Followers

Tuesday, August 23, 2011

Program Motivasi Bersama Professor Dr. Muhd. Kamil Ibrahim

Salam Ukhuwwah.



Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar Asrama SMKA Wataniah
Bersama Yang Berbahagia Professor Dr. Muhd. Kamil Ibrahim,
Mantan Pengarah UiTM Johor
Pada 4 September 2011, Ahad, jam 9.00 - 10.30 malam,
bertempat di Dewan Haji Abdul Latif, SMKA Wataniah

Rebutlah peluang untuk menyertainya. Terbuka untuk semua. 

Saya sangat menghargai dan menyanjung tinggi kesanggupan Prof. Kamil untuk datang lagi ke SMKA Wataniah. Tika saya di SMKA Wataniah, insyaAllah, 4 September 2011 ini, Prof. Kamil sudah tiga kali berkunjung ke sini. Pertama kali bersua pada Januari 2009 dan Oktober 2010. Saya dikhabarkan, Prof Kamil telah ke sini sekali sebelum itu. Terima Kasih Prof.

Saya juga berterima kasih atas sikap luhur Hajjah Akma ( Kak Ma ) membawa datang Prof. Kamil ke SMKA Wataniah untuk kali ke-empat. Peluang sebaik ini adalah untuk anak-anak didik kita di SMKA Wataniah.

Sebarang rujukan berkaitan Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim boleh kunjungi 

blog Puan Roza Roslan, isteri Prof. Kamil, http://www.rozaroslan.blogspot.com/

SMKA Wataniah Terbilang Tahun 2015.

Terima Kasih Semua.

Wednesday, August 17, 2011

Program Qiamullail Perdana

Salam Ukhuwwah





Wednesday, August 10, 2011

Minggu Pendidikan Islam dan Bahasa Arab SMKA Wataniah Tahun 2011

Salam Ukhuwwah

Tarikh : 24 hingga 28 Julai 2011
Anjuran : Badan Pendidikan Islam/Bahasa Arab, Badan Dakwah dan Rohani & 
               Unit Bimbingan dan Kaunseling

1). Majlis Pelancaran Oleh Tuan Pengetua - 24 Ogos 2011




2). Kem Celik Jawi - 24 Ogos 2011




3). Kursus Pengurusan Jenazah - 25 Ogos 2011




4). Xplorace Bahasa Arab ( Tingkatan 4 ) - 26 Ogos 2011





5). Kem Mukhayyam Lughawi ( Bahasa Arab ) Tingkatan 2 di La Hot Spring - 26 Ogos 2011




6). Kursus Haji - 27 Ogos 2011





7). Ceramah Ambang Ramadan, Pertandingan Khat, Syarahan Bahasa Arab dan 
     Majlis Penutup - 28 Ogos 2011





Terima Kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini.
SMKA Wataniah Terbilang Tahun 2015

Sunday, August 7, 2011

Kem Mukhayyam Lughawi Tingkatan 2

Salam Ukhuwwah

Saya hampir terlupa untuk postingkan program Bahasa Arab ini. Ada pelajar bertanyakan mana gambar aktiviti program ini?. Tak ada pun dalam blog ini. Ya, saya dah tunaikan permintaan anda kali ini hari ini.

Taman Rekreasi La Hot Spring di Hulu Besut. 26 Julai 2011, Rabu. Anjuran bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling & Program Kecemerlangan Tingkatan Dua. Seramai 178 orang pelajar Tingkatan 2 telah menyertai program sehari ini. Mulai jam 7.45 pagi hingga 6.30 petang.

Kami menggunakan kaedah permainan Bahasa Arab " Explorace Bahasa Arab ". Terima kasih buat Guru Pengiring kerana atas kesungguhan tuan/puan, program ini dapat dijalankan sebaiknya. Buat Ustaz Tuan Mat, Cikgu Noor Zuraida, Cikgu Rohana dan Cikgu Ruzifah.

Terima Kasih SEMUA............... nya.









Saturday, July 30, 2011

Selamat Menjalani Ibadah Puasa Ramadhan


Get More Islamic Testi Here!

Mencari Kata Sepakat Bertemu Mencari Muafakat

Salam Ukhuwwah.

Terima kasih buat Ustaz Suffian dan Suhaila (Su). Kesungguhan kalian berdua merencanakan kepimpinan terbilang saya kagumi. Tribulasi itu biasa. Mehnahnya akan ada di mana-mana. Usah digusari dengan getiran sangka, Pedulikan nista domba kerana hidup mesti kita teruskan. Masih ada lagi enam semester di hadapan kita.

Kami sentiasa bersama kalian berdua. Suka duka pastikan bersama. Bersemangat dan bersungguh-sungguh mencari makna. InsyaAllah akan ada jawapan penyudah di hujungnya. Akan digenggami kesungguhan ini bersama rakan-rakan sepengajian, Master of Science (Counselling), UUM. Boleh buat punya.....


Cameron Highlands Bersama Tingkatan Dua

Salam Ukhuwwah.

Paparan perjalanan mencari pengalaman ini mengambil masa satu minggu untuk di'posting'kan. Mungkin kerana kesibukan kerja dan kesuntukan masa mengenal ruang-ruang kerehatan dan kepentingan antara mengutamakan keperluan mana yang lebih penting dari yang penting kerana yang terpenting itu lebih penting dari yang penting.

19, 20 & 21 Julai 2011. Bersama Tingkatan 2. Satu kalimah terbitan saya tonjolkan "penat tapi seronok". Bersama anak-anak yang tidak pernah sampai ke Cameron Highlands. Mereka "excited". Mereka nak datang lagi. Penat kerana mereka lincah dan berlamaan meninjau ruang hidup yang banyak sekalipun masa hanyalah tiga hari dua malam. Hanya kali ini diberi kesempatan untuk ke Cameron Highlands. Kelmarin dah pergi ke Big Red Strawberry Farm, tapi hari ini nak pergi lagi. Kami jalan kaki lagi. Dekat sahaja cuma kena mendaki memanjat bukit. Tak kan dibiarkan mereka pergi sendiri. Kuatkan diri, pergi juga. Fikirkan keselamatan anak-anak orang tanggungjawab sementara kita. Malamnya, lena dibuai mimpi dan lenguh-lenguh labu betis... kepenatan. Penat tapi seronok. Terima kasih cikgu. Lain kali nak datang lagi.

Mungkin..... sesetengah orang tidak bersetuju dan tidak akan bersetuju sampai bila-bila dengan saya membawa mereka dalam waktu sebegini. Tidak dapat belajar katanya. Adakah ilmu itu hanya ada dalam bilik darjah sahaja?. Tentu tidak kan?. Bukan senang untuk mengurus satu-satu program dari A hingga Z. Susah tanpa ilmu dan pengalaman. Program sebegini, perancangannya bermula sejak dua bulan setengah yang lalu. Melalui proses itu dan ini. Kalau nak tahu, cubalah uruskan sendiri. Akan jumpalah jawapannya.

Saya tidak mampu untuk cuba menutup mulut-mulut sesetengah orang kerana siapalah saya berbanding mereka?. Cuma jawapan saya, saya berkesempatan berjumpa dengan pelajar SPM SMK Renek, pelajar Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa ( Sekolah Kluster ), Pengawas Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 SMS Dungun, Pelajar SMK Geliga Kemaman berprogram untuk Kem Kepimpinan pelajar selama tiga hari dua malam di situ pada waktu itu. Juga dari Tingkatan pelbagai. Agaknya, pelajar Tingkatan 5 (SPM) mereka, tak jadi periksa SPM tahun ni?. Kita bawakan Tingkatan 2, geger seantero benua.

Walau apapun, kita puashati. Kita sabar. Kita redha. Kita kena faham bahawa sifat dengki dan tidak puashati sudah wujud sejak keturunan Nabi Adam yang pertama. Ingat lagi cerita Habil dan Qabil?. Tentu ingatkan......... dan sifat buruk itu bertaburan melata di sekitar kita kini.

Terima kasih buat Abang Man dan Iman Saleha. Saya hargai jasa anda berdua dalam usaha menjayakan program ini.








Sunday, July 17, 2011

Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar SPM SMKA Wataniah

Salam Ukhuwwah

Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar SPM ini adalah merupakan program perkongsian pengalaman, bimbingan nasihat dan tunjuk ajar dalam usaha mengenalpasti ruang dan peluang untuk mengecapi kejayaan dan kecemerlangan diri pelajar Tingkatan Lima tahun 2011. Bimbingan Motivasi ini akan dikendalikan oleh Motivator Encik Muizzuddin bin Mukhtar dari Itqan Partners Training & Consultancy.


Tajuk :  SPM Gaya Mengubah Sikap Dinamik

Tarikh : 17 Julai 2011 ( Ahad )
Masa : 08.30 malam - 10.30 malam
Tempat : Dewan Haji Abdul Latif, SMKA Wataniah
Anjuran Bersama : Unit Bimbingan dan Kaunseling & Program Kecemerlangan SPM





Friday, July 15, 2011

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012 Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf

Program Bimbingan Kerjaya Pelajar Tingkatan 4 Ibnu Rusyd SMKA Wataniah

Salam Ukhuwwah.
14 Julai 2011, Khamis. kami telah mengunjungi tiga tempat rasmi dalam siri program kami. Semuanya telah dijadualkan mengikut masa dan kami mengejar waktu bimbang terlewat jadual yang diberi untuk dipatuhi.
1.  Kunjungi Kolej Pusat Teknologi Pengurusan Lanjutan (PTPL) Terengganu.
Terima kasih buat Pengetua PTPL, Puan Mashitoh Hussin, atas layanan baik dan sudi menerima rombongan kami. Juga buat Puan Junaidah, Puan Sharifah dan sesi penerangan dan bimbingan kerjaya bidang perakaunan oleh Puan Rosnani Abdullah..... memang hebat. Detail dan menarik minat. InsyaAllah pelajar kami tidak akan menyesal memilih aliran Perakaunan di sekolah. Kami dibawa melawat sekitar kolej dan bilik-bilik khas. Juga disediakan makanan tengah hari yang sedap dan cukup untuk mengenyangkan kami. Terima kasih dan budi tuan kami hargai.
2.  Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu
Jam 1.45 petang tiba di Planetarium ( PSKT ), solat dulu dan jam 2.15 petang dah kena masuk untuk tonton tayangan. Tiket masuk masih seperti dulu juga. Pelajar RM2.00 dan Cikgu dikenakan RM4.00. Kami puashati
3.  Pameran Pendidikan dan Pekerjaan Pantai Timur 2011 
Memandangkan Planetarium bersebelahan sahaja dengan Terengganu Trade Centre (TTC) tempat pameran diadakan, maka tiadalah masa dibazirkan. Saya telahpun lama buat 'deal' tarikh dengan penganjur program ini, tapi sayangnya saya terlupa untuk memaklumkan bersama saya adalah pelajar Aliran Perakaunan. Mereka aturkan taklimat dan bimbingan kerjaya tentang bidang perubatan dan farmasi. Rugi memang rugi. Kami terlepas peluang. Ini dinamakan tiada rezeki. Tak mengapalah.