Followers

Wednesday, September 22, 2010

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat SMKA Wataniah Tahun 2010


Salam Ukhuwwah.

Setiap tahun, inilah acara wajib. Kemeriahan sambutannya di kalangan warga SMKA Wataniah pasti terserlah. Bersama mencari kemeriahan. Sambutannya berpada mungkin kerana tahun gawat. Bajet tiada disalur, tapi berkat kesungguhan niat untuk mengadakannya kerana ianya juga satu pendidikan. Bukan pelajaran rasmi. Tidak sesekali pendidikan mesti. Tapi inilah muafakat. Inilah penyatuan bekerja. Dan inilah kejayaan berusaha. Maka pada 21 September 2010, ianya juga tetap diadakan.



Sesekali melaram dengan baju raya. Pelbagai warna. Berbeza rupa. Pasti dan tentunya bergaya. Mahal murah bukan ukuran tapi hitungan keberadaan seseorang. Masih ingat lagi tahun 2009. Bukan ingatkan angka atau nombor bilangan dan tahunnya. Tapi ingatkan kemeriahan sambutannya. Dulu ianya diadakan di Dataran SMKA Wataniah. Luas lokasinya. Strategik tumpuannya. Senang pengawasannya. Mudah pemerhatiannya. Tumpuan mata hanya pada lingkungan. Berpada dengan kemeriahannya. Komitmen bekerjasama.

Tapi... kali ini tersekat untuk mengubah kebiasaannya. Akhirnya... telahan sangkaan, membenarkan. Mana mampu mengunjungi 22 bilik kelas tingkatan dengan kudrat terbatas. Belum masuk lagi kiraan 6 tingkatan 3, kerana mereka bersekang kepayahan menduduki Ujian OTI 4 Tambah Nilai / Post Percubaan PMR di Dewan Besar Haji Abdul Latif, dewan peperiksaan mulai 19 hingga 22 September 2010.

Tak mengapalah.....



Terima kasih buat Pengurusan Sekolah, Penyelaras Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat SMKA Wataniah Tahun 2010, Ustaz Kasim bin Awang, dan Jawatankuasanya, Semua Guru, Kakitangan, Pekerja dan Para Pelajar. Kami sangat menggagumi kesungguhan dan penglibatan kalian. Dan.... terima kasih juga buat rakan-rakan di MAIDAM Besut kerana sudi hadir memeriahkan. Buat Syarikat Indo Cafe, terima kasih daun keladi atas tajaan sumbangan minuman kopi percuma kepada warga SMKA Wataniah. Datanglah lagi pada masa selepas ini dan lain kali. Kami sedia menanti. Untuk minum kopi percuma lagi.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

No comments: