Followers

Thursday, December 31, 2009

Biarkan Bayu Bertiup Duka, Teruskan Perjalanan Kita

Sumber : www.iluvislam.com Mohd Shahrul Naim

"Langit tidak selalunya cerah, sulam malam tak berbintang, itulah lukisan alam, begitu aturan Tuhan,"

Indah lirik lagunya semerdu suara sang penyanyinya...

Kita perlu menerima bahawa suasana alam sentiasa berubah-ubah,ada kalanya ceria dan ada kalanya muram. Namun,adakah dengan berubahnya suasana alam,pendirian kita juga mesti berubah?(ertinya berubah daripada keinginan untuk mencapai matlamat kepada perasaan malas yang akan membinasakan diri sendiri)

Tahun baru Islam sudah beberapa hari berlalu dan umur kita pula semakin meningkat,sedangkan apabila bertambahnya peningkatan umur maka jangka hayat kita hidup di dunia yang sementara ini semakin hari semakin singkat. Entah esok,entah lusa atau mungkin dalam masa satu saat lagi kita akan dijemput oleh-Nya untuk kembali pulang. Dan tiada sesiapa pun mampu menghindarkan diri daripada kematian sebagaimana firman Allah :

"Tiap-tiap jiwa akan merasai mati dan hanya makhluk jua yang mempunyai jiwa(roh atau dalam bahasa ilmu Ushuluddin dipanggil jauhar) dan roh adalah baru dijadikan-Nya daripada tiada kepada ada,maka yang mati hanya makhluk.Allah tetap Maha Hidup Kekal."

Dalam perjalanan hidup ini, terkadang kita merasa penat dan letih ditambah pula dengan perasaan duka yang melemahkan jiwa,apatah lagi jika apa yang kita inginkan tidak dapat dicapai? Pastinya perasaan sedih dan keputus asaan akan lahir dalam jiwa.

Namun adakah apa yang kita anggap baik untuk kita itu terbaik bagi Allah? Dan mengapa Dia tidak memperkenankan keinginan dan doa yang kita rasakan terbaik untuk kita?

Sebelum persoalan di atas dijawab, ada satu lagi persoalan utama yang perlu kita jawab dahulu.

Siapa yang menjadikan kita?

Pasti jawapannya adalah Allah; Tuhan Pencipta Alam. Jika Allah yang menciptakan kita, maka Dia tahu yang mana baik dan yang mana buruk untuk kita. Oleh yang demikian terjawabnya persoalan di atas. Sesungguhnya setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah yang terkandung di sebaliknya kerana Allah yang menciptakan kita dan Dia tahu apa yang terbaik dan apa yang akan membinasakan hamba-Nya.

Allah berfirman:

"Mungkin kamu membenci sesuatu padahal itulah yang baik bagimu,dan mungkin kamu suka pada sesuatu padahal bahaya bagimu,dan Allah yang mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."(Surah Al-Baqarah:216)

Selagi sang bayu masih bertiup meskipun hembusan bayunya pilu dan mendukakan, selagi matahari masih memancarkan cahayanya meskipun kadangkala cahayanya suram seketika apabila dilitupi sang awan, kita perlu terus berjalan dan terus berusaha meskipun kita diuji dengan kegagalan, musibah dan ujian yang membuatkan air mata sentiasa mengalir. Teruskan perjalanan kita, insyaAllah selagi mana kita berusaha, berdo'a dan bertawakkal kepada Allah, pasti Dia akan membantu kita.

Sabar adalah sumber kekuatan dan teman sejati kita. Sayyidina Umar Al-Khattab pernah berkata:

"Jika engkau sabar, maka hukum Allah tetap berjalan dan engkau mendapat pahala,dan apabila engkau tidak sabar, tetap berlaku ketentuan Allah sedang engkau berdosa."

Ingatlah bahawa Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan apa yang mampu ditanggung oleh hamba-Nya. Pasti setiap takdir yang kita lalui ini menunjukkan bahawa kita mampu menghadapinya.

Begitulah apa yang dihuraikan oleh Dr. Fadzilah Kamsah ketika menasihati seorang lelaki suatu waktu dahulu.

Dan teruskanlah penghijrahan kita ke arah kejayaan dan kegemilangan yang diredhai-Nya, moga-moga perjalanan kita pada tahun ini lebih baik dari tahun-tahun lalu.

Ketika peristiwa hijrah, generasi para kekasih Allah merasai keperitan, kesengsaraan dan kelaparan. Jika mereka yang paling dikasihi Allah itu pun terpaksa bersusah payah merancang dan berkorban demi mendaulatkan Islam, maka sudah tentu kita hari ini perlu bersedia untuk berkorban jika kita benar-benar mencintai agama kita.

Monday, December 28, 2009

Hebatnya Pencapaian PMR SMKA Wataniah TAhun 2009

Salam Ukhuwwah,

Tadi saya hadir Mesyuarat Pengurusan Sekolah. Mulai jam 10.15 pagi hinggalah jam 3.00 petang. Lama masa yang diambil. Banyak perkara yang dibincangkan. Antaranya, Analisis Kecemerlangan PMR Tahun 2009. Seramai 206 orang pelajar yang telah mengambil PMR tahun 2009. Lihat lah butirannya. Hebat kan....

9A = 19 orang
8A = 28 orang
7A = 37 orang
6A = 30 orang
5A = 34 orang 
4A = 21 orang
3A = 13 orang
2A = 16 orang
1A = 6 orang
0A = ada juga 2 orang

Walau apa pun, TAHNIAH diucapkan. Cuba lagi SPM nanti. Buktikan kita boleh berjaya dengan cemerlang. Jumpa nanti pada 3 Januari 2010. Selamat Berjaya.....

Thursday, December 24, 2009

Tahniah Wataniah. Anda Sentiasa Hebat

Salam Ukhuwwah

Saya ucapkan tahniah kepada semua pelajar PMR SMKA Wataniah. Anda memang hebat. Hebat kerana 19 orang dapat 9A dan 30 orang dapat 8A. Ramai lagi yang dapat 7A dan ke bawah. Ramai juga yang gagal. Gred E Bahasa Arab. Ada yang gembira, ada ramai yang berduka. Gagal bukan bermakna ini adalah penamat kehidupan. PMR adalah pemula perjalanan. SPM ada dua tahun lagi. SPM medan sebenar.

Di sini, saya perturunkan gambar kenangan yang diambil sewaktu pengagihan keputusan PMR pagi tadi di Dewan Haji Abdul Latif, SMKA Wataniah.




Apa pun keputusan yang diperolehi sama ada kejayaan atau kegagalan, terimalah seadanya. Setiap ketentuan Ilahi adalah yang terbaik untuk anda. Allah tidak pernah menzalimi hamba-hamba-Nya walau sedikit pun.

Sekiranya anda memperolehi kejayaan sebagaimana yang diharapkan, bersyukurlah. Jangan lalai dan alpa kepada Pemberi kejayaan iaitu Allah. Jangan sombong serta lupa diri. Ingatlah bahawa anda tidak akan mendapat kejayaan itu tanpa usaha dan pengorbanan ibu bapa serta guru-guru. Berterima kasihlah kepada mereka kerana merealisasikan cita-cita anda.Tingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah sebagai mensyukuri nikmat tersebut.

Seandainya keputusan anda tersasar dan  tidak seperti yang diidam-idamkan, janganlah terlalu bersedih. Itulah yang terbaik untuk anda daripada Allah SWT Yang Maha Bijaksana. PMR bukanlah segala-galanya. Jangan berputus asa kerana  peluang masih ada untuk anda. Jadikan kegagalan  ini sebagai pengajaran dan kumpulkan semangat dan kekuatan untuk mencapai kecemerlangan yang lebih bermakna iaitu SPM yang akan datang.

Kita mesti memahami bahawa kehidupan ini adalah medan ujian daripada Allah SWT. Kejayaan dan kegagalan adalah ujian daripadaNya untuk mengenalpasti amalan yang terbaik dari kalangan hamba-hamba-Nya. Firman Allah SWT dalam surah al-Mulk, ayat 2 yang bermaksud :
“ ( Dialah ) yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun”.

Sesiapa yang memahami hakikat ini maka sekiranya kejayaan yang diperolehi dia akan bersyukur dan meningkatkan keimanannya sebagai berterima kasih kepada-Nya. Sekiranya kegagalan yang dicatat maka hendaklah reda, bersabar dan tabah. Muhasabah dan ambil iktibar daripada kegagalan ini. Jangan berputus asa, jangan terlalu kecewa kerana ini adalah ujian Allah. Sesiapa yang bersabar dan redha, maka dia telah lulus ujian  di sisi Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Orang mukmin sungguh mengkagumkan. Sesungguhnya urusannya sentiasa memberi kebaikan kepadanya. Ini tidak berlaku kecuali hanya kepada orang mukmin. Sekiranya dia mendapat kesenangan, dia bersyukur maka dia mendapat kebaikan. Sekiranya dia ditimpa kesusahan, dia bersabar maka dia juga mendapat kebaikan. (Riwayat Imam Muslim)

Sabda Rasulullah SAW ini patut dijadikan panduan dan pedoman kepada kita agar sentiasa menyedari bahawa setiap saat dan ketika kita sebenarnya berdepan dengan ujian dan cubaan daripada Allah SWT. Apa yang perlu kita lakukan ialah bersyukur bila mendapat nikmat dan redha serta bersabar bila ditimpa kesusahan. Dengan itu ganjaran pahala dan reda-Nya akan menjadi milik kita.

Seminar Kaunselor Sekolah 2009

Salam Ukhuwwah…

Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir menyertai Seminar Kaunselor Sekolah 2009, anjuran Petronas bertempat di Universiti Teknologi Petronas ( UTP ), Bandar Seri Iskandar, Tronoh, Perak pada 20 hingga 23 Disember 2009. Saya bersama 28 rakan kaunselor lain mewakili Negeri Terengganu. Seminar tersebut mengumpulkan 137 peserta terdiri dari kalangan kaunselor sekolah seluruh negara. Program ini adalah merupakan program tahunan Petronas dan kali kedua diadakan.

Pengangkutan

Kata orang, lebihnya untung jadi orang Terengganu kerana banyak kemudahan tersedia dan diberikan oleh pelbagai pihak. Mulanya pengangkutan disediakan. Sepanjang program, saya perhatikan hanya wakil Terengganu dan Melaka je yang disediakan bas oleh Jabatan Pelajaran Negeri negeri masing-masing. Itu pun, Melaka hanya bas mini. Negeri Terengganu mendapat tempat yang ramai dan antara yang teramai dengan 29 peserta. 7 kaunselor datangnya dari daerah Besut. Saya bayangkan, sedikit kepayahan yang ditanggung oleh rakan-rakan dari negeri lain yang terpaksa datang sendiri. Jauh tempat tu. Ada yang datang dengan bas ekspres pun ada. Walau apa pun, kita punya semangat untuk berjaya mengangkat tinggi martabat profesion keguruan dan kaunselor.

Penyertaan

Mengeluh juga kerana padatnya masa berseminar. Mula jam 8.30 pagi hingga jam 1.00 petang. Sambung semula jam 2.30 petang hingga 6.00 petang. Malam, sambung lagi mulai jam 8.30 malam hingga jam 10.30 malam. Kepayahan ini terubat kerana banyak ' in put ' yang kita dapat. Ilmu-ilmu lama diperhangat semula oleh Dr. Syer Kawi Jaafar. Ramai kenalan lama waktu belajar dulu sewaktu di UPM diketemui semula, Azman, Murugan, Kak Ani, Azziah, Lin dan ada lagi yang saya dah lupa nama-nama mereka. Maklumat tentang institusi bawah naungan Petronas pun banyak. Layanan sangat bagus dan cemerlang dari Urusetia yang terdiri dari kalangan Staff Petronas. Tempat tinggal selesa, makanan mewah, tempat berseminar sangat ada kelas, pengangkutan pun bagus. " Terima kasih daun keladi ". Sayangnya, mana-mana kaunselor yang dah ikuti seminar ini, pada tahun-tahun mendatang, katanya dah tidak akan diundang lagi kerana nak bagi peluang kepada yang lain. Bagus juga idea tu.

