Followers

Thursday, March 24, 2011

Majlis Sekalung Penghargaan Pelajar SPM Tahun 2010

Tahniah.

SMKA Wataniah Tersohor Tahun 2010.














Kursus Motivasi Jati Diri Pelajar SPM SMKA Wataniah - Fasa 1

Salam Ukhuwwah.

Alhamdulillah, kami berprogram lagi. Kali ini dibawa pula sebahagian pelajar Tingkatan 5 dari tiga kelas iaitu 5 Ibnu Sina, 5 Ibnu Rusyd dan 5 Ibnu Baitar .

Tarikhnya pada 21 & 22 Mac 2011, bertempat di Pusat Pendidikan Biodiversiti, Jabatan Perhilitan Negeri Terengganu, Bukit Marak, Pasir Akar, Jerteh, Terengganu.

Penyertaan seramai 76 pelajar dengan 15 pelajar lelaki dan 61 pelajar perempuan. Macam-macam hal bila bersama dengan pelajar yang senior ni. Banyak juga karenah. Tapi tak mengapalah, kami puashati. Kesungguhan bekerja bersama menjadikan program ini dapat dilaksanakan dengan baik.

Kami bergabung menganjurkan program ini. Itulah Program Kecemerlangan SPM dan Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Sungguhpun ada suara-suara kedapatan meragui keberkesanan pelaksanaan program sebegini, namun saya berpandangan " Lebih baik buat sesuatu dari tidak membuat apa satu.......... Kerjanya mengkritik saja. Sokonglah sikit. Soal hidayah ni adalah kerja dan kuasa Allah. Kita berikhtiar dan bertawakkal saja ".

Terima kasih dan penghargaan buat semua yang menjayakannya. Kita jumpa dalam fasa 2 nanti pada 30 & 31 Mac 2011 nanti.




















Sunday, March 20, 2011

Pelajar Tingkatan Lima SMKA Wataniah Kunjungi Karnival Pendidikan MARA

Salam Ukhuwwah 

Kesempatan yang ada kami gunakan sebaiknya untuk mengunjungi karnival ini. Seramai 41 orang pelajar Tingkatan Lima, 15 lelaki dan 26 perempuan, calon SPM tahun 2011 menghadirinya. Kali ini rasa lega sangat kerana keadaan sangat selesa kerana kami tiba seawal pagi dan ianya diadakan di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu. Bukan lagi dalam dewan sempit lagi tertutup seperti Karnival Jom Masuk U sebelum ini.





Friday, March 11, 2011

Program Gerakan Pendidikan Keremajaan Murid Perempuan " Ingat Sebelum Terkena " SMKA Wataniah

Salam Ukhuwwah.

TARIKH : 9 MAC 2011
HARI : RABU
MASA : 10.30 PAGI – 01.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN HAJI ABDUL LATIF, SMKA WATANIAH
ANJURAN BERSAMA : JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU &
KERAJAAN NEGERI TERENGGANU


PENGENALAN
Ingat Sebelum Terkena adalah program pengukuhan jati diri dalam menangani gejala sosial di kalangan remaja dan gaya hidup sihat sepanjang masa bertujuan untuk memberi pendidikan pencegahan kepada murid-murid perempuan Tingkatan Satu terhadap isu dan cara menangani gejala sosial remaja.


OBJEKTIF
1. Memberi kesedaran tentang isu-isu sosial di kalangan remaja.
2. Memberi kefahaman tentang implikasi salahlaku dalam masyarakat.
3. Memupuk budaya hidup sihat dan berwawasan.


KOMPONEN PROGRAM
1. Bengkel
2. Ceramah
3. Soal jawab


PENCERAMAH
Puan Hayati binti Haji Abdul Wahab
Kaunselor SMK Tengku Mahmud 2


Thursday, March 10, 2011

Kursus Motivasi Jati Diri Pelajar Tingkatan Tiga SMKA Wataniah Tahun 2011

Salam Ukhuwwah.

Tanpa kenal erti jemu berprogram, kami terus menumpahkan keringat kesungguhan mengatur acara buat anak-anak didik mengenali dunia luar mereka.

Biar berpada dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman. Kehidupan harus dimanfaatkan selengkap mungkin. Biar berhabisan kewangan, biar berkerak tabungan, biar jatuhnya penat bermalam, biar lumpuh menjejaki alam, paling pentingnya kejayaan terbukti setelah berhari memuntahkan tumpuan dan iltizam berterusan.

Jalinan kemampuan dua unit diteruskan. Kami berpadu tenaga menampilkan usaha. Program Kecemerlangan PMR dan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Selengkapnya.... tanpa sokongan dan gembelingan semua pihak, program diatur tiada mampu mengutip jejak. Akan terpamer kekalutan jua kekusutan. Rangkaian bekas pelajar SPM tahun 2010 seramai 12 orang dibantu 7 jurulatih memungkinkan kami menguntum senyuman dan mengukir kejayaan.

Tiada beban lagi. Tunggulah siri-siri penerusan untuk kelangsungan perjuangan. Dalam penghidupan sementara kami beralaskan adat bersulamkan cara merakamkan penghargaan dan terima kasih atas bantuan, pertolongan, bimbingan, perhatian dan luangan masa bersama. Terima kasih semua.

Kami pahatkan pelaksanaan ini dalam memori pengalaman. 7 & 8 Mac 2011 bertempat di Pusat Pendidikan Biodiversiti, Jabatan Perhilitan Negeri Terengganu, Bukit Marak, Pasir Akar, Jerteh, Terengganu.