Salam Ukhuwwah.
Alhamdulillah. Pada 1 hingga 3 Ogos 2010, saya diminta sertai kursus tersebut yang menghimpunkan Pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah, Pengetua, Guru Besar, Guru Cemerlang, Guru Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran dan Guru-guru terpilih dari seluruh Negeri Terengganu.
Bilamana dapat surat pada 22 Julai 2010, asal cadangannya tak nak pergi. Jauh..... di Kuantan, Hotel Shahzan Inn. Tambahan pula, ianya menghimpunkan mereka yang hebat-hebat. Ada yang pernah menjadi Pengetua saya. Ada juga yang pernah berkhidmat sebagai Pemangku Pengetua kat sekolah lama. Segan sebenarnya.
Telahan diri tu memang benar. Bila tiba di Hotel Shahzan Inn, ALlah menemukan kembali saya dengan seorang Nazir yang pernah datang ke SMKA Wataniah untuk " observe " sebagai Guru Cemerlang pada tahun lepas. Banyak perkara yang ditanya tentang saya. Susah juga nak dijawab.
Seronok bila sertai kursus ni. Tinggal sebilik bersama Guru Besar SK Lubuk Kawah, Jerteh, Encik Alias bin Abdul Ghani. Orangnya ' simple ' sahaja tapi sangat berwibawa. Slot diisi dengan pelbagai ' input '.
Puan Hajjah Ainun Jamilah binti Mohd Ali, Mantan Pengetua Kanan dan Penerima Anugerah Tokoh Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2010 berkongsi pengalaman. Hari kedua, kami mengunjungi SMK Abdul Rahman Talib ( SMART ), Kuantan, Sekolah Kluster dan Calon Sekolah Berprestasi Tinggi ( SBT ) Negeri Pahang.
' Semangat Perjuangan Harmoni ' menusuk diri untuk rajin bekerja. Tapi ayat yang paling kami takuti, bilamana Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu, Encik Razali Daud datang merasmikan penutupan mencadangkan ' group ' kami seramai 49 orang ini akan dipanggil semula berkursus sebagai ' Kumpulan Pemikir ' dalam siri-siri akan datang.
Sudah dah aku !!!!!.................
Khusyuk berbincang dengan Cikgu Hamid, Kaunselor SMK Lela Segara, Marang
No comments:
Post a Comment