Followers

Monday, February 28, 2011

Kursus Kepimpinan Pengawas SMKA Wataniah Tahun 2011

Salam Ukhuwwah.

PENGENALAN

Pengawas sekolah merupakan sekumpulan pelajar yang dilantik khas bagi menolong dan membantu pihak sekolah untuk mengurus disiplin dan pengurusan Pusat Sumber Sekolah di peringkat sekolah. Sebagai seorang pengawas sekolah, ciri-ciri kepimpinan tertentu haruslah dimiliki bagi membolehkan mereka berfungsi dengan sepenuhnya. Justeru itu, KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS merupakan satu bentuk aktiviti yang perlu diadakan bagi membekalkan mereka dengan ilmu-ilmu dan kemahiran-kemahiran memimpin bagi memudahkan mereka menjalankan peranan mereka sebagai pemimpin pelajar yang berkualiti.

KUMPULAN SASAR

Pengawas Sekolah - 66 orang
Pengawas Pusat Sumber Sekolah - 40 orang

TARIKH & TEMPAT

27 Februari 2011 ( Ahad ).
Institut Latihan Islam Malaysia ( ILIM ), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ), Bukit Keluang, Besut, Terengganu.

Saksikan gambaran sekitaran kami berprogram.........













No comments: