Saya rasa semua orang mesti ingat masa di zaman kanak kanak di mana hanya yang kita tahu ialah keseronokan tanpa mempedulikan kesan atau bahaya yang akan terjadi kapada kita.
* ( 1. ) Kenapa ibu dan ayah marah atau pukul kalau kita mandi hujan?
Sebabnya ibu dan ayah sayang kat kita. Takut kita lemas atau terjadi apa apa yang buruk kat kita.
* ( 2. ) Kenapa ibu dan ayah larang kita mandi hujan?
Sebabnya takut kita demam dan dapat penyakit atau lebih buruk kena petir.
* ( 3. ) Kenapa ibu dan ayah ajar kita supaya hormatkan orang yang lebih tua?
Sebabnya mereka taknak kita jadi kurang ajar dan menjaga nama mereka.
* ( 4. ) Kenapa ibu dan ayah tidak bagi kita keluar malam?
Sebabnya tak nak kita jadi kutu rayau atau bercampur dengan mereka yang tidak berakhlak.
* ( 5. ) Kenapa ibu dan ayah suruh kita pergi sekolah?
Sebabnya nak kita jadi insan yang berguna dan berjaya.
* ( 6. ) Kenapa ibu dan ayah nak kita jadi orang yang berjaya?
Sebabnya supaya kita mendapat kerja yang baik dan menjamin masa depan.
Sekarang saya sudah besar dan dapat kerja yang baik dan sudah berkeluarga. Apabila saya kenang kembali pengorbanan ibu dan ayah saya, air mata saya akan menitis dan sebak kerana mengenangkan pengorbanan ibu dan ayah. Oleh itu, sayangilah ibu dan ayah anda, jangan sekali-kali mengecewakan hatinya. Selalulah mohon ampun dari mereka dan yang penting walau sesibuk mana kita pun, kunjungilah mereka dan ambil perhatian. Kerana mereka tidak mahu harta benda ataupun wang ringgit kita. Apa yang mereka mahu ialah kasih sayang dari kita. Sayangilah dan lawatilah mereka selagi mereka belum menghembuskan nafas yang terakhir.
Sekian.
No comments:
Post a Comment