Followers

Thursday, June 24, 2010

Majlis Pelancaran Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) SMKA Wataniah Tahun 2010

Pengenalan

Harta paling berharga bagi sebuah negara adalah warganya sendiri. Kualiti dimiliki itulah disifatkan sebagai modal insan yang perlu ditagih untuk memajukan kegemilangan. Cabaran pembinaan modal insan juga terletak sebahagian besarnya di kalangan pendidik yang relatifnya terbabit dengan dunia pendidikan dan latihan untuk mengembangkan potensi, bakat dan kualiti seorang murid atau pelajar.

Kecemerlangan seseorang pelajar tidak hanya bergantung kepada kecemerlangan akademik semata-mata malah merangkumi aspek sahsiah diri, keperibadian, personaliti serta mempunyai jati diri yang mantap dalam mengharungi cabaran semasa yang serba unik dan kompleks. Justeru itu dengan adanya modul ini diharapkan agar sahsiah pelajar akan bertambah baik, menjadi insan yang cemerlang rohaniah dan akliah.

Maka cabaran warga pendidik pastinya menyemai benih nilai murni ke arah pembentukan personaliti unggul. Perancangan rapi harus direncana bagi merealisasikan impian berkenaan.

Objektif Program

1. Membentuk sahsiah pelajar secara berterusan.
2. Pembangunan sahsiah yang mantap melahirkan pelajar yang
cemerlang dunia dan akhirat
3. Membudayakan nilai dan sifat terpuji dalam kehidupan
seharian.
4. Pelaksanaan terancang dan berkesan empat modul program iaitu Program Berbudi Bahasa, Program Mutadaiyin, Program Penampilan Diri dan Program Jati Diri.

Modul Program

1. Program Berbudi Bahasa.
2. Program Mutadaiyin.
3. Program Penampilan Diri.
4. Program Jati Diri.

Majlis Pelancaran
Program Sahsiah Unggul Murid ( SUMUR )
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah
Tahun 2010

Pelancaran Oleh
Puan Hajjah Che Dayang binti Che Sulaiman
( Pengetua SMKA Wataniah )

Tarikh & Hari
22 Jun 2010 ( Selasa )

Masa
7.30 Pagi

Tempat
Dewan Haji Abdul Latif, SMKA Wataniah

Anjuran
Jawatankuasa SUMUR

No comments: