Followers

Friday, July 16, 2010

Majlis Meraikan Tenaga Pengajar Kecemerlangan SPM Tahun 2009

Salam Ukhuwwah.

Tahniah buat Cikgu Rashid. Pasukan Program Kecemerlangan SPM Tahun 2009 dijemput makan tengah hari pada 15 Julai 2010, Khamis bertempat di Restoren J River Jerteh. Makanannya sangat enak. Satu tempat yang popular buat warga Jerteh. Pengendalian majlis dalam bentuk santai. Ya lah, dah acara makan. Ucapan Cikgu Rashid seorang je pada penghujung acara. Itupun, hanya ucap terima kasih kerana berjaya dalam perjuangan. InsyaALlah, pasukan Program Kecemerlangan SPM tahun 2010 ini akan lebih cemerlang. Buktinya, peperiksaan pertengahan tahun, sudah ada seorang pelajar dapat straight A's dan 4 pelajar dapat 10A, 1B. Tahniah!. Bersama kita gemilangkan SMKA Wataniah. Paparan gambar di bawah ini adalah melawan arah pergerakan jam.

Pengetua, Hajjah Che Dayang bersama Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Hajjah Noor Hayati Zakaria

Penolong Kanan HEM, Haji Safihi, Sir Ridhwan, mantan GKMP Sains & Matematik. Kini sebagai GPK Koko di SMKA Nurul Ittifaq dan Tuan Pengetua

 Cikgu Mat Aziz dan Cikgu Rashid, Penyelaras Program Kecemerlangan SPM

Dato' K bersama Guru Kanan Disiplin, Cikgu Yuspani

Cikgu Ruslan Jali dan Cikgu Khairil Anuar

Cikgu Zunaidah, Cikgu Nek Zainab dan Ustazah Norzah

Cikgu Rahimah, Cikgu Khazanah dan Cikgu Akma

 Ustazah Ainon dan Ustazah Saudah

Ustazah Noraini, Ustazah Zakira dan Cikgu Wan Hanisah

Saya mohon maaf. Berbanyak-banyak kemaafan kerana banyak gambar yang tidak termuat di sini. Ada gambar yang tidak menarik. Ada yang mengaibkan seperti mata terkatup dan mulut tergangga tika tangan menyuap nasi. Tak elok dipaparkan di sini. Inilah sekadar termampu berbuat. ( Entah betul ke bahasa ini, nanti Cikgu Mat Jusoh tegur. Terima kasih )

No comments: