Followers

Friday, July 30, 2010

Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform SMKA Wataniah Tahun 2010

Salam Ukhuwwah.

Seramai 168 orang pelajar menyertai Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform SMKA Wataniah Tahun 2010 ini. Kem Belatan, Taman Perkelahan Lata Belatan, Jabi telah dipilih sebagai lokasi tahun ini. 14 unit menyertainya dengan 12 orang pelajar setiap unit pada 28 hingga 30 Julai 2010, Rabu hingga Jumaat.

Pilihan lokasi yang tepat. Tempatnya selamat kerana kawasan persendirian. Pendedahan pengalaman berguna kepada setiap pelajar khasnya dalam bidang Ko-kurikulum. Peluang terbaik untuk menimba pengalaman, pengetahuan dan kemahiran melalui aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan berlangsung.

Sepanjang perkhemahan ini sebanyak enam aktiviti dipertandingkan dan setiap kategori akan disediakan hadiah untuk para pemenang. Manakala pasukan yang menunjukkan persembahan terbaik meliputi semua aspek pertandingan, sikap sahsiah dan kerjasama akan muncul sebagai juara keseluruhan mengikut kategori jantina. 

Tahniah buat semua guru yang bertungkus-lumus bekerja. Sanggup berada dalam hutan menjayakan perkhemahan ini. Semoga ALlah akan meletaakkan ganjaran selayaknya buat kalian.

Monday, July 26, 2010

Program Lawatan Sambil Belajar Pemimpin Pelajar Kelab Kaunseling & Kerjaya dan Kelab Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ) SMKA Wataniah

Salam Ukhuwwah.

Program Lawatan Sambil Belajar Pemimpin Pelajar Kelab Kaunseling & Kerjaya dan
Kelab Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ) SMKA Wataniah

bertempat di

Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur

pada

22, 23 & 24 Julai 2010

anjuran

Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKA Wataniah

Disertai 2 pelajar lelaki, 30 pelajar perempuan, 5 guru dan 4 orang anak-anak cikgu. Kami menginap di Hotel Chua Gin. Tengah-tengah bandar Brinchang. Lokasi yang sangat strategik bagi mereka yang tidak pernah datang ke Cameron Highlands, menginaplah di Brinchang. Segalanya mudah dan dekat. Jangan tanya apa-apa. Datanglah sendiri.

Penginapan pun murah bila datang dengan pakej. Rombongan kami tinggal di 7 bilik hotel dan tambahan 1 apartment. Selesa dan puashati. Bila kami dah nak check out, tauke hotel siap bagi empat "supit" sayur. Banyak pula tu. Strategi orang berniaga. Nak pancing kita supaya datang lagi ke tempat mereka.

Majlis Jamuan Sempena Persaraan GPK HEM di Asrama SMKA Wataniah Pada 21 Julai 2010

Wednesday, July 21, 2010

Majlis Memperingati Al-Quds Pelajar Asrama SMKA Wataniah

Salam Ukhuwwah.

Kesungguhan dan ketekunan berusaha dan saling bekerjasama antara pimpinan pelajar asrama, akhirnya menjadikan majlis yang dirancang menjadi sempurna. Perancangan berbulan-bulan untuk melihat program ini terlaksana, berjaya juga. 19 Julai 2010, Isnin bertempat di Dewan Haji Abdul Latif.

Keprihatinan yang ditunjukkan oleh pelajar asrama terhadap nasib yang menimpa saya kagumi. Perja;anan program diisi dengan bacaan sajak, persembahan nasyid, tayangan klip video, ucapan guru dan tayangan filem. Kemuncaknya, pembakaran bendera Zionis dibuat.

Majlis Persaraan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMKA Wataniah, Tuan Haji Safihi bin Ahmad

Salam Ukhuwwah

Setelah 34 tahun menyumbang khidmat bakti dalam bidang pendidikan, maka pada 19 Julai 2010, Tuan Haji Safihi bin Ahmad mulai bersara wajib. Sebenarnya tarikh hari terakhir beliau dalam perkhidmatan adalah pada 20 Julai 2010, tetapi tarikh ini jatuh pada hari cuti umum  negeri Hari Keputeraan DYMM Sultan Terengganu. 

Majlis ini dihadiri oleh Tuan PPD Besut, Tuan Haji Baharudin bin Ibrahim, Timbalan PPD, Encik Ab Halim bin Hassan, Penolong PPD Besut, Tuan Haji Mohd Yasmin bin Yusof, YDP PIBG, YB Haji Nawi bin Mohamad, Pengerusi Cakna Waris Asrama, Haji Mohamad bin Yusof, AJK PIBG, AJK Cakna Waris Asrama disertai oleh guru dan pelajar SMKA Wataniah.

Sangat banyak coretan pengalaman beliau jika ingin dipaparkan di sini. Hanya gambar akan menceritakan maksud majlis ini.