam:

* Janji-janji yang ditabur oleh upline anda hanyalah gimik semata-mata. Lebih daripada 90% ahli yang menyertai sesebuah MLM tidak mendapat kembali modal, apatah lagi untung.
* Terbukti merosakkan hubungan sesama manusia; kawan, sepupu, ibu bapa, rakan sepejabat.
* Anda perlu menipu untuk berjaya menarik masyarakat menyertai di bawah anda.
* Skim piramid yang bertopengkan MLM amat meragukan dari sudut Syariah.
* Pulangan (jika ada) tidak berbaloi dengan usaha anda, sedangkan upline yang mendapat komisen dari kerja anda. Anda pula hanya mendapat komisyen bila downline anda membuat kerja.


Alasan-alasan yang paling popular digunakan oleh agen MLM untuk menarik downline:

* Produk kami adalah produk pertama seumpamanya di dunia.
* Kami bukan skim piramid, buktinya kami menjual produk.
* Jika anda gagal dalam MLM, itu kerana kelemahan anda sendiri, bukan kegagalan sistem MLM.
* Ini adalah peluang untuk anda menjadi jutawan dengan modal yang kecil.
* Waktu kerja yang fleksibel, singkat dan boleh dijalankan di mana-mana.
* Dengan pendapatan yang anda bakal lakukan dengan MLM, anda boleh bersara awal dan melancong ke seluruh dunia di usia muda.
* Pelan kami berbeza dengan MLM yang lain di pasaran. Pendek kata pelan kami unik.
* "Jika saya boleh, anda tentu boleh". Sebenarnya anda boleh menjadi jutawan hanya jika anda adalah orang terawal yang memasuki skim ini, iatu tidak lebih dari 10 orang terawal.


Kenapa syarikat MLM jarang dikenakan tindakan walaupun boleh dibuktikan mereka mengamalkan sistem piramid:

* Pemilik syarikat MLM tersebut mempunyai hubungan politik yang sangat kuat.
* 'Pelan pemasaran' yang sangat kompleks beserta dengan skim bonus yang pelbagai memudahkan mereka memutarbelit fakta.
* Menyatakan bahawa mereka menjual produk sebagai punca pendapatan yang utama, walhal produk hanyalah pengalih perhatian dari operasi sebenar.
* Kurang menerima aduan dari bekas agen MLM yang gagal, kerana mereka sudah ditanam di dalam minda bahawa "jika anda gagal dalam MLM, ia kerana kegagalan anda sendiri, bukan kegagalaan sistem MLM." Jadi mereka berasa bersalah terhadap diri sendiri.
* Mempunyai dana yang besar untuk 'menutup' mulut pengadu-pengadu yang ingin membuat laporan.


Kenapa ramai yang taksub dengan MLM?

* Kononnya dengan memasuki MLM anda boleh mengecapi segala impian anda yang mustahil dikecapi jika anda bekerja makan gaji.
* Sesi motivasi setiap minggu tersebut mempunyai unsur-unsur 'mind control' (nyanyi beramai-ramai, istilah-istilah yang sama diulang-ulang)
* Disajikan dengan gambar-gambar orang-orang yang telah berjaya dalam bidang MLM yang mana hampir kesemuanya adalah palsu.
* 'In state of denial.' Tidak sanggup mengakui kebodohan sendiri setelah menyertai skim MLM, lalu cuba memperbodohkan orang lain supaya nampak seolah-olah pandai.
* Kononnya MLM adalah jenis pasaran terbaru, yang mana jika anda lambat, maka anda akan ketinggalan. Perlu diingat bahawa MLM sudah wujud sejak awal abad ke-20, jadi tidak masuk akal untuk mengatakan bahawa MLM adalah gerbang baru pasaran runcit.
* Kebanyakan ahli yang memasuki MLM adalah dari golongan yang berpendapatan rendah, maka janji-janji bahawa mereka boleh menjadi jutawan dalam masa 2-3 bulan sememangnya akan membutakan hati mereka.
* Perlu diingat bahawa desakan boleh membawa kepada pemikiran yang tidak rasional.


Untuk renungan:

* Hampir kesemua produk yang ditawarkan oleh syarikat MLM berasal dari negara luar, biasanya Eropah. Ini adalah kerana jika anda ingin menyiasat kesahihan pengilang produk tersebut, agak sukar kerana jarak yang jauh. Halaman web, e-mail dan nombor telefon boleh dicipta oleh sesiapa saja. Pokoknya anda tidak boleh melawat kilang tersebut untuk melihat dengan mata anda sendiri.
* Logikkah harga sebotol minuman 'kesihatan' berharga RM300? Pernyataan bahawa ia mahal kerana menggunakan teknologi baru atau bahan mentah yang sukar didapati tidak dapat dibuktikan secara sahih. Sijil dan anugerah boleh dibuat oleh sesiapa sahaja.
* 8/10 daripada rakan/saudara/keluarga anda yang ada pengalaman dalam MLM pasti memberi komen yang negatif. Kenapa?
* Jarang- jarang kita mendengar arkitek, jurutera mekanikal, doktor atau juruterbang memasuki MLM. Sebaliknya semua datang dari golongan yang tak pernah 'cukup duit'.
* Di Malaysia, ada hampir 1700 syarikat MLM yang beroperasi secara sah dan haram.
* Berapa ramai yang bergelar jutawan hasil dari MLM?
* Jika anda menyertai MLM, anda lebih ditekankan mengenai 'sistem', bukan 'produk'.
* Hampir semua syarikat MLM menawarkan produk kesihatan.
* Jika peratusan yang gagal dalam MLM adalah 90%, adakah 90% rakyat kita bodoh?
* Kebanyakan syarikat MLM yang bertahan lebih dari 5 tahun biasanya mempunyai cabang-cabang perniagaan yang lain seperti hartanah dan sebagainya. Tetapi syarikat yang semata-mata MLM akan tutup kurang dari 5 tahun.
* Cuba anda cari perbezaan skim Pak Man Telo dan MLM yang anda ketahui. Bandingkan perbezaan tersebut dan tentukan sama ada relevan atau tidak perbezaan tersebut.
* Piramid yang tidak mempunyai 'tapak' akhirnya akan roboh. Anda tidak boleh membina sesuatu tanpa asas, ia pasti akan roboh.

Saturday, June 5, 2010

Kem Kecemerlangan Akademik PMR & SPM SMKA Wataniah

Salam Ukhuwwah

Pelajar Tingkatan 3 dan pelajar Tingkatan 5 telah dikumpulkan mulai jam 3.00 petang, 3 Jun 2010. Kem ini berlangsung selama tiga hari dua malam. Anjuran Program Kecemerlangan PMR dan Program Kecemerlangan SPM. Sekalipun hanya dijalankan di sekolah dengan mengumpulkan pelajar calon PMR dan SPM kerana kegawatan ekonomi, namun ianya dapat dijalankan dengan lancar. Tahniah buat semua yang terlibat menjayakannya.

Taklimat Suntikan Pelalian HPV Pelajar Perempuan Tingkatan 1 SMKA Wataniah

Salam Ukhuwwah.

Program taklimat ini berlangsung pada 2 Jun 2010, Rabu, Jam 10.45 hingga 11.45 pagi. Bertempat di Dewan Haji Abdul Latif, SMKA Wataniah. Semua pelajar difahamkan tentang keperluan menjalani suntikan pelalian HPV bertujuan untuk pencegahan penyakit Kanser Servik. Dilaksanakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama Jawatankuasa Penyelaras Tingkatan 1.

Thursday, June 3, 2010

KUSZA ke UDM dan kini UNISZA

Salam Ukhuwwah


AlhamduliLlah. Gembira sangat bila identiti lama dikembali ingatkan semula. Mungkin juga kerana dulunya saya pernah menimba ilmu seketika di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA). Kemudian di 'upgrade' kan menjadi Universiti Darul Iman Malaysia ( UDM ). Hiba rasanya bila KUSZA lenyap begitu sahaja. Minda tertanya-tanya seketika dulunya, kenapa tidak diwujudkan satu universiti yang baru di tempat yang baru seperti Universiti Malaysia Kelantan?. Atau mungkin terus bertapak di Kampus Kota sahaja. Jadi satu entiti baru sementara menunggu Kampus Tembila, Besut tersergam megah. Peliknya UDM Kampus KUSZA. Kenapa tak jadi UDM Kampus Gong Badak sahaja?.

Siapa saya untuk berkata sebegitu?. Masa belajar dulu di KUSZA, anak Terengganu dapat subsidi. Yuran pengajian dikenakan kadar murah sedikit berbanding bukan rakyat Terengganu. Ingat dan sentiasa tersemat dalam ingatan dan kenangan. Kawan-kawan pun kekadang merungut. Tapi itulah lebihnya jadi Rakyat Terengganu yang ic nya kepala '11'.

Pertukaran ini, saya sudah mendengarinya sejak awal Januari 2010. Desas-desusnya bergolak sejak akhir tahun 2009 lagi. Tapi, perkara yang samar begini tidak perlu dihebahgemburkan kerana ianya mungkin sahaja tidak terjadi. Awal Jun 2010, pelaksanaan rasmi tertukarnya UDM ke UNISZA ( asal KUSZA ) akan terlaksana dan ianya benar-benar berlaku. AlhamduliLlah.

Saya bersyukur dan saya sangat gembira.