Followers

Saturday, September 4, 2010

Kursus Motivasi Kecemerlangan Murid Yatim, PPRT, Miskin dan Murid Istimewa Peringkat Daerah Besut Siri 1 Tahun 2010

Salam Ukhuwwah.


Inilah kali pertama untuk tahun 2010 ini, program / aktiviti luar diadakan dengan penglibatan murid dari pelbagai sekolah. Pelaksanaan program oleh Pejabat Pelajaran Daerah Besut. Dikendalikan oleh enam orang Fasilitator yang diketuai oleh Cg. Ramli, Kaunselor SMK Tengku Mahmud 2, Cg. Man, Kaunselor SMKA Nurul Ittifaq, Cg. Amran, Kaunselor SMK Bukit Bayong, Cg. Aisyah, Kaunselor SM Teknik Besut, Cg. G, Kaunselor SMK Pelagat dan ambo lah. Penyeliaan sepanjang program oleh Encik Sohaimi bin Mohamed, Penolong PPD Besut Unit Pengurusan Akademik.

Program ini dianjurkan bersama oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu dan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Peserta seramai 71 orang dari semua sekolah menengah daerah Besut dari latar belakang keluarga PPRT, miskin dan murid yatim.

Tarikh untuk Siri 1 Tahun 2010 ini pada 1 hingga 3 September 2010 bertempat di Hotel Yin Tin Midtown, Kuala Terengganu.

Pengisian program dengan penyampaian oleh kaunselor dan penceramah jemputan. Perasmian program oleh Tuan Haji Baharudin bin Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah Besut dan penutupan program oleh Encik Ab. Halim bin Hassan, Timbalan PPD Besut.

SMKA Wataniah diwakili oleh empat peserta iaitu Mohd Zain, Syahiran, Norasiah dan Siti Hajar. Mereka semua dari Tingkatan 4. Kepulangan mereka semua dibekalkan dengan satu Sijil Penyertaan dan Cenderamata berupa satu Kamus Oxford Dwi Bahasa BI : BM.

Jumpa lagi dalam program sebegini untuk siri 2 Oktober nanti. Itu pun kalau dijemput sebagai Fasilitator lagi.

No comments: