Followers

Wednesday, November 2, 2011

Majlis Penghargaan 2 Staf SMKA Wataniah

Salam Ukhuwwah.

Selamat bersara buat Haji Abdul Rahman bin Said ( Abang Man ) dan selamat bertukar dan balik kampung buat YM Tuan Hasnah Tuan Ismail ( Kak Nah ).

Abang Man akan mulai bersara pada 25 November 2011. Sepanjang tiga tahun mengenali Abang Man, banyak perkongsian dibuat. Beliau sukakan ketelusan dan sukakan persahabatan mesra. Saya hargai jasa dan sumbangan beliau. Pernah mengajak beliau sebagai penghargaan bersama dalam Program Lawatan Bermaklumat Tingkatan Dua ke Cameron Highlands pada 19 hingga 21 Julai 2011 baru-baru ini. Susah dah nak jumpa orang baik macam Abang Man.

Buat kak Nah, Ketua Pembantu Tadbir, puan bahagia sebenarnya kerana dapat pulang untuk bersama keluarga di Bukit Payong, Terengganu. Jumpa Kak Nah mesti " cakap Tganung ". Terima kasih kerana banyak membantu sekalipun hanya enam bulan di sini.

Majlis jamuan ini diadakan pada 1 November 2011, Selasa bertempat di Restoran J River, Chabang Tiga, Jerteh mulai jam 2.00 petang. 

Terima kasih semua.




No comments: