Followers

Friday, November 4, 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Operasi Payung SMKA Wataniah

Salam Ukhuwwah.

3 November 2011, Khamis, jam 11.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Mesyuarat Jawatankuasa Operasi Payung bagi tahun 2011 telah selamat diadakan. Mesyuarat ini melibatkan Jawatankuasa PIBG, guru dan agensi luar seperti Polis, Pejabat Kesihatan Daerah Besut dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia cawangan Besut.

Jangkaannya Besut akan dilanda banjir besar tahun ini. Itu ramalan sahaja. Saya mengharapkan tidak sebegitu kerana siapa mahu susah. Pengalaman banjir sewaktu musim peperiksaan SPM tahun 2009 lalu yang terpaksa menaiki lori ke sekolah bersama pengawas peperiksaan memeritkan. Tapi itulah pengalaman yang tiada dijualbeli walau di mana-mana. Itu sekadar dua hari sahaja.

Tahun 2008 dulu sewaktu di sekolah lama, SMK Tembila, tiga hari terpaksa bertungkus-lumus memastikan pelajar datang ke sekolah untuk menghadiri peperiksaan. Naik bot dan lori. Tiga hari berturut-turut jalan menuju ke sekolah ditenggelami air. Tak nak dah pengalaman sebegitu berulang lagi.

Terima kasih semua. Sekadar mengimbau kenangan lalu kerana kenangan itu adalah pengalaman.


No comments: