Followers

Friday, January 22, 2010

Program Maju Diri Tingkatan 1 SMKA Wataniah

Salam Ukhuwwah.

PENGENALAN

Pendidikan di peringkat sekolah menengah merupakan zaman peralihan bagi seseorang pelajar. Perubahan yang berlaku perlu dihadapi dan ianya sudah semestinya akan menyebabkan berlaku perubahan dari aspek emosi, pemikiran dan cara membuat keputusan. Perubahan mata pelajaran turut berlaku dan pendedahan serta pengalaman baru sedikit sebanyak mempengaruhi cara mereka menguasai sesuatu perkara. Justeru itu, PROGRAM MAJU DIRI TINGKATAN 1 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA WATANIAH TAHUN 2010 adalah merupakan satu bentuk aktiviti yang perlu diadakan bagi membekalkan mereka dengan ilmu-ilmu dan kemahiran-kemahiran bagi memudahkan mereka menjalankan peranan mereka sebagai pelajar sekolah yang berkesan.

OBJEKTIF PROGRAM

Meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk menghadapi peralihan budaya menengah dengan lebih baik.

Mahir menggunakan masa dengan berkesan dan seimbang dalam pengurusan aktiviti seharian.

Mempunyai kemahiran untuk melaksanakan peranan mereka sebagai pelajar cemerlang.

Mengamalkan ciri-ciri pelajar yang baik supaya pelajar lain dapat menerima dan menghormati mereka sebagai pelajar elit contoh.

Pengukuhan sikap positif, akhlak terpuji, penerapan dan pengukuhan nilai-nilai murni.

Melahirkan modal insan yang berkualiti dan berketrampilan kepada diri sendiri, keluarga dan sekolah.

Pelajar berkualiti adalah pelajar yang cemerlang akademik, terpuji sahsiah, sihat tubuh badan dan cerdas fikirannya.

PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh   :  21 Januari 2010
Hari      :  Khamis
Masa     : 8.05 pagi hingga 2.20 petang
Tempat :  Dewan Haji Abdul Latif
Anjuran :  Jawatankuasa Program Maju Diri Tingkatan 1



No comments: