Followers

Wednesday, September 29, 2010

Program Lawatan Bermaklumat Pelajar Tingkatan Satu ( Program Maju Diri Tingkatan Satu ) Tahun 2010, SMKA Wataniah - ( Siri 1 )

Salam Ukhuwwah.

Siri 1 :                   9 pelajar lelaki Tingkatan 1 Hamzah
                             9 pelajar perempuan Tingkatan 1 Hamzah
                             9 pelajar lelaki Tingkatan 1 Abu Bakar
                             9 pelajar perempuan Tingkatan 1 Abu Bakar

Pelajar              :           36 orang
Guru Pengiring   :           2 orang

Tarikh               :           Siri 1 : 27 September 2010 ( Isnin )

Friday, September 24, 2010

Majlis Temu Murni Pelajar-pelajar PMR dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Salam Ukhuwwah.

Nama Program :  Majlis Temu Murni Pelajar-pelajar PMR dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri
Tarikh              :  23 September 2010
Hari                 :  Khamis
Masa               :  11.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat            :  Dewan Makan Aspuri, SMKA Wataniah
Anjuran           :  Jawatankuasa Program Kecemerlangan PMR

Majlis Menaikkan Banner Kecemerlangan Peperiksaan PMR & SPM dan Bacaan Perutusan Sempena Peperiksaan Awam SMKA Wataniah Tahun 2010

Salam Ukhuwwah.

Program anjuran Jawatankuasa Program Kecemerlangan PMR dan Program Kecemerlangan SPM sekolah diadakan pada 23 September 2010, Khamis, jam 7.30 pagi hingga 8.45 pagi, bertempat di Dataran SMKA Wataniah. Disikan dengan dengan dua slot pengisian.

Slot pertama adalah pengisian Bacaan Perutusan Sempena Peperiksaan Awam PMR dan SPM SMKA Wataniah Tahun 2010. Perutusan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu, Perutusan YB Exco Pelajaran Negeri Terengganu dan Perutusan YAB Dato' Seri Menteri Besar Negeri Terengganu. Kesemua perutusan dibacakan oleh Guru-guru Kanan sekolah. Diacarakan oleh Encik Wan Mohd Noor bin Wan Abdul Rahim, Kaunselor.

Bagi slot kedua. Ianya diacarakan oleh Encik Wahed bin Ismail, Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik & Vokasional. Menaikkan Banner Kecemerlangan Peperiksaan PMR & SPM SMKA Wataniah. Keupayaan kecemerlangan SMKA Wataniah akan memuncak pada tahun 2010 ini.

Wednesday, September 22, 2010

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat SMKA Wataniah Tahun 2010


Salam Ukhuwwah.

Setiap tahun, inilah acara wajib. Kemeriahan sambutannya di kalangan warga SMKA Wataniah pasti terserlah. Bersama mencari kemeriahan. Sambutannya berpada mungkin kerana tahun gawat. Bajet tiada disalur, tapi berkat kesungguhan niat untuk mengadakannya kerana ianya juga satu pendidikan. Bukan pelajaran rasmi. Tidak sesekali pendidikan mesti. Tapi inilah muafakat. Inilah penyatuan bekerja. Dan inilah kejayaan berusaha. Maka pada 21 September 2010, ianya juga tetap diadakan.



Sesekali melaram dengan baju raya. Pelbagai warna. Berbeza rupa. Pasti dan tentunya bergaya. Mahal murah bukan ukuran tapi hitungan keberadaan seseorang. Masih ingat lagi tahun 2009. Bukan ingatkan angka atau nombor bilangan dan tahunnya. Tapi ingatkan kemeriahan sambutannya. Dulu ianya diadakan di Dataran SMKA Wataniah. Luas lokasinya. Strategik tumpuannya. Senang pengawasannya. Mudah pemerhatiannya. Tumpuan mata hanya pada lingkungan. Berpada dengan kemeriahannya. Komitmen bekerjasama.

Tapi... kali ini tersekat untuk mengubah kebiasaannya. Akhirnya... telahan sangkaan, membenarkan. Mana mampu mengunjungi 22 bilik kelas tingkatan dengan kudrat terbatas. Belum masuk lagi kiraan 6 tingkatan 3, kerana mereka bersekang kepayahan menduduki Ujian OTI 4 Tambah Nilai / Post Percubaan PMR di Dewan Besar Haji Abdul Latif, dewan peperiksaan mulai 19 hingga 22 September 2010.

Tak mengapalah.....



Terima kasih buat Pengurusan Sekolah, Penyelaras Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat SMKA Wataniah Tahun 2010, Ustaz Kasim bin Awang, dan Jawatankuasanya, Semua Guru, Kakitangan, Pekerja dan Para Pelajar. Kami sangat menggagumi kesungguhan dan penglibatan kalian. Dan.... terima kasih juga buat rakan-rakan di MAIDAM Besut kerana sudi hadir memeriahkan. Buat Syarikat Indo Cafe, terima kasih daun keladi atas tajaan sumbangan minuman kopi percuma kepada warga SMKA Wataniah. Datanglah lagi pada masa selepas ini dan lain kali. Kami sedia menanti. Untuk minum kopi percuma lagi.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Sunday, September 19, 2010

Jamuan Hari Raya Aidilfitri Kelab Kaunseling Kerjaya & Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Salam Ukhuwwah.


