Followers

Thursday, February 10, 2011

Kursus Motivasi Jati Diri Pelajar Tingkatan Satu SMKA Wataniah Tahun 2011 - ( Siri 1 )

Salam Ukhuwwah.


Unit Bimbingan dan Kaunseling, Program Tingkatan Satu dan Pusat Pendidikan Biodiversiti Jabatan Perhilitan Terengganu, Bukit Marak, Besut bersama menganjurkan program ini.

Penyertaan Siri 1 ini melibatkan pelajar Tingkatan Satu lelaki seramai 18 orang dan 45 pelajar perempuan.

Program dua hari satu malam telah dijalankan di Pusat Pendidikan Biodiversiti, Jabatan Perhilitan Terengganu, Bukit Marak, Jerteh, Besut, Terengganu.

Pelaksanaan program kali ini dibantu oleh 10 orang pelajar SPM SMKA Wataniah tahun 2010. Mereka sedang menunggu keputusan SPM yang akan diumumkan tidak lama lagi. 

Sumbangan jurulatih Pusat Pendidikan Biodiversiti dan tenaga pembantu sangat kami hargai.

Terima kasih kerana SMKA Wataniah Terbilang. 

No comments: