Followers

Sunday, February 19, 2012

Januari Yang Tersangat Sibuk

Salam Ukhuwwah.

Lama saya tidak menulis. Bukan sedikit program diatur. Ramai memerhati. Tidak kurang yang mengikuti perjalanan blog ini. Terima kasih saya ucapkan. Tiada lain yang saya harapkan kecuali " Masa Lapang sebelum datangnya waktu sibuk ". Saya agak melintang dan pukang menggulung kerana tersangat sibuk pada awalnya dan tika ini saya temui sedikit tenang untuk sedia menjawab persoalan bangkitan " Kenapa cikgu lama dah tak update blog ". Ya........ bukan sekali pertanyaan itu datang. Acapkali benar ianya berkumandang.

Terima kasih atas perhatian. Sejak sepuluh menjak ini, sudah banyak info tentang SMKA Wataniah boleh diikuti melalui pelbagai sumber capaian. Ada blog, banyak juga dari muka buku ( FB ). Di situ sangat banyak tentang perkembangan terkini SMKA Wataniah. Aktiviti dan peristiwa. Ada kuntum senyuman, banyak juga ukiran kedukaan. Suka duka perjuangan seharian adalah perjuangan pendidikan. 

Sesekali kita mengubah kelainan, maka kita perlu tempuhi pengorbanan melintang. Akan kita buktikan yang kita semua mampu lakukan. InsyaAllah......

Saya nukilkan kesungguhan berprogram sepanjang Januari lalu.....

1. Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 4 SMKA Wataniah Tahun 2012 - 3,4 & 5 Januari 2012


2. Minggu Haluan Pelajar Baru Tingkatan Satu SMKA Wataniah Tahun 2012 - 3, 4, 5, 8 & 9 Januari 2012




3. Majlis Akad Nikah Adik - 11 Januari 2012


4. Majlis Perkahwinan Adik ( Rumah Keluarga Perempuan ) di Pasir Putih, Kelantan - 12 Januari 2012


5. Majlis Mahabbah Bersama Pengetua dan Majlis Kesyukuran Lonjakan PMR Tahun 2011 - 16 Januari 2012




6. Majlis Sambut Menantu Perkahwinan Adik - 20 Januari 2012



7. Sesi Pengajian Semester 3 UUM Sudah Bermula - 21 Januari 2012


8. Majlis Perkahwinan Anak Saudara di Jerangau, Dungun & Majlis Sambut Menantu - 22 & 23 Januari 2012


9. Program Motivasi Pelajar SPM " Belajar Sedikit Dapat Banyak " Bersama Penulis Buku/Motivator Cikgu Razali Kamarudin - 25 Januari 2012





10. Program Inovasi Jati Diri Ke Arah Kualiti Mukmin Sejati (INDIKASI '12) bersama Siswa-siswi Majmuah Enam Semester Empat, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Nilam Puri, Kelantan - 26, 27 & 28 Januari 2012.








11. Kunjungi Karnival Pengajian Tinggi Negara - Jom Masuk U di Kuala Terengganu - 29 Januari 2012.



12. Program Maju Diri Pelajar Tingkatan Satu SMKA Wataniah Tahun 2012 - 31 Januari 2012.


Post a Comment