Followers

Thursday, June 3, 2010

KUSZA ke UDM dan kini UNISZA

Salam Ukhuwwah


AlhamduliLlah. Gembira sangat bila identiti lama dikembali ingatkan semula. Mungkin juga kerana dulunya saya pernah menimba ilmu seketika di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA). Kemudian di 'upgrade' kan menjadi Universiti Darul Iman Malaysia ( UDM ). Hiba rasanya bila KUSZA lenyap begitu sahaja. Minda tertanya-tanya seketika dulunya, kenapa tidak diwujudkan satu universiti yang baru di tempat yang baru seperti Universiti Malaysia Kelantan?. Atau mungkin terus bertapak di Kampus Kota sahaja. Jadi satu entiti baru sementara menunggu Kampus Tembila, Besut tersergam megah. Peliknya UDM Kampus KUSZA. Kenapa tak jadi UDM Kampus Gong Badak sahaja?.

Siapa saya untuk berkata sebegitu?. Masa belajar dulu di KUSZA, anak Terengganu dapat subsidi. Yuran pengajian dikenakan kadar murah sedikit berbanding bukan rakyat Terengganu. Ingat dan sentiasa tersemat dalam ingatan dan kenangan. Kawan-kawan pun kekadang merungut. Tapi itulah lebihnya jadi Rakyat Terengganu yang ic nya kepala '11'.

Pertukaran ini, saya sudah mendengarinya sejak awal Januari 2010. Desas-desusnya bergolak sejak akhir tahun 2009 lagi. Tapi, perkara yang samar begini tidak perlu dihebahgemburkan kerana ianya mungkin sahaja tidak terjadi. Awal Jun 2010, pelaksanaan rasmi tertukarnya UDM ke UNISZA ( asal KUSZA ) akan terlaksana dan ianya benar-benar berlaku. AlhamduliLlah.

Saya bersyukur dan saya sangat gembira.

1 comment:

Anonymous said...

Alhamdulillah!!!!