Followers

Saturday, May 5, 2012

Mac Yang Berlalu Itu

Salam Ukhuwwah.

Saya paparkan perjalanan bulan Mac yang berlalu pergi itu dalam beberapa keping gambar dan sedikit coretan. Itu semua bagi melunaskan pertanyaan beberapa kalangan yang inginkan maklumat dan perlukan paparan perjalanan SMKA Wataniah. Banyak agenda berlangsung. Mungkin sibuk dengan tugas yang lebih penting, maka saya kemudiankan penceritaan ini sekalipun bukan bermaksud meninggalkan jauh atau membiarkan ianya berlalu pergi ditelan masa sehinggakan dilupakan orang. Saya tidak bermaksud sebegitu. Maafkan saya.

Saya saksikan hits kunjungan ke blog ini " Bimbingan Motivasi Prihatin " mencecah 200 jengukan sehari pada pengakhiran Mac setelah keputusan SPM diumumkan. Terima kasih kerana memanfaatkan. Taburan berbakti bukannya bercapah tetapi sekadar satu tarikan haluan keperluan bermusim.  Setiap tahun dinanti.

Saya himpunkan 8 program berlalu untuk manfaat bersama. Tatapilah.....

1.  6 Mac 2012
Majlis Tilawah Al-Quran dan Festival Nasyid Sekolah Menengah Zon 4 Anjuran PPD Besut. SMKA Wataniah sebagai tuan rumah kali ini.


2.  8 Mac 2012
Program Transformasi Gemilang Pelajar Cemerlang.
Program anjuran bersama Program Kecemerlangan PMR dan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Khusus untuk pelajar PMR. Jam 10.30 pagi hingga 1.00 petang. 


3.  8 Mac 2012
Program Terapi Ekspresif Anjuran UiTM Kota Bharu, Kelantan.
Seronoknya menyertai program ini. Dikendalikan sepenuhnya oleh Cr. Siti Fatimah dari Universiti Putra Malaysia bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Kaedah terbaik mengaplikasikan ilmu kaunseling terhadap klien. Terima kasih...



4.  21 Mac 2012
Majlis Takrim Al-Mumtazin Putera-Puteri SPM Tahun 2011.

Saya rakamkan ucapan tahniah kepada sembilan pelajar yang telah mendapat straight A's (11A) dan 10A.

1. Nor Diana binti Mohamad, 5 Ibnu Sina - 11A
2. Nurul Azimah binti Mohd Soud, 5 Ibnu sina - 11A
3. Rabiatul Adawiyah binti Rushaidi, 5 Ibnu Sina - 11A
4. Wan Nursolehah binti Wan Ibrahim, 5 Ibnu Sina - 10A  
5. Raja Nurshuhada binti Raja Abdul Rahman, 5 Ibnu Sina - 10A
6. Nor Aziela binti Mat Yaakub, 5 Ibnu Rusyd - 10A
7. Siti Murni binti Abd Aziz, 5 Ibnu Rusyd - 10A
8. Anom binti Mat Rawi, 5 Ibnu Rusyd - 10A
9. Izzah 'Atira binti Ab Malek, 5 Ibnu Sina - 10A












5.  22, 24, 25 & 26 Mac 2012
Program Bimbingan Pemilihan Kursus di IPTA dan Peluang Pendidikan Lanjutan Selepas SPM.
Empat hari berlangsung. Ramai yang datang. Ada juga yang tidak nampak muka pun. Tidak mengapa kerana jemputan telah dibuat. Surat makluman telahpun diedarkan. Saya tidak memaksa, tapi sekadar ingin membantu. Zaman saya dulu, saya mencari arah saya sendiri. Saya bernasib baik kerana telah memilih jalan yang betul. Bersesuaian dengan pilihan dan pendidikan lanjutan selepas SPM. Selamat Berjaya.



6.  25 Mac 2012
Majlis Penyampaian Watikah Pengawas Badan Pengawas Sekolah (BPS) dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS).
Disampaikan oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jerteh.


 
7.  28 Mac 2012
Karnival Pendidikan MARA di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu, Kelantan.
Saya bersama anak-anak pelajar 5 Ibnu Khaldun dan 5 Ibnu Baitar. Datang untuk mengutip ilmu mencari manfaat untuk bekalan persediaan pertanyaan mungkin bimbingan dari anak-anak di SMKA Wataniah selepas ini. Banyak gunanya.



8.  29 Mac 2012
Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan Mesyuarat Agung PIBG SMKA Wataniah Kali Ke-13.
Dirasmikan oleh YB Haji Nawi bin Mohamad, Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Besut.




1 comment:

Bintang Gemerlapan said...

Alhamdulillah,tahniah dan syabas putera-puteri SMKAWA 2011 ke atas kecemerlangan SPM 2011.Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih kepada pihak guru yang memberi sepenuh komitmen dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.Saya ingin dedikasikan ucapan TAHNIAH juga kepada "anak saudara" saya yang memperolehi straight A's (11A) di sekolah ini.Syukron.