Followers

Tuesday, October 25, 2011

Karnival Pasca PMR Besut 2011

Salam Ukhuwwah

Team SMKA Wataniah menghantar banyak penyertaan untuk karnival tahunan ini. Venue utama di SMK Tengku Mahmud, acara padang di SMK Tengku Mahmud II dan Pusat Ko-Kurikulum Besut, Alor Lintang untuk acara Paint Ball pada 25 Oktober 2011, Selasa.

Program ini dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Besut.

Kegembiraan berpihak kepada kami akhirnya setelah keputusan diumumkan. Saksikan....
1. Johan Paint Ball ( Perempuan )
2. Johan Graffiti
3. Johan Deklamasi Sajak
4. Johan Syair
5. Naib Johan Imam Remaja
6. Naib Johan Futsal Padang
7. Tempat Ketiga Memasak
8. Tempat Keenam Roket Kreatif

Sekalipun tiada hadiah untuk Poem, Shahiba dan Catur, tapi kami sudah berpuashati kerana dari sebelas (11) acara yang disertai, kami memperolehi hadiah sebanyak lapan (8).

Terima kasih buat Guru Pengiring, Encik Mohd Rofi bin Abdul Wahab, Encik Che Mat Su bin Che Su, Puan Noor Zuraida binti Mohd Din, Cik Noor Aini binti Mohd, Cik Tengku Murhaini binti Tengku Hassan, Puan Latifah binti Mohd Dawan dan saya tercari-cari siapa seorang lagi guru pengiringnya. Walau apapun...............

SMKA Terbilang Tahun 2015.

Buat SEMUA Pelajar PMR 2011, antum memang hebat. You are the GREATEST one.










Majlis Graduasi SMKA Wataniah Kali Ke-3

Salam Ukhuwwah

Seramai 158 pelajar Tingkatan Lima telah menerima Sijil Graduasi dari tetamu kehormat iaitu Yang Berhormat Tuan Haji Nawi bin Mohamad, Yang Di Pertua PIBG SMKA Wataniah merangkap ADUN Hulu Besut dan Yang Berbahagia Tuan Haji Wan Said bin Wan Salleh, Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

Program tahunan ini diadakan pada 17 Oktober 2011, Isnin bertempat di Dewan Haji Abdul Latif, SMKA Wataniah. 

Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakannya.






Saturday, October 15, 2011

Selamat Bergraduasi Pelajar Tingkatan Lima SMKA Wataniah

Salam Ukhuwwah
Kami di Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMKA Wataniah mengucapkan Selamat Bergraduasi kepada semua pelajar Tingkatan Lima SMKA Wataniah seramai 158 orang pada tahun ini.

Kejayaan sedang menunggu kalian sebagaimana abang-abang dan kakak-kakak anda terdahulu yang telah berjaya menjejakkan kaki ke institusi pendidikan tinggi dan juga mereka yang telah berkerjaya di tempat terbaik sejajar dengan kejayaan yang mereka perolehi.

Semua itu datangnya dari Allah. Berusaha dan Bertawakallah.

SMKA Wataniah Terbilang Tahun 2015


Seminar Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan SMKA Wataniah Bersama Guru Cemerlang Cikgu Narzuki Yaakub

Salam Ukhuwwah

Seminar ini telah diadakan pada 9 Oktober 2011, Rabu bertempat di Bilik Gerakan SMKA Wataniah melibatkan dua tingkatan iaitu 5 Ibnu Rusyd dan 5 Ibnu Baitar. Lama berprogram mulai jam 2.00 hingga 6.00 petang. Program diaturkan oleh Program Kecemerlangan SPM. Tahniah.....

Semoga kejayaan akan berpihak kepada kalian semua.



Sunday, October 2, 2011

Majlis Izin Ilmu Pelajar PMR SMKA Wataniah

Salam Ukhuwwah.






Saya mendoakan kalian berjaya dengan cemerlang. Kejayaan anda seramai 98 orang adalah harapan kami di SMKA Wataniah. Kekalkan kecemerlangan ini berterusan. 

SMKA Wataniah Terbilang Tahun 2015 mampu dicapai dengan sandaran bekalan kejayaan anda.