Followers

Friday, July 13, 2012

Jun Itu Memeriahkan

Salam Ukhuwwah


1.  14 Jun 2012.
Majlis Ukur Uniform Sekolah Tajaan MAIDAM.
Seramai 50 orang pelajar terlibat. Kunjungan pegawai dan kakitangan MAIDAM dan kontraktor pembekal pakaian bagi membuat ukuran baju dan seluar/kain. Besar juga nilainya. Setiap pelajar akan dapat seragam sekolah lengkap dengan nilai RM 200.00 seorang. Terima kasih MAIDAM.






2.  15 & 16 Jun 2012.
Rehlah SMKA Wataniah ke Tasik Kenyir.
Saya berkesempatan kali ini untuk bersama rakan-rakan guru, kakitangan dan Biro Asrama terpilih menyertai rehlah ini. Dua rumah bot disewa. Dalam perjalan kami singgah di Pulau Herba. Bermalam di Sungai Lasir. Sempat mandi air terjun di Sungai Lasir. Esoknya, seawal pagi ke Sungai Petang, Pusat Santuari Ikan Kelah. Memang seronok kerana dapat tangkap ikan kelah tapi sayang tangkap saja tapi tak dapat bawa balik. Apa pun seronok sangat.














3.  17 Jun 2012.
Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar PMR.
Tahniah. Hadiah diberikan kepada pelajar cemerlang peperiksaan pertengahan tahun. Juga dalam kalangan beberapa orang guru yang telah menaikkan graf kecemerlangan matapelajaran PMR.








4.  17 Jun 2012.
Majlis Pelancaran Guru Penyayang SMKA Wataniah Tahun 2012.
Pelancaran dibuat oleh Tuan Pengetua, Ustaz Md. Yusof bin Rahim. Simbolik pelancaran adalah acara penyampaian plak program dan pemakaian lencana " Saya Guru Penyayang " oleh Tuan Pengetua kepada guru-guru. Semoga pelaksanaan program ini terlaksana dengan jayanya.







5.  19 Jun 2012.
Program Pendidikan Pencegahan Rokok, HIV dan Aids.
Pelajar Tingkatan 4 dipilih untuk mengikuti program ini sepenuhnya. Terima kasih kepada Pejabat Kesihatan Daerah Besut atas pemilihan SMKA Wataniah sebagai lokasi pilihan program. Penceramah yang hebat, menarik, lucu dan menarik minat tumpuan. Juga tajaan makanan sepanjang program berlangsung.






6.  20 Jun 2012.
Program Motivasi SPM " Serlah Sebelum Rebah ".
Kami menjemput Motivator hebat, Encik Shamsi bin Shamsuddin untuk mengendalikan program ini. Slot kedua Bimbingan Teknik Belajar dikendalikan oleh dua orang pensyarah dari Management & Science University (MSU). Terima kasih atas pelaksanaan program hebat ini. Program ini diuruskan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sepenuhnya. 








7.  21, 22 & 23 Jun 2012.
Kem Kecemerlangan SPM Tahun 2012.
Saya tidak berkesempatan mengikuti sepenuhnya kem ini. Hanya hadir pada malam majlis perasmian oleh YB Haji Nawi Bin Mohamad, ADUN Hulu Besut yang diadakan di Damai Beach Resort, Tanjung Demong, Besut. Program diuruskan oleh Program Kecemerlangan SPM sepenuhnya. 







8.  24, 25 & 26 Jun 2012
Mesyuarat Pelaksaan Ujian Psikometrik ( Ujian Personaliti dan Ujian Minat Kerjaya ) Pelajar Tingkatan Satu.
Saya hadir program anjuran Lembaga Peperiksaan Malaysia ini yang diadakan di New Pacific Hotel, Kota Bharu, Kelantan. Berkesempatan bertemu rakan-rakan lama waktu di UPM dulu. Lama tak berjumpa. Ada yang dah tua, ayah dan emak orang dah. Yang dah ada anak berderet dan ada yang still single. Sekalipun begitu, saya balik awal pada malam 25 Jun kerana keesokan harinya akan ke Cameron Highlands pula.





9.  26, 27 & 28 Jun 2012.
Lawatan Bermaklumat Pelajar Tingkatan Satu ke Cameron Highlands.
Program anjuran bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Program Maju Diri Tingkatan Satu. Sudah setahun tidak mengunjungi Cameron Highlands. Saya paparkan keseronokaan dalam bentuk gambar-gambar di bawah. Terima kasih semua. 








Post a Comment