Salam ukhuwwah.
Program Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 4 SMKA Wataniah Tahun 2010 ini telah diadakan pada 3 hingga 7 Januari 2010. Ianya merupakan program wajib tahunan bertujuan untuk mengumpulkan semula pelajar Tingkatan 4 agar terbimbing dan diberi asuhan ingatan agar mereka sayangkan diri, sekolah dan negara mereka. Setelah hampir 2 bulan bercuti kerana ada di antara mereka sudah tidak hadir ke sekolah seusai berlangsungnya peperiksaan PMR pada awal oktober 2009.
Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Jawatankuasa Penyelaras Tingkatan 4 bergabung tenaga melaksanakan program ini. Memandangkan program ini berlangsung serentak dengan Minggu Haluan Pelajar Baru Tingkatan 1 SMKA Wataniah Tahun 2010, maka program tersebut tidak diadakan di Dewan Haji Abdul Latif ( Dewan Besar ) sebaliknya kebanyakan slot diadakan di Dewan Makan Asrama Puteri ( Aspuri ). Hanya beberapa slot diadakan secara bersama bagi menjimatkan masa penceramah bagi acara / slot penceramah yang sama dengan tajuk yang sama.
Seawal hari pertama, program ini diisi dengan slot pemilihan Mata Pelajaran Aliran Sains dan pemilihan Mata Pelajaran Aliran Teknikal. Tuan Pengetua dan barisan pengurusan, kesemuanya mengambil peluang bertemu dengan pelajar. Pada hari terakhir, program ini ditutuprasmi oleh Tuan Haji Safihi bin Ahmad, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid mewakili Tuan Pengetua.
Ringkasnya, Pelajar Tingkatan 4 tahun 2010 baik budi pekerti, bijak sikap, terancang hala tujuan, sahsiah murni memungkinkan rancangan terlaksana dengan jayanya. Terima Kasih semua.
No comments:
Post a Comment