Followers

Sunday, September 23, 2012

Majlis Bimbingan Pengisian Permohonan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2012/2013


Salam Ukhuwwah.


Inilah rutin tahunan kami di Unit Bimbingan dan Kaunseling. Saya memilih 13 September 2012, Khamis, jam 8.15 pagi hingga berlangsung dua jam. Kali ini, taklimat pengisian, panduan pemilihan, kelebihan pengajian, peluang dan harapan, kesenangan dan kesulitan..... janganlah datangnya kepayahan. Inilah peluang pertama. Saya satukah kalimah pendidikan " Peluang Pendidikan Lanjutan Selepas SPM ".

Saya tahu... mereka tidak puashati tentang peluang lain yang ada. Yang ingin mereka rebuti selepas ini. Saya faham... Tapi tunggulah biar dapat result SPM sebenar. Masa itu kita akan berbicara panjang, menyusun strategi dan mengatur tapak-tapak peluang. Buat yang terbaik untuk SPM anda. InsyaAllah...

Pesan saya untuk anak-anak SPM... " Apa yang kita buat hari ini, menentukan ke mana kita?, Siapa kita? dan di mana kita? pada masa akan datang ".

Banyak lagi yang sedang menunggu.... bakal menyusul IPTA, KPLSPM, Luar Negara atau SPA dan lain-lain.

Buat yang terbaik untuk diri kita. Untuk siapa?. Untuk diri kita. Ya..... untuk diri kita sendiri.

Wednesday, September 19, 2012

Program Lawatan Bermaklumat Pelajar Tingkatan Dua Ke Cameron Highlands

Salam Ukhuwwah






Kali ini tiba giliran pelajar Tingkatan 2 berprogram. Saya hadir memenuhi hasrat Cikgu Rohana Che Abas, Penyelaras Program Kecemerlangan Tingkatan Dua sebagai Guru Pengiring bersama Cikgu Ruzifah Jusoh. Sungguhpun pilihan tarikh diatur pada 4, 5 & 6 September 2012, Selasa, Rabu dan Khamis, tapi... kami terpaksa akur untuk berprogram di lokasi ini hanya untuk dua hari sahaja. Selasa dan Rabu dengan jadual yang padat dengan semua aturan lokasi kunjungan dilawati. Kecuali di Multichop Shops.Itupun kerana ditutup. Sebab?.. ya. sebabnya bas sekolah pihak jabatan akan gunakan untuk program lebih penting pada Khamisnya.

" Jangan samakan kepayahan kita dengan kesenangan orang? ". Saya sentiasa ingat kata-kata ini. Kata-kata seorang ayah kepada saya. Mungkin orang sudah terbiasa senang dan kita sentiasa mengulit kepayahan. Mungkin dalam serba-serbi. Mungkin dalam semua sekalipun tidak belaka.

Saya diruntun emosi dengan gelagat " Rusa Masuk Kampung ". Anak-anak ini dipilih kerana mereka belum pernah menjejak kaki di sini. Sungguhpun usia mereka menginjak dewasa. Mungkin kerana tiada peluang. Juga mungkin tiada keperluan. Susah untuk dinyatakan...

" Cikgu... terima kasih kerana bawa kami ke sini. Dalam umur hidup saya, inilah kali pertama saya datang ke sini... Biasanya saya hanya lihat surat khabar dan tengok tv . Comel tempat ni cikgu... Terima kasih cikgu ". Penghargaan untuk saya?. Saya gembira dengan kata-kata ini.







Sunday, September 2, 2012

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri SMKA Wataniah


Salam Ukhuwwah.

Sambutan ini telah diadakan pada 30 Ogos 2012, Khamis, Jam 7.30 pagi hingga 2.00 petang. Bertempat di Dataran Iltizam.









Terima Kasih

Ogos dan Ramadan


Salam Ukhuwwah.


Saya uploadkan aktiviti bulan Ogos kali ini awal sedikit. Tidak banyak beraktiviti tapi menggembirakan suasana dalam keadaan berpuasa Ramadan.

1.  4 Ogos 2012 ( Sabtu )
Majlis Berbuka Puasa Rakan-rakan Sepengajian X-KUSZA di Hotel Grand River View, Kota Bharu, Kelantan.


2.  5 Ogos 2012 ( Ahad )
Majlis Penyampaian Anugerah Nilam



3.  6 Ogos 2012 ( Isnin )
Program Qiamullail Perdana SMKA Wataniah


4.  12 Ogos 2012 ( Ahad )
Ceramah Nuzul Al-Quran (Al-Quran dan Sains) oleh Prof Madya DR. Mohd Arip bin Kasmo, Pensyarah Tamadun Islam Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia.




5.  14 Ogos 2012 ( Selasa )
Majlis Pelancaran Program Kecemerlangan UPSR, PMR, SPM dan STPM 2012 Gerakan Merealisasikan 20 10 5 2 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu.




6.  15 Ogos 2012 ( Rabu )
Program Ihya' Ramadan Perdana SMKA Wataniah


 


7.  29 Ogos 2012 ( Rabu )
Program Motivasi Memperkasa Minda SMKA Wataniah



Terima Kasih