Majlis ini diadakan pada 19 September 2010, Ahad, mulai jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang. Anjuran Kelab Kaunseling Kerjaya dan Kelab Pembimbing Rakan Sebaya SMKA Wataniah.  Bertempat di Bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Ramai juga guru dan kakitangan yang hadir. Jemputan bukannya menyeluruh. Mana yang lalu kat bilik, kita undang je. Mana nak sempat jemput kerana hari ini adalah hari pertama persekolahan setelah bercuti selama dua minggu.

Menu yang disajikan membuatkan kecur air liur kita. Adanya makanan tradisi kita, ketupat, rendang, tapai, roti jala, sate dan nasi himpit. Mee goreng, keropok, makaroni bakar, puding,  telur puyuh, kuih arab, biskut, kacang dan gula-gula. Minuman sekadar dua jenis, air Mirinda Oren dan air mineral.

Terima kasih semua. Jumpa pada 21 September 2010, Selasa dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah. Pastinya akan meriah.

Thursday, September 16, 2010

Hari Raya Adalah Pertemuan Keluarga

Salam Ukhuwwah.

Setiap pertemuan itu satu peluang keemasan dan kenangan mengimbau pelusuk ingatan sementara menantikan munculnya Aidilfitri kunjung lagi pada tahun yang silih berganti. Harapnya...... kerana tika ini ramai yang tinggal berjauhan.


Monday, September 6, 2010

Tanda 100 Hari Sebelum Mati

by Hazriq Hasan on Wednesday, 09 June 2010 at 02:10

“ TANDA 100 HARI ”

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hamba-Nya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendaki-Nya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. 

Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

“ TANDA 40 HARI ”

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

“ TANDA 7 HARI ”

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ,ianya berselera untuk makan.

“ TANDA 3 HARI ”

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

“ TANDA 1 HARI ”

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

“ TANDA AKHIR ”

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Wallahu'alam.

Saturday, September 4, 2010

Kursus Motivasi Kecemerlangan Murid Yatim, PPRT, Miskin dan Murid Istimewa Peringkat Daerah Besut Siri 1 Tahun 2010

Salam Ukhuwwah.


Inilah kali pertama untuk tahun 2010 ini, program / aktiviti luar diadakan dengan penglibatan murid dari pelbagai sekolah. Pelaksanaan program oleh Pejabat Pelajaran Daerah Besut. Dikendalikan oleh enam orang Fasilitator yang diketuai oleh Cg. Ramli, Kaunselor SMK Tengku Mahmud 2, Cg. Man, Kaunselor SMKA Nurul Ittifaq, Cg. Amran, Kaunselor SMK Bukit Bayong, Cg. Aisyah, Kaunselor SM Teknik Besut, Cg. G, Kaunselor SMK Pelagat dan ambo lah. Penyeliaan sepanjang program oleh Encik Sohaimi bin Mohamed, Penolong PPD Besut Unit Pengurusan Akademik.

Program ini dianjurkan bersama oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu dan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Peserta seramai 71 orang dari semua sekolah menengah daerah Besut dari latar belakang keluarga PPRT, miskin dan murid yatim.

Tarikh untuk Siri 1 Tahun 2010 ini pada 1 hingga 3 September 2010 bertempat di Hotel Yin Tin Midtown, Kuala Terengganu.

Pengisian program dengan penyampaian oleh kaunselor dan penceramah jemputan. Perasmian program oleh Tuan Haji Baharudin bin Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah Besut dan penutupan program oleh Encik Ab. Halim bin Hassan, Timbalan PPD Besut.

SMKA Wataniah diwakili oleh empat peserta iaitu Mohd Zain, Syahiran, Norasiah dan Siti Hajar. Mereka semua dari Tingkatan 4. Kepulangan mereka semua dibekalkan dengan satu Sijil Penyertaan dan Cenderamata berupa satu Kamus Oxford Dwi Bahasa BI : BM.

Jumpa lagi dalam program sebegini untuk siri 2 Oktober nanti. Itu pun kalau dijemput sebagai Fasilitator lagi.

Thursday, September 2, 2010

Program Ihya' Ramadhan : Majlis Khatam al-Quran & Majlis Pengagihan Tabung Infaq Ramadhan SMKA Wataniah

Salam Ukhuwwah.


Tahniah. Buat Badan Dakwah dan Rohani ( BADANI ) SMKA Wataniah. Ustaz Kasim Awang sebagai Penyelaras, Ustazah Rohana Mohd, Setiausaha dan Jawatankuasa BADANI atas penganjuran program sebegini penting.

Kesungguhan penglibatan dan komitmen perkhidmatan mampu menjadikan program ini berjaya. Terima kasih buat semua guru dan pelajar. Juga buat penyumbang dan penderma.

Seramai 65 pelajar layak sebagai penerima bantuan Tabung Infaq Ramadhan SMKA Wataniah tahun 2010 ini.

Program dimulakan pada jam 12.00 tengah hari hingga jam 2.30 petang. Tarikhnya 1 September 2010, Rabu bertempat di Masjid As-Syakirin. Perancangan tersusun membuatkan majlis dapat disudahkan satu jam awal dari waktu asal yang dirancangkan iaitu jam 3.30 petang.

Terima kasih semua.