Kenangan

Inilah kali pertama saya sampai di Universiti Teknologi Petronas ( UTP ). Walaupun sudah banyak kali datang ke Negeri Perak, tapi tidak ada kerja yang boleh membenarkan saya ke UTP ini. Pihak penganjur hanya memberikan sedikit ruang pada pagi hari kedua untuk sesi lawatan menjelajah kawasan UTP. Tak puas rasanya berseminar. Patut sambung lagi. Tambah bilangan hari.

Terima Kasih

Sudah semestinya, tahniah saya ucapkan kepada pihak Petronas atas kejayaan penganjuran program seminar ini. Saya sentiasa memanjat kesyukuran atas kurniaan yang hebat ini. Bukan mudah sebenarnya untuk mencapai pengalaman sebegini. Juga terima kasih kepada penceramah dari kalangan pegawai Petronas atas maklumat berkaitan pendidikan di bawah tajaan Petronas. Juga buat Dr. Sher Kawi Jaafar. Tuan memang hebat. Semua orang mengatakan tuan hebat. hampir dua hari, hanya kendalian secara solo sahaja berceramah. Patutnya ramai lagi insan hebat yang ada kat Malaysia ni.

RasuluLlah bersabda :

Menuntut ilmu itu satu KEWAJIPAN bagi setiap orang Islam.



Kalau malas ketawa...senyum pun jadi lah....

Sumber : http://rubbertapperz.blogspot.com/search/label/LAWAK

Citer 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..

Citer 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu .
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : Nanti jap. Saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Citer 3
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

Citer 4
Seorang posmen yang datang menghantar surat ..
' Assalamualaikum '
' Walaikumsalam '
' Ni rumah encik Sameon ye?
' Ya saya'
' Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni '
' Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?'

Citer 5
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk.... .... Benci .........

Citer 6
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya,
'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Citer 7
Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan!
polis : fasal apa tu?
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

kisah 8
Seorang lelaki pergi ke klinik mata . Setelah matanya diperiksa, dia bertanya:
' Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang l ain ?' 'Dah tentu, ' jawab doktor. 'Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,' kata lelaki itu dengan riang.

kisah 9
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

kisah 10
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat ..
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
'Atok buat apa tu?'.
'Atok bagi surat kat kawan atok,cu!' jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, 'Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu ?'

kisah 11
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Thursday, December 17, 2009

Hargailah IbuBapa Kita


Kekadang dalam kesibukan kita bekerja seharian, kita sering terlupa kedua orang tua kita lebih-lebih lagi bila tidak berada di sisi mereka. Kita sering lupa doakan kesejahteraan dan kesihatan mereka semasa mereka sihat. Tetapi bila tiba masa mereka sakit tidak bermaya, baring di hujung ruang tamu, tidak seramah dulu dan menderita kesakitan barulah kita terasa kehilangan mereka.
Memang akan tiba satu hari nanti kita terpaksa kesat air mata mereka, sapu air di badan mereka, tukarkan baju mereka dan menyucikan mereka seperti yang mereka lakukan ketika kita kecil dulu. Tiada lagi gelak ketawa, gurauan, pelukan dan kata-kata semangat dari mereka yang kita dengar sejak kecil dulu. Hanya badan yang semakin lemah terlantar sakit dan lesu mengharap ehsan dari anak-anaknya. Bersediakah kita hadapinya?.



Satu hari nanti juga kita hanya mampu melawat pusara mereka dan berdoa bila terlalu rindukan mereka. Oleh itu, hargailah mereka semasa mereka ada lagi di dunia ini. Dengan apalah jasa dan budi mereka dapat kita balas melainkan ingatan dan doa kepada mereka. Berbaktilah kepada mereka selagi mereka ada di dunia ini.



Monday, December 14, 2009

Sentiasa Segar Dalam Ingatan Ini

Sejak SMK Tembila dibuka pada tahun 2003, saya mula ditugaskan di situ. Mula lapor diri pada 16 September 2003. Mulai tahun 2004 hingga 2008, saya ditugaskan untuk mengurus pasukan bolasepak sekolah. Banyak kenangan suka duka, pahit maung, keringat penat, sedih tanggis, pengorbanan bersama. Tapi tak mengapa, kejayaan terbesar, Naib Johan Bolasepak kategori Bawah 15 tahun peringkat Daerah Besut. Itu aje. Tapi itu adalah kenangan terindah.


Thursday, December 10, 2009

Kalimah ALlah di Masjid As-Syakirin



Gambar ini diambil pada 3 Februari 2009 lalu di lantai Masjid As-Syakirin SMKA Wataniah, Besut. Kemunculan kalimah Allah ini disedari oleh pekerja sekolah ketika membersihkan masjid di bahagian tempat wudhu' perempuan. Semoga kita sedar dan insaf atas kemunculan kalimah ini.


Wednesday, December 9, 2009

Tips untuk jadi cemerlang

Sumber : http://www.bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?f=14&t=4268


Tips untuk jadi cemerlang


Tatacara makan & minum :


Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.

Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak ~ sepanjang tidur, otak akan generatekan all of our wish & InsyaAllah, kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.

Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan, vit C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi
adalah approaching 0%.

Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch &dinner). Minum air selepas 15-30 minit selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru
telan.Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus
sbb air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.

Seelok-eloknya makan malam sebelum maghrib ~ ikut sunnah (Rasullullah makan sebelum maghrib kecuali bulan Ramadhan saja ie masa maghrib), sebab,bagi yg tengah study (or anak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2 hrs selepas makan so, if makan at 8:30pm, around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam saja, jadi, tak byk yg boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga,kita tak tidur dlm kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam).

Tatacara di bilik air :

Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh elak daripada dapat batu karang.

Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sebab bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar.


Tatacara didik anak :


Antara tips untuk dpt anak bijak/genius, ajar anak (atau baby) tidur mengiring ke kanan ~ sebab jantung (yg terletak sebelah kiri) akan lebih "lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) dan otak anak akan develop excellently.

Bagi anak2 yg dah azalinya active or hyper-active,
kurang (or jangan) pakaikan baju warna orange ~ sbb warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja & exuberant.


Tatacara didik diri sendiri :

Amalkan apa2 yg baik (juga amalan2 baru) selama 21+ plus hari berturut2 ~ Rasullullah (saw) bersabda, setiap amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati.

Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg -ve ~ emosi2 ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kpd bbrp penyakit cepat letih,
wajah cepat nampak tua (tua sebelum waktunya), selalu sakit perut & etc.

Ada 3 kategori manusia :-

BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam.
TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam.
CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam.

"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar
akhirat, dunia akan mengejar kita"

Semuga mendapat panduan mendidik diri & keluarga, Insya-Allah.

WAllahua'lam.

Oleh :Permata Hati

Sunday, December 6, 2009

Meriahnya Raya Haji

Salam. Pagi ni baru line internet nampak ok. Ni dah kira lambat sangat nak publishkan berita tentang Raya Haji tahun ni. Tapi tak dapat2. Ni lah masalah kalau guna broadband. Bila hujan line tak clear. Apatah lagi kalau nak postkan sesuatu berita/cerita. Balik beraya baru2 ni, kira meriah juga. Kat Terengganu dan Kelantan sangat meriah Raya Haji ni. Tempat lain, kalau ada orang Teganu dan Kelate, katanya ada lah kemeriahan tu. Media banyak paparkan cerita begitu...




Friday, December 4, 2009

Naik Lori Pergi Periksa SPM

Hari Isnin, 24 November 2009, Bandar Jerteh dilanda bah lagi. Tiga tempat laluan ke SMKA Wataniah ditenggelami air. Dari 156 orang calon SPM, hanya 17 orang sahaja yang tinggal di rumah. Yang lain semuanya tinggal di asrama. Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada anda semua kerana mendengar kata. Pengalaman menaiki lori bersama pelajar dan Pengawas peperiksaan SPM untuk ke sekolah ni adalah kali kedua. Tahun lepas masa di SMK Tembila, 3 hari naik bot, naik trak askar, lori Pejabat Daerah, lori Bomba dan mengharung air. Kali ni dah tak ada kenderaan ringan yang boleh melalui jalan utama ke SMKA Wataniah. Naik lori lagi.....