Salam Ukhuwwah.
Rombongan Guru dan Kakitangan SMKA Wataniah telah mengunjungi SMAP Kajang pada 6 Ogos 2010. Mereka bertolak pada 5 Ogos 2010 dan pulang pada malam 7 Ogos 2010. Menginap di Hotel KL International, Kuala Lumpur. Berjalan sakan lah. Asal tujuannya untuk melihat kemajuan yang telah dicapai oleh sekolah orang dan dibawa pulang ke SMKA Wataniah.
Pada kesempatan ini, saya tidak sertai rombongan ini. Positifkan diri sentiasa. Saya sudah banyak diberi peluang berjalan. Tahun lepas, saya ke SMKA Segamat, sertai Kursus Kepimpinan Pengawas pada Februari. Bulan Julai ke SMKA Al-Irsyad, Pulau Pinang sertai Program Pelancongan Koperasi Sekolah. Semua kos program ditanggung penganjur. So, tahun ini, pada 22 hingga 24 Julai 2010, makan angin Lasbela bersama AJK Kelab UBK ke Cameron Highlands. 1 hingga 3 Ogos 2010 ke Kuantan. Dan InsyaALlah, lawatan sempena Program Lepas PMR akan dibuat lagi. Pelajar PMR minta ke Cameron Highlands lagi pada 27 hingga 29 Oktober 2010 nanti.
Apa salahnya, saya menarik diri. Kerusi saya diberi kepada guru lain. Mereka perlu diberi peluang. Saya pohon menarik diri dengan bicara tuturkata sokongan iringan alasan yang diterima baik oleh Pengetua. Kebetulan ( kata orang Melayu, tapi segalanya adalah perancangan dan ketetapan ALlah ), saya ada satu majlis reunion / alumni yang perlu dihadiri.
Perkhabaran yang diterima, semua ahli rombongan teruja menerima pengalaman berguna. Keseronokkan terjelma bila usaha bersama gandingan guru/kakitangan SMKA Wataniah yang mantap dan hebat belaka. Kerana semua orang adalah yang terbaik. Tahniah.
No comments:
Post a Comment