Followers

Saturday, November 14, 2009

Kursus Motivasi Kecemerlangan Murid Yatim Miskin Murid Asrama Perkaya, Pondok Paku, Kerandang, Besut, Terengganu

Kursus ini diadakan di Hotel YT MidTown, Kuala Terengganu pada 11 hingga 13 November 2009. Disertai oleh 31 pelajar lelaki dan 47 pelajar perempuan. Saya dijemput sebagai Fasilitator bersama Cikgu Ya, Haji Bakar, Ustaz Zununi Azhar, Cikgu Noor Azimah. Dibantu oleh dua warden Shima dan Siti Khadijah.  Program ini turut mendapat liputan daripada Pihak Penerbit EDUWEB TV. Bersama anak-anak yatim ini, mengingatkan saya tentang kehidupan mereka yang serba kekurangan. Kegembiraan mereka sudah hilang, kasih sayang dua ibubapa gapaian harapan yang telah tiada dari linkungan kehidupan tak akan dapat mereka kecapi sampai bila-bila. Ada yang yatim piatu, ramai pula yang ketiadaan ibu dan perginya bapa. Ya Allah!, Sesungguhnya dunia ini adalah milikMu, akhirat jua milikMu. Berikanlah kebahagiaan kepada anak-anak yatim ini. Kekurangan yang mereka lalui dalam kehidupan, Engkau balasilah mereka dengan kesempurnaan di Syurga Mu nanti. Amin.

Post a Comment