Followers

Wednesday, January 1, 2014

Susah Itu Tiada Payah Lagi



1.  Tamat Belajar


Alhamdulillah. Saya sudahpun menamatkan pengajian saya. Segalanya bermula sejak Mac 2011 lagi. 30 November 2013, akhirnya ijazah sarjana tergenggam erat menjadi milik diri. Terasa sendu sebak menyelubungi bila menjengah memula langkah di Dewan Mu'adzam Shah, Universiti Utara Malaysia (UUM). Mata melilau mencari ayah dan adik (Angah) di sekitar kerusi tetamu. Tak kutemui mereka. Ingatan menerawang kepada ibuku ( Mek yang dah lama pergi...usai 12 tahun dulunya ). Alangkah bahagianya jika Mek masih ada. Aku redha... ya Allah sesungguhnya sayangku rinduku tapi dia milik-Mu ya Allah.



Juga syukur semua kaum keluarga aku bawa bersama bermukim sementara di Bandar Darul Aman. Masuk ke Pulau Langkawi seharian. Satu tujuan untuk hadiahkan kegembiraan buat ayah dan adik-adik yang tak pernah sampai di sana. Kesanggupan mereka bersama aku hargainya.


Juga rakaman rasa bangga buat sahabat Cikgu Ramli bin Ahmad. Rakan sepengajian. Teman memahami dan akhirnya kita bahagia gembira bersama. Ingat lagi tentang kepayahan, tentang kesukaran, tentang kesungguhan, tentang pengorbanan yang bukan sedikit. Kita hampir terkandas di pertengahan tapi kita gagahi jua. Ingat lagi kan?. Biarlah ianya menjadi ingatan yang akan kita simpan dalam sanubari memori sampai bila-bila.


2.  Sambung Phd

Memikirkan tentang itu ini tentunya serabut akan mengundang diri. Banyak perkara yang saya fikirkan. Biarlah langkah saya terhenti setakat ini. Sekadar memiliki Ijazah Sarjana sahaja. Sungguhpun bekalan CGPA 3.80, tapi saya tidak mahu menyusahkan orang yang dekat sekitar saya. Tentunya ada. Mungkin dekat kerana ada yang tersangat rapat. Saya fikirkan macam-macam. Janganlah kerana saya, ada yang terbiar. Sekalipun niat saya untuk buat Phd itu ada tapi semangat sahaja yang ada tanpa kesungguhan tentunya tak akan ke mana-mana.


Buat rakan-rakan, Ustaz Suffian, Amran, Hisham, Hasliza, Kak Haida, Yuni, Nabihah dan lain-lain teruskan kesungguhan kalian. Maafkan saya. Saya tidak dapat menyertai kalian pada 24 Januari 2014 nanti di Kota Bharu. Saya doakan hasrat murni itu akan dipulangkan dengan " Topi Bulat ". Kita pernah menyebutnya sebelum ini...berkali-kali.


3.  Warden

Tahun 2014 ini dipilih oleh Allah Taala semula menjadi warden. Hanya satu tugas tapi dengan seribu tanggungjawab. Menjaga anak orang yang telah lama aku tinggalkan. Ingat lagi pengalaman lalu 2006-2008, serba kepayahan diamanahkan sebagai ketua warden. Itu dulu di tempat lama. Kini berada di tempat yang baru dengan anak-anak yang sedia terdidik, mudah dibentuk senang mengamati. Terima kasih kerana mengingatkan kenangan dulu dengan lantikan jawatan baru ini. InsyaAllah... akan dilaksanakan sehabis usaha semungkin terdaya tapi hanya setahun sahaja. Setahun untuk tahun ini...2014.

Saya mengangumi orang di sekeliling saya yang mula menunjukkan " Inginkan kebahagiaan 1000 tahun hendaklah kita mendidik manusia ". Bukan lagi hanya inginkan kebahagiaan seketika. Bukan hanya menyemai benih di tanah kontang?.

No comments: