Followers

Tuesday, July 6, 2010

Program MARA Bersama Kaunselor Sekolah Menengah Negeri Terengganu

Salam Ukhuwwah

Program anjuran MARA dan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu ini diadakan pada 4 & 5 Julai 2010. Tempat berkursus di Bukit Keluang Beach Resort. Cantik tempat tu. Dekat je dengan rumah. 


Saya sempat hadir pada hari pertama, Ahad dan rakan sekerja menggantikan saya pada hari kedua kerana hadir menggendalikan Bengkel Rahsia Cemerlang Skor A Bahasa Arab Komunikasi SMKA Wataniah Tahun 2010 pada 5 Julai 2010. 

Program yang berguna untuk pendedahan peluang masuk U pelajar lepasan SPM. Juga tempat mempertemukan rakan-rakan seperjuangan kerana tahun ini, program besar begini hanya dua kali dapat dihadiri. Tidak banyak program sebegini. Gawat kot?.


Program ini dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Azemi bin Yusoff, Pengarah Pendidikan & Latihan ( Kemahiran ) MARA.


Pengarah MARA Negeri Terengganu, Tuan Haji Razali bin Nurdad turut berucap sebagai tuan rumah.



No comments: