Followers

Saturday, June 29, 2013

English Language Educational Trip SMKA Wataniah '13 (ELETS '13)

Salam Ukhuwwah.


Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini.
26 hingga 29 Jun 2013.
Sir Zaharani, CR Wan Mohd Noor, Sir Azman, Madam Mas Morni & Cik Aima. 

Juga kami hargai.....
pihak Management and Science University (MSU)
Encik Fattah,
Encik Nasrul,
Chef Adly,
Encik Fared 
& Puan Norliana

serta 
pengurusan Kulliyyah Islamic Revealed Knowledge & Human Sciences Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Dr. Zahariah 
& Puan Rafidah

Pelajar SMKAWA yang kami temui
Hasrul (UM) di KLCC, 
Akma dan Salihah (USIM) di KLIA, 
Syakir, Anom, Fatihah, Azim & Zuhaidi (UIAM). 

dan selebriti Deejay Nazz Cinta Gegar ThR di MSU.

Catatan : Ada juga foto tak termuat ketika menaiki ERL dari KLIA ke KL Sentral kerana kehabisan bateri kamera.







Friday, June 21, 2013

Program Smart Islamic Thinker (SIT'13) UniSZA


Seramai 41 orang Mahasiswa/wi UniSZA berprogram untuk 219 pelajar Tingkatan 2 SMKA Wataniah. Terima kasih kerana memilih kami. 20, 21 & 22 Jun 2013. InsyaAllah akan buktikan ilmu, pengalaman dan kemahiran ini akan dimanfaatkan.

Ingat UniSZA maka akan ingat sokmo-sokmo KUSZA. Banyak kenangan di sana. 

( Foto paparan setakat berprogram pagi Jumaat sahaja. Akan ditambah lagi bila program selesai nanti ).



Friday, June 14, 2013

PROGRAM INNAMAL MUKMINUNA IKHWATUN IBNU RUSYD SMKA WATANIAH

PROGRAM INNAMAL MUKMINUNA IKHWATUN IBNU RUSYD SMKA WATANIAH di Asrama Anak Yatim Darul Falah, Bukit Payong, Marang, Terengganu pada 13, 14 & 15 Jun 2013.


Tuesday, June 4, 2013

Sesekali Memegang Pena







1. Perjalanan berkesudahan


Alhamdulillah. Usai 11 Mei 2013, berlalulah perjuangan seketika sekalipun noktah belum dimuktamadkan. Terhasilnya kajian ini dalam bentuk naskhah tilikan pembuktian bahawa segala perjalanan yang bermula sejak 8 Mac 2011 bukan satu titik, rentasan dan penamatan perjalanan yang sia-sia. Tapi ianya adalah pengalaman yang telahpun menemui kesudahannya. Ya... memperjudikan nasib dalam menelaah ilmu Allah yang luas. Maknanya ada tersirat ingatan di sebalik lipatan perjuangan yang sangat murni ini.

Memuktamadkan tajuk yang simple tapi cukup memayahkan. Pilihan penyelia sekalipun bentangan saya dengan pelbagai keinginan pada awalnya ditolak. Tidak mengapa. Tentu ada hikmah disebaliknya?.

Perjalanan yang memakai usia dua tahun lebih. Banyak tuturan bicara di sebaliknya. Ada yang masam mencuka dan ada yang manis melata. Juga ada yang terkejut tidak menyangka?. Persoalan di situ?. Ya, persoalan lagi. Masih ingat lagi seorang jiran datang menjemput ke majlis kesyukuran di rumahnya. Hari Jumaat. Ya Allah, saya menerima ajakan itu dengan baik sudi menghubungkan silaturrahim, tapi tidak dapat datang kerana hadir ke kuliah. Tolakan pelawaan dengan susunan kata-kata yang baik. Tapi malangnya, sukar difahami olehnya. Selang masa itu, telinga ini mendengar rungutan, "pentingkan diri, tak ambil tahu hal-hal kejiranan?". Susah ya untuk memahamkan orang yang tak nak faham. Biarlah kalau dia bersikap begitu. Biarlah masa itu berlalu.

Kepada Allah saya panjatkan kesyukuran. Alhamdulillah... setelah enam semester berlalu. Ibarat orang berkebun, bercucuk tanam, maka akhirnya akan menuai hasil. Hasilnya cukup mewah sekali, 3.80. CGPA saya 3.80. Tak terkata tapi sudah saya jangka. Itulah cita-cita saya.

Ada pelajar yang bertanyakan saya, "cikgu, apa perkara yang menyebabkan kita gagal dalam pelajaran?". Saya jawab, ada dua perkara sahaja. Dalam diri kita dan di luar diri kita tetapi ianya bersangkutan dengan diri kita. Dalam diri kita, malas. Luar diri kita, banyak sangat... antaranya kegagalan cinta, kemiskinan keluarga dan kehilangan orang tersayang. Itu jawapan saya.

Saya pernah kehilangan ibu yang saya panggil "Mek" kerana emak saya asalnya dari Pasir Mas, Kelantan. Sewaktu saya di UPM mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam semester dua, Mek sakit berpanjangan berbulan-bulan lamanya. Tak tahu penyakit apa. Puas berubat. Macam-macam cara. Akhirnya, sewaktu di semester tiga, Mek pergi meninggalkan saya. Bayangkan... Ya Allah. Sebagai anak sulung besar sangat tanggungjawabnya. Allah Maha Kaya. Kalau Allah Taala, ambil ayah terlebih dahulu, jawabnya saya di kebun getah atau di kebun sawit sekarang?. Itulah maknanya kemiskinan. Tugas ayah mencari nafkah untuk anak-anaknya. Dengan sebab itulah, kesudahannya segalanya merudum. Serba jatuh. Semuanya rebah. Bila berlubang besar, maka sukarlah tugas untuk mengambus dan menimbus semula lompang kelam itu. Begitulah pengakhiran akademik peringkat ijazah, hanya CGPA 3.20 sahaja. Tapi saya redha, saya bersyukur.


2. Saya suka kerja saya


Alhamdulillah... Cukup terkesan bila seorang pelajar yang hanya mendapat 2A sahaja dalam SPM tahun 2012 menelefon saya. "Cikgu... saya depan komputer ni. Alhamdulillah saya dapat U cikgu, UiTM. Terima kasih banyak-banyak cikgu sebab banyak tolong saya. Akhirnya, doa saya dimakbulkan Allah. Terima kasih cikgu". Kata-kata itu masih terngiang-ngiang di telinga sekalipun seminggu telahpun berlalu. Yang lain... diam membisu... Tapi saya redha. Jadi cikgu ni, biasalah berkeadaan sebegitu?... Tiadalah kepuasan bagi seorang guru bila mengetahui anak-anak muridnya berjaya. Berjaya masuk universiti. Cemerlang dalam kerjaya... Tahniah dan syabas semua. (FB, 24 Mei 2013).

Ingat lagi usikan nakal rakan-rakan, "Eh, mung ni tak ada kampung ke?. Tak reti nak balik kampung ke cuti-cuti ni. Orang lain buat program juga. Biar tunggu sekolah buka dulu?. Biarlah apa yang mereka nak kata. Asalkan saya puashati. Ya... saya kerashati untuk melihat anak-anak murid saya dibimbing dan membuat keputusan untuk masa depan mereka yang masih panjang. Tentu ada sebabnya saya berbuat begitu?

Waktu lepas SPM dulu. Dah lama dah. Saya ada memohon untuk belajar di Jordan dengan tajaan JPA. Saya dapat panggilan temuduga itu. Surat panggilan temuduga masih saya simpan sehingga ke hari ini. Hadir temuduga tanpa persediaan. Ya lah, siapa nak bimbing kita. Mana ada kaunselor lagi waktu itu. Asalnya isi borang mohon masuk U pun sendiri-sendiri. Jangkaan dan telahan saya memang betul. Saya gagal. Saya gagal ke Jordan. Sekalipun saya ditawarkan ke program matrikulasi UIAM (sekarang Asasi), Program 
Asasi Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Warisan Islam. Saya tak pergi. Saya kekal meneruskan pengajian di Diploma Pengajian Islam (Syariah), KUSZA.

Saya tak nak peristiwa itu berulang kepada anak-anak murid saya. Atas sebab itulah saya cuba sedaya mungkin membantu mereka. Kalau ingatkan hari-hari berlalu itu.... waktu bersama sedari jam 9.00 pagi sehingga tidak menyedari jam sudah 2.00 petang berlalu. Khusyuk agaknya. Mujurlah saya tiada darah tinggi lagi. Dan memang minta dijauhkan pun. Perancangan Allah sesuai untuk kita terima dan menerimanya.

Sekalipun ada yang dikenali wajah mereka tidak muncul tapi ramai yang menjengah meminta dibantu. Ada yang mempercayai saya. Ada juga yang meraguinya. Ada yang lebih mempercayai fasilitator berbayar. Sekali dibimbing kena bayar yuran pendaftarannya. Lumayan juga nilainya?. Ada juga rakan-rakan bergurau meminta saya juga mengenakan caj sebegitu. Saya kata tak perlu semua itu sekalipun pelajar luar ramai juga yang datang meminta khidmat. Saya percaya jika kita mendapat nasihat yang salah, maka kita akan temui kegagalan pada keputusannya. Tunggulah.



3. Jangkaan saya terarah

Al-Quran mengajar kita, “Sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu ”. – (Al-Baqarah: 194). 

Saya bukanlah manusia yang zalim untuk mudah menghukum seseorang. Saya anti Talam Dua Muka. Bencikan manusia Hipokrit. Tak suka kepada Manusia Kipas Angin. Jauh sekali ingin mendekati Si Iri Hati atau Si Pengadu Domba. 

Saya terlebih memerhati, melilau mata mencari pembuktian. Benarkah tanggapan itu memagut kebenaran atau sesekali ujian buat menguji kesabaran?. Untuk meletakkan kelemahan pada diri, semua orang ada kelemahan. Jika diminta pendapat, berhujahlah dengan ilmu yang ada. Jangan main semberono sahaja. Melupai Allah sedang memerhati kita. Para Malaikat Raqib dan 'Atid menulis amalan kita tanpa lelah dan penat.

Dayuslah kita jika kita membiarkan orang bebas memijak kepala kita, memulas-mulas telinga kita, mencucuk hidung kita untuk membiarkan kita mengikut membabi-buta. Allah pinjamkan usia kita untuk kita gunakan kepada yang hak. Jangan kita langgar hak orang lain. Jangan sesekali menganggap kitalah manusia paling sempurna. Tidak pernah berbuat silap apatah lagi laku salah. Jangan begitu. Allah amanahkan pangkat untuk kita bertanggungjawab dengan peranan yang baik dan hikmah. Kita aturkan perjalanan diri seeloknya. Janganlah kita merasakan apa jua tindakan orang lain tidak bermanfaat, tidak sesuai dengan masa dan tiada kesan kepada khalayak. Kita sahaja yang bijak merancang, hebat mengatur, pandai mengurus.


Pesan saya, jangan kita bersekongkol dengan kemungkaran. Allah sudah menetapkan rezeki masing-masing. Apa jua tindakan... asalnya terang menyanggahi hukum alam, tapi demi tembolok yang perlu disuapi, maka kita lupa kita adalah Hamba Allah. Nahas kita nanti. Apa jawapan kita apabila bertemu dengan Allah Taala nanti. Setakat mana persediaan kita, hanya kita sahaja yang mengetahuinya?. Bertaubatlah segera.