Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah melalui Unit Bimbingan dan Kaunseling ( UBK ) dan Panitia Bahasa Arab akan mengadakan Bengkel Rahsia Cemerlang Skor A Bahasa Arab Komunikasi untuk mempelajari asas-asas kecemerlangan dan skor A mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi. Pembelajaran Bahasa Arab memerlukan kepada pemahaman asas aspek bahasa, pengayaan kosa kata, penguasaan tatabahasa dan penggunaan praktikal Bahasa Arab dalam kehidupan seharian. Oleh itu, setiap komponen bahasa perlu digarap agar menjadi saling berkait antara satu sama lain bagi memudahkan penguasaan bahasa tersebut dalam tempoh yang singkat.
Peserta akan didedahkan dengan teknik belajar bagaimana mempersiapkan diri untuk menghadapi mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi secara lebih efisien peringkat peperiksaan PMR, diberikan motivasi kenapa mereka sepatutnya tidak melepaskan peluang menguasai Bahasa Arab di peringkat sekolah lagi, didedahkan dengan teknik merujuk kamus dan diberi peluang membentangkan tugasan sepanjang kursus satu hari suntuk berlangsung. Jika pelajar sering mengadu tentang kesukaran mempelajari Bahasa Arab, inilah peluang keemasan untuk mereka mempelajari dan memperkemas semula asas Bahasa Arab sekali gus memperbaiki peluang mereka untuk cemerlang dalam subjek tersebut dalam peperiksaan PMR pada tahun 2010 ini.
KUMPULAN SASAR
Semua pelajar Tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah seramai 149 orang.
PELAKSANA
Tenaga pengajar adalah terdiri daripada konsultan-konsultan terpilih Pusat Perkembangan Potensi Insan Sejahtera ( PPPi ) iaitu sebuah konsultan pendidikan yang berperanan membangunkan program-program akademik dan motivasi pelajar khususnya berkaitan subjek Bbahasa Arab di peringkat sekolah menengah.
Diuruskan pada peringkat sekolah oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling ( UBK ) dan Panitia Bahasa Arab.
No comments:
Post a Comment