Followers

Thursday, March 10, 2011

Kursus Motivasi Jati Diri Pelajar Tingkatan Tiga SMKA Wataniah Tahun 2011

Salam Ukhuwwah.

Tanpa kenal erti jemu berprogram, kami terus menumpahkan keringat kesungguhan mengatur acara buat anak-anak didik mengenali dunia luar mereka.

Biar berpada dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman. Kehidupan harus dimanfaatkan selengkap mungkin. Biar berhabisan kewangan, biar berkerak tabungan, biar jatuhnya penat bermalam, biar lumpuh menjejaki alam, paling pentingnya kejayaan terbukti setelah berhari memuntahkan tumpuan dan iltizam berterusan.

Jalinan kemampuan dua unit diteruskan. Kami berpadu tenaga menampilkan usaha. Program Kecemerlangan PMR dan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Selengkapnya.... tanpa sokongan dan gembelingan semua pihak, program diatur tiada mampu mengutip jejak. Akan terpamer kekalutan jua kekusutan. Rangkaian bekas pelajar SPM tahun 2010 seramai 12 orang dibantu 7 jurulatih memungkinkan kami menguntum senyuman dan mengukir kejayaan.

Tiada beban lagi. Tunggulah siri-siri penerusan untuk kelangsungan perjuangan. Dalam penghidupan sementara kami beralaskan adat bersulamkan cara merakamkan penghargaan dan terima kasih atas bantuan, pertolongan, bimbingan, perhatian dan luangan masa bersama. Terima kasih semua.

Kami pahatkan pelaksanaan ini dalam memori pengalaman. 7 & 8 Mac 2011 bertempat di Pusat Pendidikan Biodiversiti, Jabatan Perhilitan Negeri Terengganu, Bukit Marak, Pasir Akar, Jerteh, Terengganu.

Post a Comment