Followers

Sunday, March 18, 2012

Buku Panduan Untuk Pelajar SPM SMKA Wataniah Tahun 2011

Salam Ukhuwwah.

Alhamdulillah. Dah siap setelah sekian lama bersekang mata dalam usaha menyiapkan kerja ini. Akan saya gunakan untuk dijadikan rujukan mulai 21 Mac 2012 nanti. Bukan untuk dijual tapi sekadar untuk dikongsikan.


SMKA Wataniah Terbilang Ke Arah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Sunday, March 4, 2012

Kursus Kepimpinan As-Siddiq SMKA Wataniah

Salam Ukhuwwah

Kursus Kepimpinan As-Siddiq SMKA Wataniah ini melibatkan Badan Pengawas Sekolah (BPS), Pengawas Pusat Sumber (PSS) dan Exco Biro Asrama. Awal Mac dipilih selama tiga hari dua malam di Asrama SMKA Wataniah. 1, 2 & 3 Mac 2012, Khamis hingga Sabtu.

Program ini melibatkan seramai 108 peserta dengan 22 fasilitator yang terdiri daripada Alumni SMKA Wataniah yang kini berada di IPGM dan IPTA seluruh negara. Penganjuran bersama Unit Hal Ehwal Murid (HEM) SMKA Wataniah.

Terima kasih Alumni SMKA Wataniah. Buat Halili, Hanif, Syukur, Syuhada, Mariam dan lain-lain lagi, saya rakamkan penghargaan terima kasih atas kejayaan mengendalikan program sebegini. Tahniah.

Juga buat semua Jawatankuasa BPS, PSS, Asrama dan Unit Bimbingan dan Kaunseling atas kerjasama erat hadir melaksanakan tugas bersama. Tanpa kalian, mungkin tiada kecapan kejayaan akan terlaksana.

Sesungguhnya SMKA Wataniah Terbilang Ke Arah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).







Thursday, March 1, 2012

Perjalanan Bulan Februari

Salam Ukhuwwah.

1. 4 Februari 2012, Sabtu.
Saya dijemput untuk mengendalikan slot kepimpinan bersama Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber SK Kampung Baharu, Kuala Besut untuk Kursus Kepimpinan dan Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber di Pusat Ko-Kurikulum Besut, Alor Lintang. Sudah sekian lama tidak bersesi dengan anak-anak sekolah rendah. Petah dan cerdik anak-anak ini berkemungkinan ibu bapa mereka ramai yang berkhidmat di TUDM Gong Kedak. Tahniah.....


2. 6 Februari 2012, Isnin.
Majlis Keraian Kecemerlangan PMR tahun 2011 diraikan atas kejayaan cemerlang anak-anak pelajar Tingkatan 3 tahun 2011. Kini mereka berada di Tingkatan 4. Sebahagian mereka kini telah beralih angin ke sekolah lain. Itu hak mereka. Mereka yang pilih. Terima kasih buat Pasukan Kecemerlangan PMR, Cikgu Norma & Cikgu Rohani Ali. Kita raikan bersama di Bukit Keluang Beach Resort. Meriah terasa bila tiga orang pengetua lama, seketika dan baru hadir berkumpul. 




3. 9 Februari 2012, Khamis.
Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah diadakan kali ini seperti tahun-tahun sebelumnya dalam usaha mencari bakat dan pemenang bagi mewakili sekolah. Tahniah buat Team Rumah Kuning yang menjadi juara keseluruhan. Jauh berlari sejauh 7km. Juga terima kasih kepada Encik Wan dari Power Root atas tajaan minuman isotonik. Jangan lupa datanglah lagi.





4. 14 Februari 2012, Selasa.
Sebelah pagi, berkesempatan mengadakan slot bimbingan motivasi untuk anak-anak Tingkatan 1 mulai jam 8.00 pagi hingga jam 1.00 petang. Antara slot diisi ialah Slot Bual Bicara Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Pelajar Tingkatan Satu bersama Kaunselor Tuan Haji Abdullah Salleh dari SMK Bukit Payong, Besut. Terima kasih kerana memanfaatkan ilmu untuk anak-anak didik di SMKA Wataniah.

 

4. 14 Februari 2012, Selasa.
Jam 2.00 petang program ini diadakan. Tidak banyak gambar sempat dirakam. Kamera bermasalah puncanya. Hanya cukup untuk paparan bagi memenuhkan ruang beraktiviti. Pertandingan untuk nasyid, sajak dan pidato. Keputusan akan diumumkan pada 16 Februari 2012 sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Kalian memang hebat.


5. 16 Februari 2012, Khamis.
Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Sepanjang hari persekolahan terisi dengan program. Perarakan, ceramah, nasyid persembahan dan diakhiri dengan penyampaian hadiah. Tahniah buat Mohd Hanif dan Atikah Anawa atas kejayaan dipilih menerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul tahun ini. Anda berdua memang layak. Berbakat dan berbahasa.









6. 19 Februari 2012, Ahad.
Hari ini 50 orang pelajar terpilih dalam kalangan anak yatim miskin dan tinggal di penempatan PPRT didatangi oleh pihak MAIDAM untuk membuat ukuran baju. Sebelum ini saya berkesempatan membuat ukuran kasut sendiri. Terlupa untuk mengambil gambar kasut-kasut tersebut. Ada yang harganya semurah RM29.90 dan semahal RM59.90. Setiap pelajar akan menerima sebanyak RM200 seorang dalam bentuk uniform sekolah lengkap. Cuba kirakan dengan bilangan mereka seramai 50 orang itu. Dapat kan jumlahnya. Wow, besar weh angkanya. Itulah yang termampu saya bantu anak-anak bangsa seagama ini. Belajarlah rajin-rajin. Waktu zaman saya dulu........ tak ada pihak yang sudi membantu sebegini. Tak apa lah itu cerita lama. Kenangan itu, saya sematkan dalam minda dan hati. Saya sekali-kali tak akan semadikannya kerana saya takut akan menjadi seorang manusia yang lupa dan sombong.

7. 21 - 23 Februari 2012, Selasa - Khamis.
Sudah sekian lama tidak berkursus. Kali ini terkena juga. Itupun kerana ganti rakan sekerja yang tak dapat hadir. Kursus Jurulatih Sahabat PPDa Petronas peringkat Negeri Terengganu. Hotel Raudah, Kota Bharu. Kursus ini mempertemukan guru-guru sekolah menengah dan rendah untuk dilatih menjadi jurulatih/fasiltator kepada empat program PPDa yang akan diadakan tahun ini yang ditaja sepenuhnya oleh Petronas. Sangat banyak 'input' berguna lagi bermanfaat menambah ketajaman skil mengendalikan program. Terima kasih. Kursus itu ilmu, kemahiran dan pengalaman. Juga persahabatan kerana dapat mempertemukan kembali rakan-rakan lama seperjuangan setia sekalipun usia kita kini menginjak berkira.



8. 26 Februari 2012, Ahad.
Sertai Karnival Pengajian Tinggi Negara-Jom Masuk U di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu bersama pelajar Tingkatan 5 Ibnu Sina dan Tingkatan 5 Ibnu Zuhri. Dari awal pagi hingga lewat petang. Sempat lagi ke Tesco di Lembah Sireh. InsyaAllah pada 28&29 Mac 2012 dan 4&5 April 2012, saya akan bersama empat kelas lagi dari Tingkatan lima. Sabar ya. Kita akan bersama sertai Karnival Pendidikan Mara pula di Kota Bharu dan di Kuala Terengganu. Tunggu..............


Sesungguhnya SMKA Wataniah Terbilang Ke Arah sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Terima Kasih semua.