Followers

Thursday, December 24, 2009

Seminar Kaunselor Sekolah 2009

Salam Ukhuwwah…

Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir menyertai Seminar Kaunselor Sekolah 2009, anjuran Petronas bertempat di Universiti Teknologi Petronas ( UTP ), Bandar Seri Iskandar, Tronoh, Perak pada 20 hingga 23 Disember 2009. Saya bersama 28 rakan kaunselor lain mewakili Negeri Terengganu. Seminar tersebut mengumpulkan 137 peserta terdiri dari kalangan kaunselor sekolah seluruh negara. Program ini adalah merupakan program tahunan Petronas dan kali kedua diadakan.

Pengangkutan

Kata orang, lebihnya untung jadi orang Terengganu kerana banyak kemudahan tersedia dan diberikan oleh pelbagai pihak. Mulanya pengangkutan disediakan. Sepanjang program, saya perhatikan hanya wakil Terengganu dan Melaka je yang disediakan bas oleh Jabatan Pelajaran Negeri negeri masing-masing. Itu pun, Melaka hanya bas mini. Negeri Terengganu mendapat tempat yang ramai dan antara yang teramai dengan 29 peserta. 7 kaunselor datangnya dari daerah Besut. Saya bayangkan, sedikit kepayahan yang ditanggung oleh rakan-rakan dari negeri lain yang terpaksa datang sendiri. Jauh tempat tu. Ada yang datang dengan bas ekspres pun ada. Walau apa pun, kita punya semangat untuk berjaya mengangkat tinggi martabat profesion keguruan dan kaunselor.

Penyertaan

Mengeluh juga kerana padatnya masa berseminar. Mula jam 8.30 pagi hingga jam 1.00 petang. Sambung semula jam 2.30 petang hingga 6.00 petang. Malam, sambung lagi mulai jam 8.30 malam hingga jam 10.30 malam. Kepayahan ini terubat kerana banyak ' in put ' yang kita dapat. Ilmu-ilmu lama diperhangat semula oleh Dr. Syer Kawi Jaafar. Ramai kenalan lama waktu belajar dulu sewaktu di UPM diketemui semula, Azman, Murugan, Kak Ani, Azziah, Lin dan ada lagi yang saya dah lupa nama-nama mereka. Maklumat tentang institusi bawah naungan Petronas pun banyak. Layanan sangat bagus dan cemerlang dari Urusetia yang terdiri dari kalangan Staff Petronas. Tempat tinggal selesa, makanan mewah, tempat berseminar sangat ada kelas, pengangkutan pun bagus. " Terima kasih daun keladi ". Sayangnya, mana-mana kaunselor yang dah ikuti seminar ini, pada tahun-tahun mendatang, katanya dah tidak akan diundang lagi kerana nak bagi peluang kepada yang lain. Bagus juga idea tu.

Kenangan

Inilah kali pertama saya sampai di Universiti Teknologi Petronas ( UTP ). Walaupun sudah banyak kali datang ke Negeri Perak, tapi tidak ada kerja yang boleh membenarkan saya ke UTP ini. Pihak penganjur hanya memberikan sedikit ruang pada pagi hari kedua untuk sesi lawatan menjelajah kawasan UTP. Tak puas rasanya berseminar. Patut sambung lagi. Tambah bilangan hari.

Terima Kasih

Sudah semestinya, tahniah saya ucapkan kepada pihak Petronas atas kejayaan penganjuran program seminar ini. Saya sentiasa memanjat kesyukuran atas kurniaan yang hebat ini. Bukan mudah sebenarnya untuk mencapai pengalaman sebegini. Juga terima kasih kepada penceramah dari kalangan pegawai Petronas atas maklumat berkaitan pendidikan di bawah tajaan Petronas. Juga buat Dr. Sher Kawi Jaafar. Tuan memang hebat. Semua orang mengatakan tuan hebat. hampir dua hari, hanya kendalian secara solo sahaja berceramah. Patutnya ramai lagi insan hebat yang ada kat Malaysia ni.

RasuluLlah bersabda :

Menuntut ilmu itu satu KEWAJIPAN bagi setiap orang Islam.



No comments: