Followers

Tuesday, June 12, 2012

Perjalanan Bulan April

Salam Ukhuwwah
Saya paparkan di sini apa yang berlaku sepanjang bulan April di SMKA Wataniah untuk rujukan dan kenangan.


1. 1 April 2012
Program Cakna Prihatin MAIDAM. 
Kunjungan CEO MAIDAM ke SMKA Wataniah bagi menyampaikan sumbangan pakaian seragam sekolah untuk 50 pelajar terpilih. RM 200.00 nilai bagi setiap orang.







2. 4 April 2012
Kunjungi Karnival Pendidikan MARA di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) Kuala Terengganu.



3. 10 April 2012
Seminar Kaunseling Kerjaya Peringkat Negeri Kelantan. 
Diadakan di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh. Program sehari anjuran bersama PPD Pasir Puteh dan Universiti Utara Malaysia.





4. 12 April 2012
Program MUTIARA di SK Alor Keladi, Hulu Besut, Terengganu. 
Saya dilantik bersama CR Ramli Ahmad sebagai pemudahcara. Anjuran Sektor Psikologi Kaunseling, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Semua murid terlibat dan saya diberi slot untuk bersama murid tahun empat.



5. 17 April 2012
Majlis Penyampaian Hadiah Ko-Kurikulum SMKA Wataniah.
Hadiah diberikan kepada semua pemenang dan pelajar yang terlibat mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai kejayaan dan kemenangan yang melibatkan kegiatan ko-kurikulum. Tahniah.


6. 18 April 2012
Sesi bergambar pelajar PMR dan SPM tahun 2012.


7. 18 April 2012
Program Ingat Sebelum Terkena.
Satu program melibatkan semua pelajar perempuan Tingkatan 1. Penceramah didatangkan khas oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu. Program khas Kerajaan Negeri Terengganu untuk pelajar sekolah menengah. Untuk kecemerlangan sahsiah, ketahanan maruah dan pencegahan awal sebagai benteng mungkar dan kehancuran bangsa.


8. 18 April 2012
Program Teknik Smart Belajar.
Memandangkan semua pelajar perempuan berada dalam dewan besar untuk ikuti Program Ingat Sebelum Terkena, maka saya kumpulkan semua pelajar lelaki Tingkatan 1 untuk jayakan program ini di Dewan Terbuka.





9. 19 April 2012
Majlis Pelancaran Iklim Penyungguhan Akademik Pelajar PMR dan SPM.
Dataran Iltizam tempat acara yang bermula seawal jam 7.30 pagi. Dilancarkan oleh Tuan Pengetua, Ustaz Md. Yusof bin Rahim.





10. 21 April 2012
Gotong Royong Perdana Peringkat Sekolah.
Lokasi semua kawasan dalam pagar sekolah. Semua pelajar dan guru terlibat.




11. 22 April 2012
Majlis Pelancaran Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR).
Pembentangan pelaksanaan program dibuat oleh Ustaz Ahmad Zaki bin Mohammed, GPK Hal Ehwal Murid. Program dilancarkan oleh Tuan Pengetua SMKA Wataniah.




12. 25 hingga 28 April 2012
Program Lawatan Bermaklumat Kelab Kaunseling dan Kerjaya (3K) dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ke Pulau Langkawi. 
Program gabungan kerjasama antara SMKA Wataniah dan SMK Tengku Mahmud 2.





















Post a Comment