Followers

Monday, November 2, 2009

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru dan Kakitangan SMKA Wataniah

Kursus kali ini adalah satu kenangan dan pengabdian tidak terhingga. Mampu dilaksanakan dengan jayanya. Kehadiran Profesor Dr. Haji Muhd Kamil bin Haji Ibrahim, Pengarah UiTM Negeri Johor ke SMKA Wataniah sangat kami hargai. Kami sanjungi budi Profesor kerana katanya tidak ada tempat lain yang dikunjungi beliau untuk program sebegini sebanyak dua kali dalam tahun yang sama. Januari lalu Profesor telah datang untuk Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar PMR dan SPM. Tapi kali ini beliau datang untuk bersama dengan guru dan kakitangan SMKA Wataniah pula. Kunjungan beliau ke sekolah kami turut disertai pihak Astro untuk rakaman aktiviti seharian Profesor. Terima kasih Profesor dan terima kasih juga buat Hajjah Akma atas usaha jaya puan mengundang Profesor Dr. Haji Muhd Kamil bin Haji Ibrahim ke SMKA Wataniah.



No comments: